Friday, July 30, 2010

Mencari Kekuatan Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah terbaca khutbah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menjelang Ramadhan, semoga ianya menjadi suntikan semangat untuk terus melalui Ramadhan tahun ini dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan kesabaran. Sekaligus menjadi pemangkin kepada kita umat nabi Muhammad.  :- 

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu,  dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakini.

Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya,  ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan  permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat  nanti).

Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya   bersedekah  dengan  seteguk air.

Wahai manusia!
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin,  yang  pada hari ketika itu, banyak  kaki-kaki tergelincir. 
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan   pegawai atau pembantunya  atau  hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan  ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.
 
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya  pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.   Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama  di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan

Sabda Rasulullah  sallallahu 'alaihi wasallam :-
Kalaulah umatku tahu akan kebaikan , peluang dan kesempatan di bulan Ramadhan , nescaya ummatku akan  menginginkan ramadhan itu satu tahun . kerana kebaikannya dilipat gandakan, dosa diampunkan, doa dikabulkan,  dan syurga merindukan orang yang sedang berpuasa.

 


Syurga merindukan  kepada 4 golongan manusia,  iaitu yang membaca Al- Quran, yang memberi makan kepada yang berpuasa, yang menjaga lisan dan yang berpuasa di bulan ramadhan,

sumber : internet

Sayangi Anak Kita

Membesarkan anak dan mendidiknya bukanlah suatu perkara yang mudah, iyanya memerlukan usaha yang berterusan, kesabaran yang jitu dan pengorbanan yang tidak ternilai banyaknya.

Namun, dengan fitrah kasih sayang yang telah dianugerahkan oleh Allah subhanahu wata'ala ke atas setiap hambanya menjadikan tugas membesarkan dan mendidik anak ini menjadi mudah malahan menyeronokkan. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun, ada sahaja gelagat anak-anak yang akan menghiburkan hati.

Proses membesarkan dan mendidik anak sudah semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun dengan kasih sayang yang ada, secara tidak langsung setiap ibu bapa yang mengajar anaknya masuk ke tandas dan mendidiknya membuang air akan menjadikan ianya suatu perkara yang menuntun kesabaran yang tinggi, ibu bapa tidak akan pernah berputus asa terhadap hal-hal seumpama ini. Walaupun terkadang, anak kita terbuang najis di atas lantai, atas tempat tidur malahan bersepah-sepah jadinya. Begitu juga, tita mengajarnya membaca huruf-huruf hijaiyyah melalui cd, sama ada menggunakan laptop ataupun pemain video cd ada sahaja yang ditekan-tekan oleh anak kita sehinggakan mengundang kegeraman dan kemarahan...tetapi kerana sayang, sabar mengatasi segala-galanya.

Dengan kasih sayang inilah melahirkan hubungan yang erat antara ibu dan bapa..mewujudkan sikap tolong menolong dan bertolak ansur, lahirnya satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya yang telah dilakukan oleh ibu bapa terhadap anaknya. 

Berikanlah kasih sayang kepada anak kita bersesuaian dengan kehendak islam, kerana ianya merupakan anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah. Namun jangan  pula asih sayang itu melebihi kasih sayang kita terhadap Allah subhanahu wa ta'la.

Berbuat baiklah terhadap anak kita. Kelak, Allah akan memberikan habuan yang setimpalnya dengan kebaikan itu.

p/s : mama dan papa sayangkan Alfiyan Faaez walaupun kadang kala geram dan marah coz nda pandai diam bah!

Thursday, July 29, 2010

Pentingnya Belajar Al-Quran Semasa Kanak-kanak

                                                   
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :
Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarinya akan al-Kitab (al-Quran), mengajarinya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik sahaja.

Setiap ibu bapa wajib mengajari anaknya membaca al-Quran. Jika ibu bapa tidak sanggup mengajar anaknya kerana tidak pandai, kerana tidak ada masa dan sebagainya, maka boleh berwakil kepada orang lain untuk mengajarnya.

Melalui hadis di atas kita melihat ada perintah atau penekanan kepada ayah supaya mengajari anaknya membaca Quran. Ini menunjukkan pentingnya mengajari kanak-kanak membaca Quran, yakni semasa dia masih kecil lagi. Pepatah arab ada mengatakan :
Belajar pada waktu kecil bagai mengukir di atas batu, dan belahar setelah besar (tua) seperti mengukir di atas air.

Kanak-kanak mudah menangkap pelajaran kerana fikirannya terang dan ingatannya kuat. Orang yang sudah besar susah menangkap pelajaran dan mudah lupa. Selain mudah lupa dan daya tangkap pelajaran lemah, orang dewasa juga susah belajar kerana fikirannya sudah bercabang-cabang. Orang dewasa mempunyai tanggungjawab yang cukup berat dan mempunyai kesibukan.

Apalagi masalah al-Quran ini memerlukan sebutan yang betul, maka perlu dipelajari semasa kanak-kanak. Dalam al-Quran banyak huruf yang hampir sama sebutannya tetapi berbeza. Misalnya huruf yang sejenis S dalam bahasa Melayu ada tujuh dalam al-Quran, iaitu huruf :
  1. tha
  2. zal
  3. zai
  4. sin
  5. shin
  6. shod
  7. dzho
Kalau kita salah sedikit menyebut hurufnya sudah lainla pula ertinya. Hanya kanak-kanak yang mudah diajar menyebut makhraj ini. semua. Orang dewasa lidahnya sudah keras dan susah dibentuk.

Orang dewasa fikirannya bercabang-cabang, banyak masalah dan banyak kesibukannya. Kerana banyak masalah dan kesibukan, orang dewasa sering cuti dari mengaji. Terkadang tidak cuti tetapi semasa mengaji fikirannya terbayang kepada permasalahan yang sedang dihadapinya.

Dan yang paling susah mengajar orang dewasa  adalah masalah makhraj atau cara sebutan huruf. Orang dewasa susah menyebut huruf-huruf yang sejeni S (dalam bahasa Melayu) tadi. Dan yang paling susah bagi orang dewasa adalah menyebut huruf  'ain.

Jadi orang yang belajar mengaji setelah dewasa agak susah memperhalusi lagi sebutannya. Walaupun bacaannya lancar dan dia tahu semua tentang hukum-hukum tajwid, kerana rajin belajar setelah dewasa, tetapi sebutan hurufnya agak kasar. Kalau kita amati bacaan seseorang, kita dapat kesan apakah dia memang sudah pandai mengaji dari kecilnya ataupun pandai setelah dewasa.

Kesimpulannya, jom biasakan anak-anak kita dengan huruf-huruf hijaiyah sedari kecil lagi....

