Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Mustajab Doa Ibu Untuk Anaknya

ya Allah ya tuhanku, Engkau jadikanlah anak-anakku, anak yang soleh dan solehah, anak yang baik untuk agamaku, diriku dan keluargakua...berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada mereka berdua. Jadikan kedua-duanya, hambamu yang sentiasa mendirikan solat, rajin membaca al-quran dan mengamalkannya..Jadikan mereka berdua anak-anak yang bijaksana dalam melayari kehidupan di dunia ini....(nanti mama sambung lagi doanya ya...)


Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginga kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"

Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"

Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij. 

Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menlak dan meminta pondok seperti asalnya. 

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
  • Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
  • Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan. 
  • Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
  • Ibu haru ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
  • Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
  • Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh. 
 Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

Sumber : 
http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/05/mustajab-doa-ibu-untuk-anaknya.html

Friday, July 15, 2011

Jangan Mengeluh Mama...

Jika mengeluh itu dibayar pasti ramai sekali orang yang menjadi kaya raya tanpa harus menjadi orang yang berguna bagi sesama. Jika anda ingin berada dalam lingkungan yang sangat sedikit keluhannya, bergaullah dengan mereka yang ikhlas bekerja keras untuk menguatkan hati yang lemah, menuntun yang tersesat, meninggikan yang rendah dan menggembirakan yang putus harapan." -mario teguh-

Kalau dihitung sakitnya bersalin, rupa-rupanya perit lagi membesarkan dan mendidik anak, lagi perlu kesabaran , pengorbanan dan ketahanan mental, jasmani dan rohani.

mama sayang anak-anak mama ni! semoga dua-dua ni cepat sembuh ya...
Mama jangan mengeluh...semuanya ada habuan disisi Allah subhanahu wa ta'ala.

- Hari ini anak menangis minta didukung, bila tua kita pula minta disayang.
- Hari ini anak menangis minta susu, bila tua kita pula yang minta air dari anak.
- Hari ini anak makan kita suapkan, bila tua kita pula yang disuapkan
- Hari ini anak berak-berak, bila tua kita pula dah tak kuat ke tandas anaklah yang memimpin ke tandas (ada yang dipakaikan pampers lagi)
- Hari ini anak meragam sakit itu dan ini, esok lusa bila tua kita pula yang akan sakit.
- Hari ini kita dodoikan anak, esok lusa anak-anak pula yang akan dodoikan kita
- Hari ini kita belanjakan anak-anak permainan, esok lusa anak-anak pula yang akan belanjakan kita.
- Hari ini kita ajarkan anak mengaji, solat dan membaca, esok lusa anak-anaklah harta yang paling berharga kita tinggalkan..semoga menjadi anak yang soleh dan solehah untuk anak mama alfiyan dan faarehah!

mama kuatkan semangat, jangan marah-marah anak, penat boleh hilang, wang boleh habis, mainan boleh rosak, biskut boleh habis, susu dutch lady boleh habis, kolam yang beli di Giant boleh ja bocor....tapi, keberkataan kasih sayang adalah yang paling diinginkan setiap ahli dalam keluaraga!

p/s : sebenarnya agak letih dah berhari-hari anak meragam....hihihihi!



Saturday, October 30, 2010

Punca-punca Anak Derhaka

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail,suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.... 

sekian

wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....

Sedutan dari ceramah Dr. Fadhilah Kamsah

Wednesday, October 27, 2010

Mendidik Anak Cara Nabi Ibrahim

Terjemahan Surah Ibrahim Ayat 37 - 41
(37)Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

(38)Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.

(39)Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tuaku Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

(40)Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

(41)Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu`min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).

 Mendidik Anak Cara Nabi Ibrahim saya rujuk dari sini (sila klik) kemudian ubah ayatnya, agar senang untuk difahami..

