Showing posts with label Koleksi Doa. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Doa. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Doa Untuk Anak-anak



Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami


Tuhan kami,
kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu


Kami berlumba-lumbs mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami membersihkan wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami


Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu
Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih
Sebelum Engkau ampuni mereka,
Ya Allah ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami


Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu


Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami


Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kamidengan air mata penyesalan akan kelalaian kami....


Ya Rahman, ya Rahim
Indahkan kehidupan kami dengan kesolehan anak-anak kami
Peliharalah anak-anak kami yang kecil
Kuatkanlah anak-anak kami yang lemah
Sucikan kalbu mereka
Bersihkan kehormatan mereka
Sehatkan badan mereka
Cerdaskan akal mereka
Indahkan akhlak mereka
Gabungkanlah mereka bersama orang-orang yang bertakwa kepada-Mu
yang mencintai Nabi-Mu, keluarganya yang suci, dan sahabatnya yang mulia
yang berbakti kepada orangtuanya yang bermanfaat kepada bangsanya
yang berkhidmat kepada sesama manusia

Wahai Zat yang nama-Nya menjadi pengubat
yang sebutan-Nya penyembuhan
yang ketaatan-Nya kecukupan
sayangi kami yang modalnya hanya harapan
dan senjatanya hanya tangisan



kredit to :Muslimah Berjilbab
Posted by Picasa

Monday, October 31, 2011

Doa Untuk Ayah Dan Mama

untuk anak mama alfiyan... sori nak, mama kalau  geram selalu marah dan cubit fiyan kan! Ya Allah berikanlah aku kesabaran yang sebenar2nya sabar..
anak semakin membesar...alhamdulillah
untuk anak2 mama, alfiyan faaez dan adlyna faarehah : uhibbukuma, luv u.. semoga menjadi anak yang soleh dan solehah..

kerana doa ini sungguh berguna, maka saya copy untuk tujuan...suatu hari pasti anak-anak mama boleh berdoa dengan doa ini.. 

Dipagi yang indah seorang anak menulis, penuh isak dan tangis menuangkan apa yang dirasakannya. "Ayahku sayang, hari ini aku menangis melihat ayah tertidur lelap, bangun kemudian bergegas berangkat kerja tanpa menyapaku. Apakah ayah lelah mencari nafkah untuk keluarga? Berangkat pagi pulang petang, namun ayah tetap tersenyum bahagia saat menyambutku diujung senja. Meski ayah selalu membelikan apapun yang aku pinta, aku lebih suka melihat senyuman ayah.

Mamahku sayang, apakah mamah juga lelah dalam mengurusku dan merawatku? Mamah telah mempertaruhkan nyawa saat aku terlahir dan mengenal dunia ini, menjagaku siang dan malam dengan doa, selalu memasakkan kesukaanku, mengantar aku sekolah dan mengajariku penuh cinta, aku suka melihat mamah tersenyum, rasanya dunia begitu damai dan indah sepanjang masa. 

Ayah, Mamah..aku takut saat senyum dan tertawa kalian terdengar getir, Ayah pergi dan tidak pernah kembali diujung senja hingga berganti malam. Lalu Mamah terus bersedih. Aku takut Ayah, Mamah pergi dan tidak pernah kembali untukku lagi. "Ya Allah, aku tidak berharap memiliki Ayah & Mamah yang sempurna, cukuplah saling setia dan selalu ada untukku."  

"Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi satu keluarga, maka Allah akan memasukkan rasa kelembutan dalam diri mereka" (HR. Ahmad).

Hasil : M. Agus Syafii

p/s : the doa still in bahasa indonesia...

Thursday, October 14, 2010

Tips Dan Doa Untuk Membentuk Peribadi Anak


Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi, peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."

Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.

sumber : internet

p/s : yang paling berharga adalah anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya...

Adab Memasuki Rumah Baru

rumah baru nenek di sandakan...


lagi rumah nenek....

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumahbaru, beliau mencadangkan agar :
Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

(‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

 (Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]


d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Kita juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
  
Rujukan :
1] Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa IslamOnline. url : http://www.islam-online.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=55341
 

Saturday, October 9, 2010

Ya Allah

Apabila laut bergelombang, ombak bergelora dan angin bertiup kencang semua penumpang kapal akan berteriak.: "Ya Allah!"

Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpan jauh dari laluannya dan para kafilah merasa kebingungan menentukan arah perjalanannya, mereka akan berseru.: "Ya Allah!"

Apabila tertimpanya musibah, bencana melanda dan berlakunya tragedi, ia akan menyebut : "Ya Allah!"

Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup di depan orang yang meminta, mereka akan berseru : "Ya Allah!"

Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa terhimpit, harapan terhenti  dan semua jalan pintas telah buntu, mereka akan menyeru : "Ya Allah!"

Apabila dunia terasa sempit disebabkan himpitan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipikul, mereka akan menyeru : "Ya Allah!"

Telah ku khabarkan kepadaMu
segala hal seperti cercaan.
Pekat dan wajah waktu lebih gelap berdebu.
Lalu kupanggil jelas namaMu
di waktu Subuh menanti
dan setiap fajar menyinsing 
selalu terdengar namaMu terucap.