Sumber : Panduan Berkhatam Al-Quran


Mau Makan Sendiri Sudah

Alfiyan mau makan sendiri sudah bah mama...kalau disuap menggeleng-geleng kepalanya. Akhirnya, mama pun kasi makan dalam pinggan yang agak besar dari bekas makanannya. Almaklumlah, bertaburlah nasi tu kalau makan sendiri....

 
gembiranya lepas dapat makan sendiri


anak mama ni kalau tualanya terlipat sikit, siap kasi betul2 lagi ni. gud boy la fiyan ni!


tengok tv dulu...


kenyang sudahka nak? bah.. minumlah! jangan main2 nasi ya..




kenyang sudah ni kan....



minum sudah..tapi berhati2 ya...nanti basah semua bajunya!

Semalam sebelum fiyan makan sendiri, papa dan fiyan bergaduh pasal makan! hehehehe...mama dengar ja sambil berfikir. Oh..mungkin anak mama ni mau pandai lagi satu perkara, so why don't he try to eat by himself kan...mama pun pindahkan nasinya pi pinggan yang agak besar dan lapik dengan tuala, takut kotor semua rumah.

Alhamdulillah, fiyan makan agak banyak dengan menggunakan kedua belah tangannya...papa bimbing fiyan makan pakai sudu, alhamdulillah mama dan papa turut bagi sokongan supaya makanannya habis. Tapi, nda habis pun...syukurlah, banyak juga dia makan. 

Bila anak mahukan sesuatu, pasti itu pengalaman yang baru baginya. Just try it! yang penting SABAR dan SOKONG anak kita.!

p/s : Fiyan makan nasi dan cucur ikan bilis semalam ya...

Thursday, July 22, 2010

Bersama Nabi di Bulan Ramadhan



Oleh :
Syeikh Muhammad Musa Nasr

Sesungguhnya kita akan menyambut tamu yang mulia, yang hilang dan tidak datang kepada kita melainkan sekali saja dalam setahun. Ia (tamu yang) jarang mengunjungi kita, hingga kita sangat merindu padanya. Tamu yang membuat hati berdebar-debar karena begitu cinta padanya. Leher-leherpun melongok untuk melihatnya, (demikian juga) mata mengamat-amati untuk melihat hilalnya, dan jiwa-jiwa yang beriman beribadah kepada Rabbnya pada saat itu. 

Tamu yang mulia dan diberkahi ini telah diketahui dengan pasti oleh orang beriman, karena merekalah yang menunaikan haknya dan mengagungkannya dengan pengagungan yang semestinya, serta memuliakan utusannya secara jujur dan adil.

Sesungguhnya Allah mengangkat darjat tamu ini dalam Al Qur’an dan melalui lisan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam , kemudian Allah menjadikan kebaikan seluruhnya ada padanya, baik di awalnya, tengahnya ataupun akhirnya. Allah berfirman :

شَهْرُ رمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتِ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan bulan yang didalamnya diturunkan Al qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil)” (QS Al-Baqarah :185)

Tidak disangsikan lagi, tentunya anda tahu -wahai saudaraku- siapakah gerangan tamu itu?! Akan diperlihatkan (dalam risalah ini insya Allah) apa saja kekhususan dan keutamaannya!! Agar anda bersiap sedia untuk menyambut dan menyingsingkan lengan anda secara sungguh-sungguh untuk memperoleh keutamaan-keutamaannya dan agar anda memperoleh apa yang Allah janjikan padanya berupa kebaikan, barakah dan rahmat.

Di bulan inilah Allah menurunkan Al-Qur’an, seandainya tidak ada keutamaan pada bulan Ramadhan melainkan hanya ini saja, niscaya sudah mencukupi. Betapa tidak, di dalamnya terdapat keutamaan yang Allahlah lebih tahu tentangnya, berupa ampunan terhadap dosa-dosa, diangkatnya derajat orang-orang yang beriman, dilipatgandakannya kebaikan-kebaikan, dan dimaafkannya segala kesalahan, serta Allah membebaskan hamba-hamba-Nya pada tiap malamnya dari neraka.

Bulan Ramadhan adalah bulan dibukanya pintu-pintu surga, ditutupnya pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu, turun dua malaikat, yang pertama mengatakan: “Wahai orang yang mengharap kebaikan, datanglah!”. Yang kedua mengatakan : “Wahai orang yang mengharap kejahatan, tahanlah!”. Dalam bulan itu terdapat satu malam, barangsiapa diharamkan pada malam itu maka ia telah diharamkan dengan kebaikan yang banyak. Ia adalah suatu malam yang diputuskan setiap perkara yang bijaksana. Sesunguhnya malam itu adalah Lailatul Qodar, yang satu malam di dalamnya lebih baik dari seribu bulan.

Sesungguhnya, mencukupkan diri dengan petunjuk Nabi dalam setiap ketaatan adalah perkara yang sangat penting, khususnya (mencukupkan diri dengan) petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada bulan Ramadhan. Kerana amal soleh seseorang tidak diangkat kecuali jika apabila ia ikhlas kerana Allah dan hanya mengikuti tuntunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sesungguhnya ikhlas dan mutaaba’ah (mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) merupakan dua syarat utama yang diterimanya amal soleh. Keduanya ibarat dua sayap burung, maka alangkah jauhnya (dari realiti) jika ada burung yang terbang dengan satu sayap !!

Di dalam risalah ini -wahai para pembaca budiman-, kita akan mempelajari bagaimana keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam bulan Ramadhan secara singkat dan ringkas, dengan harapan agar semoga anda dapat mengetahui dengan jelas petunjuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ketahuilah, barangsiapa yang tidak bersama Rasul di dalam mengikuti petunjuknya di dunia ini, niscaya dia tidak akan bersama beliau di akhirat kelak. Kerana setiap kejayaan ada pada ittiba’ (mengikuti) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam baik secara zahir maupun bathin, dan hal ini tidak akan diperoleh kecuali dengan ilmu yang bermanfaat, dan ilmu yang bermanfaat tidak bakal dapat dicapai melainkan dengan amal yang soleh. Maka buah ilmu yang bermanfaat adalah amal yang soleh.
Wahai hamba Allah, inilah penjelasan sebagian keadaan-keadaan Rasulullah dan petunjuk beliau dalam bulan Ramadhan [Hadits-hadits yang terdapat dalam makalah ini adalah hadits-hadits shahih, sebagian besar terdapat dalam shahih Bukahri dan Muslim, atau salah satu dari keduanya], agar anda dapat meneladaninya sehingga anda memperoleh kecintaan kepadanya dan dikumpulkan bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kelak.