Cara Pertama :
Berusaha mencari dan membentuk persekitaran yang solehah. Persekitaran yang solehah bagi Nabi Ibrahim Baitullah (rumah Allah) dan bagi kita pula adalah masjid  (rumah Allah). Maka, kita ibubapa haruslah  berusaha menjadikan rumah kita itu seperti masjid, menjadikan anak-anak terbiasa dengan solat, langunan zikir dan bacaan al-Quran. Mudah-mudahan, bila besar kelak anak-anak kita akan mencintai aktiviti yang ada masjid. Bukankah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di saat tidak ada lagi naungan adalah pemuda yang hatinya cenderung kepada masjid.

Cara kedua
Mentarbiyah anak agar mendirikan solat. Mendirikan solat ini merupakan tanggungjawab umat Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Nabi Ibrahim bahkan lebih khusus di ayat yang ke-40 dari surat Ibrahim berdoa agar anak keturunannya tetap mendirikan solat. Solat merupakan salah satu pembeza antara umat Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan yang lain. Solat merupakan sesuatu yang sangat penting. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memberikan arahan tentang keharusan mengajarkan  anak mendirikan solat: "suruhlah anak solat pada usia 7 tahun, dan pukullah bila tidak solat pada usia 10 tahun. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membolehkan memukul anak di usia 10 tahun kalau dia tidak melakukan solat dari pertama kali disuruh di usia 7 tahun. Ini bererti ada masa 3 tahun, orang tua untuk mendidik anak-anaknya untuk solat.

Cara ketiga
Mentarbiyah anak agar berusaha mencari rezeki yang Allah telah sediakan bagi setiap orang. Anak ditarbiyah untuk memiliki life skill (keterampilan hidup) dan skill to life (keterampilan untuk hidup) untuk mendapatkan rezeki yang telah Allah sediakan Setelah itu anak diajar untuk bersyukur.

Cara keempat
Mentarbiyah anak dengan memperkasakan keimanan, agar sentiasa merasakan pengawasan Allah dan Allah sentiasa bersama-sama dengannya.

Cara kelima
Mentarbiyah anak agar sentiasa memperhatikan orang-orang yang berjasa (sekalipun sekadar berdoa) dan mengambil berat terhadap orang-orang yang beriman yang ada di sekitarnya baik yang ada sekarang maupun yang telah mendahuluinya.

p/s : jom rakan2 mama, kita berusaha tanpa berputus asa...

Thursday, October 21, 2010

Berkomunikasilah dengan anak

Anak-anak belajar dari apa yang mereka lihat di dalam rumah, dari orangt ua mereka. Jadi,  kita jangan malas mengajak anak berbual-bual dan bercerita. Bicarakan tentang apa yang mereka pelajari di sekolah serta apa yang ingin mereka capai. Memang sebaiknya kita selalu mengikuti perkembangan anak, baik di rumah mahupun sekolah.Kita ibu bapa harus bersikap proaktif. Pencapaian anak-anak yang memiliki ibu bapa yang selalu mengikuti kemajuan anaknya di sekolah lebih tinggi berbanding anak yang ibu bapanya jarang mengajak berbicara.

Berikut 10 cara sederhana yang mungkin dapat kita terapkan untuk memulakan perbualan, menimbulkan minat anak agar mahu mendengar perkataan kita dan menceritakan pengalamannya.

1. Jadi pendengar yang baik
 
Bila anak ingin menceritakan sesuatu hal, hentikan kegiatan yang sedang  kita lakukan ketika itu. Jika tidak, anak akan merasa tidak dipedulikan dan mengangggap kita tidak punya waktu untuknya. Hindari pula memotong pembicaraannya. Biarkan anak mengungkapkan perasaan marah, ketakutan, kegembiraannya, atau sekadar memberi komen. Di lain waktu, giliran anak yang mendengarkan perkataan kita dan tidak ada salahnya menceritakan tentang topik yang sesuai untuk usianya. Menjadi pendengar yang baik serta perhatian yang kita berikan merupakan pemberian yang terbaik bagi anak-anak.