Hanya kepadaNya sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah yang indah, doa yang ikhlas, bisikan yang jujur, air mata yang menitis penuh keikhlasan dan keinsafan dan ratapan derita yang membingungkan.

Hanya kepadaNya kedua telapak tangan dihulourkan setiap kali menjelang Subuh, iaitu tangan-tangan orang yang memerlukan pertolonganNya dan tatapan mata hamba yang penuh harapan dan segudang benak yang bertanya tentang banyak peristiwa.

Ketika lidah bersenandung menyebut namaNya, memohon, mengharap dan memanggil. Dengan menyebutNya, di mana hati akan menjadi damai, jiwa akan terasa tenang, perasaan menjadi tenteram, saraf tidak lagi menegang, akal menjadi sejuk dan keyakinan menjadi mantap.

Allah : Sebaik-baik nama, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus dan kata yang paling bernilai.

Allah : BagiNya segala kekayaan dan keabadian, kekuasaan dan kekuatan, keagungan, kemampuan dan kebijaksanaan.

Allah : BagiNya kebijaksanaan, pertolongan, keringanan, bantuan, cinta dan kebaikan.

Allah : Pemilik keagungan, kebesaran, kewibawaan dan keperkasaan.

Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini suatu kedamaian dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMu, bimbinglah kesesatan ini ke arah jalanMu, dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjukMu.

Ya Allah, lenyapkan segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur. Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar kebenaran. Hapuskan segala tipu darya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaraan dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami.

Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan, kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakkal hanya kepadaMu. Kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai Pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Amin....

Wednesday, July 14, 2010

Khasiat Surah Al-Ikhlas

  1. Abu Sa'ad Al-Khanafi menerangkan : Surah ini dinamakan surah al-ikhlas, ertinya bersih atau lepas dari kekotoran, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan dari kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan melalui sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
  2. Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan : Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam bersabda : "Siapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Qur'an.
  3. Riwayat dari  Saidina Ali radhiallahu 'anhu : "Siapa membaca suratul ikhlas sebanyak 11 kali sesudah solat subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan bersungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu."
  4. Aisyah radhiallahu 'anha menerangkan : "Dari nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, siapa membaca sesudah selesai solat jumaat, surah al-Fatihah 7 kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali dan surah an-Naas 7 kali maka Tuhan akan melindunginya dari kejahatan hingga ke hari Jumaat yang akan datang.
  5. Dari Saidina Ali radhiallahu 'anhu dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : "siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah ikhlas 11 kali, maka Tuhan memeliharakan rumahnya sampai ia kembali."
  6. Anas menerangkan dari Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam :"Siapa membaca suratul ikhlas 30 kali, maka Tuhan akan menulis barakah, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat."
  7. Imam Sayuti menerangkan dalam kitabnya  "Addurul Mantsur". riwayat dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam telah mengatakan  : "siapa ada hajat hendaklah berwudhu dan solat empat rakaat dengan sekali salam. Rakaat pertama membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 11 kali, rakaat kedua membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-ikhlas 21 kali, rakaat ketika membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-ikhlas 30 kali, rakaat keempat membaca surah al-fatihah sekali dan surah al-ikhlas 41 kali. Apabila selesai salam, sebelum berkata-kata hendaklah membaca surah ikhlas 50 kali, selawat atas nabi 50 kali, istighfar 50 kali, laa haula wa laa quwataa illaa biillahil aliyil aziim 50 kali kemudian mohonlah hajatnya kepada Allah."

Tidak ada cara yang terbaik selain menyerahkan segala urusan itu kepada Allah disamping berusaha dengan cara yang diredhaiNya.


Sumber : Risalah Doa

Adab Berdoa

Jom rakan-rakan sekalian kita perbanyakkan berdoa kepada Allah subhanahu wa ta'ala, mohon dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak kita ingini, jauh dari sifat-sifat mazmumah seterusnya mohon dianugerahkan sifat-sifat mahmudah...Sebelum itu, kita mesti tahu dulu ada-adabnya ya.


Dalam mengemukakan permohonan dan doa kepada Allah hendaknya disertai dengan adab diantaranya :- 
  1. Menjauhi yang diharamkan, baik makanan, minuman dan pakaian
  2. Dengan ikhlas hati
  3. Lebih baik didahului dengan solat seperti yang diriwayatkan oleh Abi Darda, bahawa Rasulullah sallalahu 'alihi wasallam bersabda : "Siap berwudhu' dengan baik kemudian solat dua rakaat, setelah itu berdoa, maka Tuhan akan memperhatikan permintaannya, diberiNya dengan segera atau ditangguhkanNya.
  4. Mengucapkan kalimah tahmid (Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin), selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad sallalahu 'alihi wasallam pada awal dan akhir doa.
  5. Khusyu' dan tenang
  6. Dengan suara rendah dan mengharap sepenuh hati.
  7. Mengulangi beberapa kali dengan tidak berputus asa
  8. Menyerahkan hati sepenyhnya kepada Allah
  9. Jangan berdoa untuk melakukan dosa@maksiat
  10. Jangan bekata : "Aku telah berdoa tetapi tidak pernah diperkenankan Tuhan."
Dipetik dari kitab TUHFATUDZ DZAAKIRIIN