Berikut ini kami kemukakan beberapa keadaan dan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di bulan Ramadhan :
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak berpuasa hingga ru’yah (melihat) hilal dengan penglihatan yang pasti, atau dari berita seorang yang adil dalam penentuan awal bulan Ramadhan, atau menyempurnakan bilangan bulan Sya’ban menjadi 30 hari. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam merasa cukup dengan persaksian satu orang, ini merupakan hujjah diterimanya khabar ahad. Tersebut dalam hadits shahih bahwa kaum muslimin berpuasa hanya dengan ru’yah yang dilakukan oleh seorang Arab Badui yang datang dari padang pasir, kemudian ia memberitahukan kepada Nabi bahwa ia telah melihat hilal, maka beliau memerintahkan Bilal agar mengumumkan untuk puasa. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang umatnya untuk mendahului bulan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari (sebelumnya) dengan alasan berhati-hati, kecuali apabila ia merupakan kebiasaan salah seorang diantara kalian, oleh karena itu dilarang berpuasa pada hari yang diragukan.
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berniat puasa pada malam hari sebelum fajar dan memerintahkan kepada umatnya (untuk berniat), dan hukum ini khusus untuk puasa wajib. Adapun puasa nafilah (sunnah) maka tidak wajib.
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak menahan dari makan dan minum serta hal-hal yang membatalkan puasa hingga ia melihat fajar shadiq dengan penglihatan yang pasti, sebagai pengimplementasian firman Allah :
كُلُوْا وَ اشْرَبُوْا حَتَّى يَتَبَيّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ اْلأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
Dan makan dan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam yaitu fajar” (Al Baqarah : 187) 

  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menerangkan pada umatnya bahwa fajar ada dua yaitu shadiq dan kadzib. Selama fajar kadzib, tidak diharamkan makan, minum dan jima’. Rasulullah tidak pernah memberatkan umatnya baik dalam bulan Ramadhan atau selainnya, beliau tidak pernah mensyariatkan apa yang dinamakan oleh kaum muslimin ini sebagai adzan (seruan) imsak. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur, serta memerintahkan umatnya untuk melaksanakan hal ini. Beliau bersabda :

لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفُطُوْرَ

Senantiasa umatku dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka
  • Jarak antara sahur beliau dan shalat fajar (shubuh) adalah kurang lebih seperti membaca 50 ayat.
  • Adapun tentang akhlak beliau, maka ceritakanlah dan tidak mengapa. Sungguh Rasulullah adalah   manusia yang paling baik akhlaknya. Betapa tidak, padahal sungguh akhlak beliau adalah Al-Qur’an, sebagaimana disifatkan oleh Ummul Mu’minin Aisyah radhiyallahu ‘anha. Beliau telah memerintahkan umatnya supaya berakhlak baik, terlebih lagi bagi orang yang sedang berpuasa, beliau bersabda :


مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَعَمِلَ بِهِ فَلَيْسَ للهِ حَاجَةً فِى أَنْ يَدَعْ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukannya, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makanan dan minumannya”.
  • Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjaga keluarganya dan memperbaiki cara bergaulnya dengan mereka pada bulan Ramadhan melebihi bulan lainnya.
  • Puasa yang beliau kerjakan tidak menghalanginya mencium istrei-isterinya atau menyentuh mereka. Namun beliau adalah seorang yang paling mampu mengendalikan syahwatnya.
  • Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak meninggalkan siwak baik pada bulan Ramadhan atau selain bulan Ramadhan, beliau senantiasa mensucikan mulutnya.
  • Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbekam dalam keadaan berpuasa, dan beliau memberi keringanan bagi orang yang bepuasa untuk berbekam, adapun hadits yang menyelisihi hal ini telah mansukh (terhapus).
  • Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berjihad di bulan Ramadhan, dan memerintahkan sahabatnya untuk berbuka agar kuat dalam menghadapi musuh.
  • Diantara rahmat beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada umatnya, yaitu bagi musafir diberi keringanan untuk tidak berpuasa, demikian juga orang yang sakit, laki-laki dan perempuan tua , perempuan hamil dan menyusui. Bagi musafir harus mengganti puasanya (dihari lain), sedangkan orang yang sudah lanjut usia, perempuan hamil atau menyusui yang khawatir terhadap diri dan bayinya, maka ia mengganti puasanya dengan memberi makan (fakir miskin).
  • Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersungguh-sungguh dalam ibadah dan shalat malam pada bulan Ramadhan melebihi kesungguhannya pada bulan-bulan lainnya, terutama pada 10 malam terakhir, beliau mencari Lailatul Qodar.
  • Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf pada bulan Ramadhan, khususnya 10 hari yang terakhir. Pada tahun dimana beliau wafat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf selama 20 hari. Beliau tidaklah beri’tikaf melainkan dalam keadaan berpuasa.
  • Adapun dalam hal mengulangi (bacaan) Al-Qur’an, maka tidak ada seorangpun yang memiliki kesungguhan seperti kesungguhan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Jibril menemui beliau untuk mengulangi Al Qur’an dalam bulan Ramadhan, dikarenakan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an.
  • Adapun kedermawanan beliau dalam bulan Ramadhan tidaklah dapat digambarkan. Beliau seperti angin yang berhembus (membawa kebaikan), sebagaimana keadaan orang yang tidak takut miskin.


Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah mujahidin yang paling agung, puasa tidaklah menjadi penghalang baginya dari mengikuti peperangan-peperangan. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengikuti 6 peperangan dalam 9 tahun, semuanya di bulan Ramadhan. Demikian pula beliau melakukan amalan-amalan yang besar di bulan Ramadhan, diantaranya penghancuran Masjid Dhirar (masjid yang didirikan orang-orang munafik), penghancuran berhala terbesar di Jazirah Arab, menyambut utusan-utusan, menikah dengan Hafshah Ummul Mu’minin, dan membebaskan kota Mekkah (dari kekuasaan musyrikin) pada bulan Ramadhan.
Ringkasan : Bulan Ramadhan adalah bulan kesungguhan, bulan jihad dan bulan pengorbanan bagi kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tidak sebagaimana yang difahami oleh mayoritas kaum muslimin pada zaman ini, yang memahami bulan Ramadhan adalah bulan istirahat, bulan bermalas-malasan, kelemahan dan pengangguran.

Ya Allah berilah petunjuk kepada kami untuk mengikuti Nabi-Mu dan hidupkanlah kami di atas sunnahnya, dan wafatkan kami diatas syariatnya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

(dialihbahasakan dari Majalah Al-Ashalah edisi III hal 66-69)

sumber : http://abusalma.wordpress.com/2007/08/20/bersama-nabi-di-bulan-ramadhan/

Word Of The Week

Pagi ni, bangun dari tidur, Alfiyan sebut perkataan pa pa pa pa pa...kalau di sambung jadila PAPA

Di rumah nenek penjaganya, dia tunjuk seliparnya dia cakap PAR...jadilah SELIPAR

Semalam time maghrib, dia menonton cd alif ba ta nya, dia sebut BA HA

Alhamdulillah, anak mama mau matang sudah ni. Pandai sudah cakap sepotong2.

Beberapa bulan lagi, Alfiyan akan lancar bercakap. Tengok anak kawan yang minum susu ANMUM lancar ja anaknya bercakap. Petah betul bercakap..termasuklah sepupu Alfiyan di Sandakan.

Tidak apa, susu DUMEX ka susu apa pun anak minum yang penting usaha kita mengajarnya bercakap perkataan yang betul dan sempurna. Ajar anak bercakap dengan perkataan yang sempurna...tidak perlu cakap dengan anak, makan jadinya kan...minum jadinya num! kita bercakap dengan anak dengan full word kan lagi best!

Pagi tadi, sebelum pi kerja...Alfiyan berdiri dpn grill rumah dia sebut lagi perkataan PA PA...rindu mungkin dekat papanya bah. InsyaAllah hari ni papa balik dari outstation...

so, minggu ni Alfiyan sebut beberapa perkataan, antaranya :-
  1. PAPA
  2. SELIPAR
  3. BA
  4. HA
Tahniah nak, teruskan usaha ya!

Ikan Masak Stim

Resepi ni sebenarnya, saya tengok my mother in law buat..so saya pun cuba, ternyata menjadi dan sedap sehingga makan pun nda nampak telinga!

Bahan-bahan:
  1. Ikan putih@merah@apa2 ja..basong? bolehka ya? cuba ja la...
  2. Halia
  3. Serai 1 batang (optional)
  4. Bawang putih
  5. Bawang merah
  6. Sedikit kunyit
  7. Sedikit asam jawa
  8. Garam dan ajinamoto@gula
  9. Sos tiram (optional)
  10. Sedikit minyak masak
Cara-caranya :
  1. Bersihkan ikan kemudian letak sedikit asam jawa, kunyit garam dan ajinmoto.
  2. Ketepikan ikan tadi.
  3. Hiris halia, bawang putih dan bawang merah untuk ditumis.
  4. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah dihiris itu tadi.
  5. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, kalau tidak suka atau tiada itu sos nda payahla letak kan..
  6. Tuang bahan-bahan yang telah ditumis itu ke dalam ikan yang sudah dibersihkan tadi. Dan letakkan dalam bekas untuk stim. Loyang pun boleh...
  7. Serai yang dititik tadi masukkan dalam perut itu ikan..
  8. Panaskan periuk untuk stim ikan, kemudian naikkan la ikan tadi...nda payah letak air ya.
  9. Bila distim air akan sendiri terkumpul dalam loyang ikan tadi.
  10. Kalau suka makan cili, taburlah cili bulat atas ikan tadi.
cubalah! simple kan.....

p.s : Kalau makan baca bismillah..nnt tertelan tulang ikan

Wednesday, July 21, 2010

Ikan Bakar Buah Keras

gambar ikan ni, belum dibakar lagi ya..setelah dibakar kelihatan berlemak-lemak kerana buah keras itu lah..Sebenarnya resepi ni, saya try and eror ja..tapi bila hubby saya makan dia suka, saya pun senang hatilah. Mula-mula dulu tengok mak bakar ayam dia letak buah pala, saya pun pi try letak diikan...alhamdulillah menjadi juga. Yang bestnya, guna buah keras ni ianya berlemak dan makan pun macam ada kekacang sikit. hehehe...Cubalah!

Antara bahan-bahannya :
  1. Ikan basah, tidak boleh pakai ikan kering@ikan masin ya
  2. Bawang putih 5 ulas
  3. Bawang merah 2 ulas
  4. Halia
  5. 1 batang serai
  6. Buah keras 6 biji, mau senang beli yang sudah sedia terbuka.
  7. Sedikit kunyit
  8. Asam Jawa 
  9. Sedikit garam, ajinamoto@gula.
  10. Sedikit minyak.
  11. Aluminium foil@daun pisang lagi bet.
Cara-caranya :
  1. Bersihkan dulu itu perut ikan, kalau malas beli ikan yang besar dipasar lepas tu minta tolong dia bersihkan perutnya.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras sehingga hancur.
  3. Kemudian titik serai 
  4. Setelah itu keluarkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit kunyit, asam jawa, minyak, garam dan ajinamoto@gula.
  5. Kacau semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  6. Kemudian letakkan bahan-bahan tadi ke atas ikan yang telah dibersihkan.
  7. Untuk memudahkan kerja, sediakan terus aluminium foil kemudian lumurkan bahan-bahan tadi ke atas ikan di atas aluminium foil.
  8. Siap sudah untuk di bakar.
Sedap dimakan dengan cili padi bercampur limau @pun makan dengan lada korek.....

Jangan Bersedih Berhadapan Dengan Berbagai Kesulitan

Sesungguhnya setiap kesulitan yang dihadapi akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, menghancurkan rasa ujub, dan menguburkan rasa takbur. Kesulitan-kesulitan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menghias diri untuk selalu berbuat baik kepada setiap makhluk, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang-orang soleh, merupakan bukti ketundukan kepada penzalim adalah sebuah penyerahan diri kepada Zat Yang Esa, sebuah peringatan diri, sebuah usaha untuk menghidupkan zikir, sebuah usaha untuk menjaga hati dengan bersabar, sebuah persiapan untuk menghadap Tuhan dan melepaskan godaan untuk menggantungkan hidup pada dunia dan merasa aman dan tenang dengannya. Kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih besar, dosa yang ditutupi itu jauh lebih besar. dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih besar.

  • Sesungguhnya kesedihan hanya akan membuat kita lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheret kita untuk berburuk sangka dan hanya akan membuat  kita jadi pesimis.
  • Sesungguhnya rasa sedih dan gundah adalah akar penyakit jiwa, sumber penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan dan kebingungan.
  • Jangan sedih, sesunguhnya kita ada Al-Qur'an, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik dan amalan yang memberikan manfaat.
  • Jangan bersedih dan jangan menyerah kepada kesedihan dengan tidak melakukan sebarang aktiviti,
  • Solatlah, bertasbihlah, bacalah apa pun buku yang berfaedah, menulislah, bekerjalah, terimalah tetamu, hubungkan silaturahim dan merenunglah..
Setiap kesulitan pasti ada kesenangan,,

Oleh Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Jangan Marah

Sesungguhnya orang yang keresahan, kesedihan, emosi dan amarah di dalam hati baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi Muhaammad sallallahu 'alaihi wasallam. Di antara penawar tersebut adalah :-
  1. Berusaha menghilangkan perasaan marah
  2. Berwudhu'. Marah adalah bara api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air
  3. Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah baring.
  4. Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan bercakap.
  5. Sebaiknya mengingati akan ganjaran yang diperolehi bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain.
Firman Allah subhanahu wata'ala :
"Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." 
  (surah Al-a'raf : 200)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya dengan mengatakan
"jangan marah, jangan marah, jangan marah."

Suatu hari terdapat seorang lelaki yang sedang marah di hadapan Rasulullah. Lalu Rasulullah menyuruhnya mengucapkan isti'azah..
"Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku"
(surah Al-Mu'minun:98)

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada (seksa) Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kebenaran lalu menghentikan kesalahan-kesalahannya)"
(surah Al-A'raf : 201)   


Oleh Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


           

Friday, July 16, 2010

Sesuatu Yang Mesti Diusahakan

Cari jodoh yang baik dan dekatkan jodoh yang baik.....

Bersihkan hati adalah perkara yang paling penting, kerana dengan bersihnya hati kita dari kemaksiatan dan kekotoran insyaAllah doa akan cepat dimakbulkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala...
  1. Sentiasa berdoa
  2. Sentiasa beristighfar kepada Allah subhanahu wa ta'ala
  3. Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhu'
  4. Latih diri bangun malam untuk menunaikan solat
      • Tahajjud
      • Taubat
      • Hajat
  5.  Kalau mandi sentiasa berdoa "Ya Allah, Engkau jadikanlah aku seperti air ini yang sentiasa suci lagi suci menyucikan".
  6. Sentiasa bersangka baik dengan qada' qadar yang diberikan oleh Allah.
  7. Cepat atau lambatnya jodoh kita, semuanya adalah ketentuan Allah yang penting berusaha tanpa berputus asa. 
  8. Jangan menolak perkahwinan kerana perkahwinan itu adalah sunnah  Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam.

Bagi kita kaum wanita, perkahwinan adalah platform yang terbaik untuk kita mudah memasuki syurga dan juga menjadi isteri yang baik dan beriman, dapat memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kenapa ya?
  1. Bila redha dengan keluarnya suami untuk melakukan kebaikkan akan dapat pahala
  2. Sediakan suami makanan dan minuman dapat pahala.
  3. Mengandungkan anak dapat pahala, malahan diampunkan lagi dosa-dosa.
  4. Senyum dekat suami dapat pahala
  5. Berhias untuk suami dapat pahala
  6. Keluar rumah dengan kebenaran suami dapat pahala, yang bukan maksiatlah....
  7. dan banyak lagi..
Bila dah jadi isteri...

  1. Taat pada Allah subhanahu wata'ala
  2. Taat pada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
  3. Taat pada suami selagi bukan pada kemaksiatan.
InsyaAllah syurga menanti kita...


p.s : berusahalah mencari calon suami yang baik, kerana itu adalah satu ibadah..

Thursday, July 15, 2010

Suami Dan Isteri



Isteri : Abang tolong singgah kedai nanti belikan sabun cuci ya.
Suami : Sabun cuci apa?
Isteri : Sabun cuci kainlah.
Suami : Iyalah, tapi jenama apa.?
Isteri : Yang biasalah jenama DAIA.
Suami : Iyalah..

Apabila sampai di rumah, suami terlupa pula membeli sabun cuci jenama DAIA.
Isteri : Adakah abang beli sabun.?
Suami : Alaaa...lupa pula ba..
Isteri : ??????? (pelbagai ragam isteri, pelbagai jenislah jawapannya kan)



Mungkin antara reaksi si isteri, ada yang...
  1. Marah dan membebel
  2. Marah dan berdiam diri
  3. Marah, membebel dan buat muka
  4. Marah, diam dan buat muka.
  5. Sedih dan marah
  6. Sedih dan diam diri
  7. Sedih dan masuk bilik tidur
  8. Sedih , diam dan buat muka
  9. Sedih, marah dan buat muka
  10. Sedih dan menghempas2 barang
Diawal perkahwinan, saya berada pada kategori mana ya? Papa mungkin tahu jawapannya. Tapi saya rasa macam marah, diam dan buat muka...entahla juga.

Tapi bila sedar itu perkara kecil, dan sememangnya wanita suka memperbesar-besarkan perkara kecil akhirnya saya sedih dan diam ja. Cuma, kalau kerap kali berulang perkara yang sama, mana boleh diamkan..mestilah membebel sikit..itu pun bukannya lama, kejap ja. Petang marah dan membebel, malam reda sudah pun..

Bagi suami, perkara lupa beli sabun itu mungkin masalah kecil baginya tetapi bagi si isteri itu adalah perkara besar dan penting baginya. Kerana di situlah, isteri akan menilai sejauhmana suami menghargai dan menyayanginya...bukanlah kasih sayang suami itu dinilai dari beli sabun, tetapi  penilaian itu adalah melalui keperihatinannya terhadap keperluan dan kehendak si isteri..

Jadi, sebagai seorang suami berusahalah untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap si isteri biarpun masalah yang remeh.

Si isteri juga, berusalah untuk tidak memperbesarkan hal-hal yang remeh bagi pandangan suami. Mencari jalan yang lain, itu adalah yang terbaik.


Jom jadi isteri yang kreatif dan inovatif  kerana redha Allah itu terletak pada redha suami kita..! Namun begitu, suami harus sedar...mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak...ada murka Allah menanti ya!

p.s : sekadar berkongsi pandangan..

Papa Dan Anak

Rasulullah sallalahu 'alihi wasallam bersabda yang bermaksud: 
“Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.”  (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Anak menjadi inspirasi kepada seseorang bapa untuk terus berusaha lebih gigih dan sentiasa mengutamakan keluarga. Sebab itulah keletihan dan tekanan kerja akan hilang apabila melihat wajah anak-anak serta mendapat layanan mesra daripada isteri. Pengorbanan sebagai bapa ini dapat kita fahami dari hadith riwayat at-Tirmizi bermaksud: 
“Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik.”


Diriwayatkan oleh Bukhari satu kisah bahawa pada satu hari semasa Rasulullah mencium cucunya, perbuatan itu dilihat oleh Aqra bin Habis at-Tamimi lalu beliau mengatakan:
“Aku mempunyai sepuluh anak, tetapi tidak seorang pun daripada mereka pernah aku cium.” Rasulullah sallalahu 'alihi wasallam lalu menjawab: “Apa dayaku apabila Allah telah mencabut kasih sayang daripada hatimu”.

Rasulullah tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa terhadap anak biarpun yang sudah berumahtangga. Rasulullah sallalahu 'alihi wasallam sentiasa mengunjungi rumah Fatimah dan bertanya khabar, serta memberi nasihat berguna dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu. Malah, Rasulullah  sentiasa memberi sambutan mesra setiap kali ketibaan Fatimah mengunjungi baginda. Baginda bangun menyambut ketibaan Fatimah, memberi kucupan dan memimpinnya ke tempat duduk. Sesungguhnya kasih sayang berterusan seorang bapa terhadap anak biarpun yang sudah berkahwin bukanlah mengganggu urusan hidup anak, kerana ikatan kasih sayang bapa terhadap anak adalah kasih sepanjang hayat.

Anak-anak akan lebih menghormati dan kagum kepada bapa yang sedia memahami dan menghormati keperluan mereka. Anak tidak akan mensia-siakan pengorbanan bapa yang menjalankan tanggungjawab yang terbaik.

Seharusnya kita jangan mengambil mudah tentang kasih sayang dan perhatian yang diperlukan oleh anak. Kita tidak boleh beranggapan bahawa sudah memadai kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh isteri kita. Kedua-duanya amat diperlukan si anak kecil, sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan sebagai tempat bermain bagi si anak.

Jadikan diri sebagai model yang terbaik untuk anak-anak dan juga isteri demi kebahagiaan rumahtangga dan untuk memperolehi keberkatan dari Allah subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat..

p.s : gambar sekadar hiasan...

Wednesday, July 14, 2010

Khasiat Surah Al-Ikhlas

  1. Abu Sa'ad Al-Khanafi menerangkan : Surah ini dinamakan surah al-ikhlas, ertinya bersih atau lepas dari kekotoran, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan dari kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan melalui sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
  2. Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan : Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam bersabda : "Siapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Qur'an.
  3. Riwayat dari  Saidina Ali radhiallahu 'anhu : "Siapa membaca suratul ikhlas sebanyak 11 kali sesudah solat subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan bersungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu."
  4. Aisyah radhiallahu 'anha menerangkan : "Dari nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, siapa membaca sesudah selesai solat jumaat, surah al-Fatihah 7 kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali dan surah an-Naas 7 kali maka Tuhan akan melindunginya dari kejahatan hingga ke hari Jumaat yang akan datang.
  5. Dari Saidina Ali radhiallahu 'anhu dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : "siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah ikhlas 11 kali, maka Tuhan memeliharakan rumahnya sampai ia kembali."
  6. Anas menerangkan dari Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam :"Siapa membaca suratul ikhlas 30 kali, maka Tuhan akan menulis barakah, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat."
  7. Imam Sayuti menerangkan dalam kitabnya  "Addurul Mantsur". riwayat dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam telah mengatakan  : "siapa ada hajat hendaklah berwudhu dan solat empat rakaat dengan sekali salam. Rakaat pertama membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 11 kali, rakaat kedua membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-ikhlas 21 kali, rakaat ketika membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-ikhlas 30 kali, rakaat keempat membaca surah al-fatihah sekali dan surah al-ikhlas 41 kali. Apabila selesai salam, sebelum berkata-kata hendaklah membaca surah ikhlas 50 kali, selawat atas nabi 50 kali, istighfar 50 kali, laa haula wa laa quwataa illaa biillahil aliyil aziim 50 kali kemudian mohonlah hajatnya kepada Allah."

Tidak ada cara yang terbaik selain menyerahkan segala urusan itu kepada Allah disamping berusaha dengan cara yang diredhaiNya.


Sumber : Risalah Doa

Sebab Turunnya Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas (سورة الإخلاص) adalah surah ke 112 dalam Al Quran, ayatnya mengandungi 4 surah yang mentauhidkan Allah, menolak fahaman politheisme dan trinitarianisme. Al-Ikhlas bermaksud "ketulinan",  bermakna untuk tetap suci dan beriman.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



1.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.


2.Sesungguhnya Allah kekal.


3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan


4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
 
Sebahagian riwayat menerangkan, sebab turunnya surah al-ikhlas iaitu : ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sedang dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah melihat dari jauh dibelakang seseorang yang sedang mengejar beliau dengan menunggang kuda.
 
Ketika itu datang Jibril menghampiri Rasulullah lalu berkata : "Muhammad..! Suraghah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau, tetapi Allah telah memerintahkan kepada bumi agar taat kepadamu." 
 
Tidak lama kemudian sampailah Suraghah kepada Rasulullah. Dia segera menerajang Rasulullah dengan pedang terhunus. Tetapi dengan takdir Allah, Suraghah dengan kudanya terperosok ke dalam bumi, hingga tidak berdaya melakukan apa-apa lagi.
 
Rasulullah menoleh ke belakang dan Suraghah berkata kepada beliau : " Tolonglah aku hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau.!"
 
Kemudian Rasulullah menarik Suraghah dan kudanya dari dalam bumi. Suraghah pun selamat, dan ia berkata : "Terangkanlah kepadaku hai Muhammad, tentang Tuhanmu yang mempunyai kekuatan yang besar ini. Adakah ia terdiri dari emas atau perak.?" 
 
Rasulullah menundukkan kepalanya, terhening sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata : "Hai Muhammad! Qul hu Allaahu ahad..!" hingga ke akhir ayat..
 
 
 
p.s : Allah berkuasa atas segala-galanya
 
sumber : Risalah doa Oleh Haji Dja'far Sabran

Saya Suka Main Sudoku

Orang Yahudi menjadikan matematik sebagai aktiviti bagi ibu hamil...tapi saya cuba sudoku!

Sewaktu mengandungkan Alfiyan, saya memang gian main sudoku..tapi bila sampai tahap fendish saya surrender sudah! Berusaha memang berusaha untuk siapkan.. tapi sampai ke tahap tu, Alfiyan dah pun selamat dilahirkan. Jadi, disebabkan kesibukan menjaga anak mama tu..fokus kepada suduko tahap itu tidak dapat sudah dibuat.

Tapi sekarang, untuk anak kedua yang sedang saya kandungkan ini, gian sudoku kembali lagi..saya suka bermain sudoku. Saya main yang easy ja ni, tapi mau habis sudah satu buku..Papa tolong belikan lagi buku Sudokunya! hehehehe

Sudoku boleh dianggap sebagai permainan tertutup. Ianya boleh dimain secara individu atau berkumpulan dengan menguji kepantasan penyelesaian. Untuk tahap easy ni, kalau dah teror bolehlah uji kepantasan.

Sudoku ialah permainan di atas grid.. Terdapat 9 baris dan 9 lajur pada grid utama. Ia kemudiannya dibahagikan pula kepda grid (kotak) sampingan 3 baris dan 3 lajur.

Untuk menyelesaikan masalah sudoku kita perlu mengisi ruang grid pada baris, lajur dan grid 3 x 3 dengan digit-digit dari 1 hingga 9.

Syarat-syaratnya pula :
  • Setiap digit digunakan hanya sekali pada setiap baris.
  • Setiap digit digunakan hanya sekali pada setiap lajur.
  • Setiap digit digunakan hanya sekali pada setiap grid sampingan 3x3
Tidak boleh adakan pengulangan digit pada baris, lajur atau grid sampingan 3x3 yang sama.

p.s: hanya terdapat satu penyelesaian untuk setiap masalah 




Tasbih Nabi Yunus Ketika Dalam Perut Ikan Nun

"Laa ilaaha illaa anta subhaanaka Inni kuntu minadzzaalimiin.
Fastajabnaa lahuu wanajjainaahu minal ghammi, wakadzaalika nunjil mukminiin..'

Maksudnya :
Tidak ada Tuhan yang benar disembah melainkan Engkau ya Allah, maha suci Engkau, aku adalah orang yang membuat zalim ke atas diriku, Maka perkenankanlah  permintaannya dan kami, lepaskanlah dia dari kedukaan, demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.

Huraian :

Ibnu Suni meriwayatkan: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa beliau telah mengetahui sebuah kalimah, yang jika dibaca kalimah itu, orang yang kesempitan akan dilapangkan Tuhan. Kalimah ini kata beliau ialah kalimah yang diucapkan oleh saudaraku Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun.

Saad bin Malik menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Nama Tuhan yang maha Mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Dan siapa yang meminta dengan nama itu akan diberi, iaitu apa yang diucapkan oleh nabi Yunus dalam perut ikan Nun.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala : "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat

sumber : Risalah Doa

Adab Berdoa

Jom rakan-rakan sekalian kita perbanyakkan berdoa kepada Allah subhanahu wa ta'ala, mohon dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak kita ingini, jauh dari sifat-sifat mazmumah seterusnya mohon dianugerahkan sifat-sifat mahmudah...Sebelum itu, kita mesti tahu dulu ada-adabnya ya.


Dalam mengemukakan permohonan dan doa kepada Allah hendaknya disertai dengan adab diantaranya :- 
  1. Menjauhi yang diharamkan, baik makanan, minuman dan pakaian
  2. Dengan ikhlas hati
  3. Lebih baik didahului dengan solat seperti yang diriwayatkan oleh Abi Darda, bahawa Rasulullah sallalahu 'alihi wasallam bersabda : "Siap berwudhu' dengan baik kemudian solat dua rakaat, setelah itu berdoa, maka Tuhan akan memperhatikan permintaannya, diberiNya dengan segera atau ditangguhkanNya.
  4. Mengucapkan kalimah tahmid (Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin), selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad sallalahu 'alihi wasallam pada awal dan akhir doa.
  5. Khusyu' dan tenang
  6. Dengan suara rendah dan mengharap sepenuh hati.
  7. Mengulangi beberapa kali dengan tidak berputus asa
  8. Menyerahkan hati sepenyhnya kepada Allah
  9. Jangan berdoa untuk melakukan dosa@maksiat
  10. Jangan bekata : "Aku telah berdoa tetapi tidak pernah diperkenankan Tuhan."
Dipetik dari kitab TUHFATUDZ DZAAKIRIIN

Saturday, July 10, 2010

Baju Fatimah Az-Zahra' Radhiallahu 'Anha

Dikirim oleh peribadirasulullah di Disember 8, 2009

Saya menjumpai artikel ini dari website Ustaz Halim...dan sememangnya, saya amat suka membaca blog beliau kerana banyak sekali bahan-bahan yang bermanfaat untuk dibaca.


Diantara barang-barang peninggalan dari bilik Rasulullah saw yang dibawa dari Madinah Munawwarah ke Turki ialah kotak Fatimah Az-Zahra’ yang beliau sendiri gunakan. Di dalamnya terdapat beberapa barang-barang peribadi Fatimah diantaranya baju, jubah, perkakas, beberapa pakaian beliau. Kesemua barang-barang tersebut kini dipamerkan di bahagian “Barang-barang dari Tanah Suci” di Museum Istana Tub Kabi di Istanbul. Ini adalah baju Fatimah Az-Zahra’ seperti yang disandarkan kepadanya. Adapun tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang dilukis di baju tersebut pada asalnya tidak ada di zaman Fatimah ra, akan tetapi dimasukkan pada masa selepas beliau. (Terjemah Ustaz Halim http://www.inijalanku.wordpress.com/).



من ضمن كنوز الحجرة النبوية التي نقلت من المدينة المنورة لتركيا

صندوق السيدة فاطمة الزهراء الذي كان يستخدم منها شخصـــياً

وفي هذا الصندوق العديد من المتعلقات الشخصية للسيدة فاطمة

منها قميص وجبة وبعض أجزاء من أدواتها وملابسها المختلفة التي

تنسب لها وجميعها معروضة حاليا في جناح الأمانات المقدســـــة

في متحف قصر توب كابي في اسطنبول

وهــــــذا قميص فخر النساء ( فاطـــمة الزهـــراء ) كما يطلق عليه والكتابــات

والرسوم التي على القميص لم تكن موجودة أصلا في حياتها رضي الله عنها

ولكن تم إضافتها في عصور متأخرة




sumber : http://inijalanku.wordpress.com/

Keutamaan Al-Quran, Ilmu Dan Ulama

Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam bersabda :-
"Siapa membaca Al-Quran lalu berpendapat bahawa orang lain diberi yang lebih utama dari yang diberikan kepadanya, bererti dia telah meremehkan keagungan Allah subahanahu wa ta'ala."

Sabda beliau :
"Tidak ada pemberi syafaat yang lebih terutama tempatnya di sisi Allah daripada Al-Qur'an"

Sabda beliau pula :
"Ibadah yang utama bagi umatku adalah membaca al-Quran."

Juga sabda beliau :
"Yang lebih baik di antara kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."

Sabda beliau lagi :
"Sesungguhnya hati dapat membeku seperti besi." Ditanyakan :"Bagaimana cara melembutkannya.?" Beliau menjawab : "Membaca Al-Quran dan mengingati maut."

Telah berkata Fudhail bin 'Iyad : "Orang yang hafal Al-Quran adalah pembawa bendera Islam. Tidak patut ia melambatkannya bersama orang yang lambat, atau lupa bersama orang yang lupa, atau pula bersuka-suka , demi mengagungkan hak Allah." Dia berkata juga : "Siapa membaca akhir surah Al-Hasyr di pagi hari lalu mati, Allah mengecapnya setaraf para syuhada dan bila di petang hari lalu mati, juga Allah mengecapnya setaraf dengan para syuhada."

Tentang keutamaan ilmu dan ulama banyak disebutkan oleh beberapa hadis.

Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam bersabda :
"Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, Dia memahamkannya pada agama
 dan mengilhamkannya pada petunjukNya."

Beliau bersabda :
"Ulama adalah pewaris anbiya."

Tidak ada tingkatan yang lebih tinggi daripada tingkatan nubuwwah, moga tidak ada yang lebih mulia daripada kemuliaan pewaris tingkatan ini.

Rasulullah sallallahu 'alihi wasallalm bersabda :
"Manusia yang terutama adalah orang mukmin yang alim, jika diperlukan dia memberi ,
 jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri.'

Beliau bersabda lagi :
"Darjat manusia yang terdekat kepada nubuwwah, adalah orang yang ahli ilmu dan jihad.
 Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para rasul. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang dibawa oleh para rasul dengan pedangnya."

Telah bersabda Rasulullah sallahu 'alihi wasallam :
"Kematian orang sekampung lebih ringan daripada kematian seorang yang alim."

Beliau bersabda lagi :
"Pada hari kiamat ditimbang jumlah ulama dengan darah syuhada."

Beliau bersabda lagi :
"Orang alim tidak akan kenyang ilmu sebelum samapi ke syurga."

Beliau bersabda lagi :
"Kebinasaan umatku terletak pada dua hal, meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta."

Juga beliau bersabda :
"Jadilah orang alim, atau belajar, atau pendengar, atau pula pencinta. Jangan jadi yang kelima, iaitu pembenci. Maka kau akan binasa."

Sabda beliau lagi:
"Kebinasaan ilmu adalah mereka-reka."

Dalam kalam hukama disebutkan: "Siapa mencari ilmu untuk meninggikan kedudukan, dia akan kehilangan petunjuk dan siasat.

Dalam surah Al-A'raf ayat 146 yang bermaksud :
"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong
di muka bumi tanpa kebenaran."

Imam Asy Syafie mengatakan :
"Siapa belajar Al-Quran besarlah harganya. Siapa belajar feqah agung wawasannya. Atau siapa belajar hadis, kuatlah hujah-hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yang pelik lembutlah wataknya. Dan siapa tidak menahan nafsunya,
akan tidak bermanfaat ilmunya."

Hasan bin Ali radhiallahu 'anhu berkata :
"Siapa banyak menggauli ulama lepaslah ikatan lidahnya, terbuka tabir hati nuraninya serta menemukan tambahan dalam dirinya. Bahkan dia punya kemampuan terhadap apa yang diketahuinya dan dapat pula memanfaatkan untuk terus belajar."

Sumber : Penenang Jiwa Oleh Imam Al-Ghazali

Friday, July 9, 2010

Give Away I Love You


 
Sebenarnya, ini adalah pertama kali saya join contest macam ni. Kalau menang Alhamdulillah, kalau kalah... tidak mengapa yang penting dapat kenalan ramai dan dapat berkongsi pengalaman dan cerita dengan blogger yang lain.. And, thanks tu Ibu Iman coz dapat info contest ini dari blognya.

Giveaway ini dianjurkan oleh Ummi Dania Yasmine. Untuk maklumat lanjut silalah klik di sini.

Ini adalah gambar anak mama, Alfiyan Faaez ketika bercuti sempena Pesta Kaamatan di Taman Buaya, Sandakan, Sabah pada bulan Mei yang lepas.

Biar panas, berpeluh serta letih pusing-pusing dekat taman buaya ni, anak mama tetap seronok.

Anak mama happy, mama pun happy...!


 




Alfiyan Bangunkan Mama...

Subuh ni Alfiyan bangunkan mama, ma... ma... ma...sambil angkat kepala mama dari bantal. Sakitnya rambut ditarik bah. 2 malam berdua ja, papa masih outstation ke Sandakan. Kalau tidak, mesti naik badan papanya main kuda-kuda

Anak mama belum lagi lancar bercakap bah, nda lama la tu kan... bising sudah tiap-tiap hari, ntah apa dibebel. Macam papa, kuat bercakap!

snap ja, mata tertutup..baru bangun terus mama ambik gmbr


snap lagi, tutup mata...

Jam 3.37pagi bangun tetap juga awal bangun ba.... gud boy!

Peria

Kemarin tengah meeting pendaftaran dan msk, duduk dekat dengan Fara. Boraklah sambil dengar pengerusi berucap. Tiba-tiba dia sebut pasal kerabu peria...almaklumlah antara kawan-kawan kami, kami berdua ja gila makan makanan pahit macam tu. Tapi kemarin makan tengah hari dengan Sabrina dan Sute di atas pasar gantung depan servay, boleh ja Sabe makan peria... Dia cakap, nda pahit ini peria kak, manis-manis pahit, saya pun rasalah..mmgla rasa peria begitu.

Berbalik kepada cerita peria dengan Fara tadi, dia teringin sangat makan kerabu peria macam dekat rumah Irwan time dia kenduri pindah rumah baru hari tu. Saya pun tanyalah apa bahan-bahannya. Dia bagitau ada mangga, bawang, ada pedas-pedas sikit dan ada peria la...

oooo...Petang kemarin, balik dari kerja saya pun singgah tepi Yong Song beli sayur peria, inlah peria itu..belum lagi dibuat kerabu. Belum pasti lagi bah resepinya...


coz, belum pasti lagi macam mana mau buat kerabu peria, so baik kita cari khasiat peria dulu ya...:

Rupanya menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.


Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria:

• Pilih peria yang belum masak dan masih keras

• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.

• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.

• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.

• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.

• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

sumber : internet

p/s : utk fara : memang sesuailah untuk kita makan coz kita kan ada history diabetes... hehehehe

Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertompok dan berlipat ganda.

Ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam diusir dari Mekah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunkan Madinah menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Ahmad Bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerana itu pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya. As-Sarakshi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid. Ketika Ibnul Atsir dipecat dari jawatannya, ia berhasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam hadis. Demikian halnya dengan Ibnul Jauzi, ia pernah diasingkan dari penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman 'Abbasiyyah. Lalu ketika semua anak Abi Dzuaib Al Hudzail mati meninggalkannya seorang diri, ia justeru mampu mencitpakan nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihit, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitulah, ketika ditimap sesuatu musibah, kita harus melihat dari sudut yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi kita segelas air limau, kita perlu menambah sesudu gula ke dalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh kita dari bahaya bisa ular.

Kendalikan diri kita dalam berbagai kesulitan yang kita hadapi. Dengan begitu, kita akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami. Dan Allah berfirman yang bermaksud..

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu..." (Al-Baqarah :216)

Sebelum terjadi revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenalnya. Salah seorang dari keduanya sangat optimis dan seorang lagi pesimis bahawa revolusi dan perubahan akan segera terjadi. Setiap hari keduanya sama-sama menjengkukkan kepala melalui sel-sel gegeraji penjara. Hanya saja, sasterawan yang optimis selalu memandang ke atas dan meihat bintang-bintang yang gemerlap di langit. Dan kerana itu ia selalu tersenyum cerah. Adapun sasterawan  yang pesimis, ia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara, dan kemudian menangis sedih.

Begitulah, sebaiknya kita selalu melihat dari sudut lain kesedihan itu. Sebab, belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.

p/s : sentiasalah optimis