Berikut ini contoh kata-kata yang menunjukkan pada anak betapa kita serius mendengarkan apa yang dikatakan atau diceritakannya:
  • Iyaka, lalu?
  • Mama mengerti.
  • Wow!
  • Wah, hebatnya!
  • Ya, Mama mengerti perasaan kamu.
  • Teruskan sayang cerita kamu, keluarkan apa yang kamu pendam.
2. Dua arah

Bila berbicara pada anak, beri mereka pilihan, bila memungkinkan. Biarkan mereka merasa sedang membebek dengan kita, bukan sedang diatur. Ciptakan komunikasi dua arah, bukan komunikasi satu arah, dan bukan sikap tidak tahu.

3. Tenang, jujur

Hindari mengucapkan kata-kata yang tidak sesuai sebagai ungkapan rasa marah dan kecewa. Anak akan belajar menjadi pendengar yang baik dan percaya pada apa yang kita katakan bila kita berbicara dengan benar, jujur, dan tenang. Rasa percaya dan menghormati datang dari kejujuran dan ketulusan. Bila kita tidak bersungguh-sungguh, jangan katakan hal yang tidak perlu kita katakan.

4. Beri sokongan

Bila anak mempercayakan ceritanya pada kita, mereka harus merasa lega, terinspirasi, merasakan adanya sokongan dari kita, dan bersemangat. Jangan buat mereka merasa bersalah atau kecewa. Bila anak datang kepada kita dan menceritakan masalah yang dihadapinya, dengarkan dengan penuh perhatian dan beri sokongan melalui kata-kata seperti:
  • Mama yakin kamu dapat mengatasinya.
  • Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya, termasuk masalah yang kamu hadapi.
  • Fikirkan lagi matang-matang. Kamu harus betul-betul memahaminya.
  • Mama ada di sini untuk membantumu.
  • Mama pun dulu pernah mengalaminya waktu mama umur macam kamu.
5. Tempatkan diri

Usahakan untuk melepaskan sifat-sifat sebagai orangtua ketika mendengarkan luahan hati anak dan cubalah menempatkan diri pada posisi anak. Fikir dan rasakan betapa sulitnya bagi anak untuk mengutarakan masalah yang dihadapinya dan fikirkan matang-matang sebelum memberi reaksi atau komentar.

6. Hindari hujanan pertanyaan

Usahakan agar tidak menguasai pembicaraan. Bila anak meluahkan perasaannya dan kita terlalu cerewet atau kecewa dengan ceritanya, kemungkinan di lain waktu bila dia memiliki masalah, anak sudah malas menceritakannya kepada kita Sebagai orangtua, tentu ada saatnya di mana harus membahas permasalahan yang dihadapi anak. Pastikan  kita  membahas masalahnya dan tidak lari dari itu.

7. Tindakan susulan

Setelah ia meluahkan perasaannya, lakukan tindakan susulan. Hal ini akan membuat anak yakin, kita peduli akan kesulitannya, mahu membantu, sekaligus memberi kesempatan pada kita untuk masuk ke dalam dunianya.

8. Luangkan waktu

Orangtua yang sibuk tidak selalu merupakan orangtua yang buruk. Lakukan segala sesuatu secara spontan, seperti pergi menonton wayang ataupun berolahraga bersama. Wajib luangkan waktu, sedikit pun ok untuk buah hati tercinta.

9. Minta maaf bila salah

Bila kita mengatakan atau melakukan sesuatu yang mungkin tidak seharusnya dikatakan/dilakukan, jangan ragu atau malu meminta maaf pada anak. Akui bahawa kita pun hanya manusia biasa yang biasa melakukan kesalahan.

10. Cintai buah hati

Katakan pada anak (tanpa pernah merasa bosan), betapa kita menyayanginya dan tunjukkan   perlakuan yang penuh kasih. Beri ia perhatian, seperti saat ia masih bayi yang belum tahu apa-apa. Perlihatkan padanya, bagi kita tidak ada yang lebih penting selain berada bersamanya. 

Sumber: Internet

Menyayangi Anak Cara Rasulullah

Menyayangi anak adalah perintah Islam, kerana Islam banyak mengajarkan kasih sayang kepada siapapun. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam banyak memberikan contoh bagaimana cara menyayangi anak, seperti menciumnya, lemah lembut, belas kasihan, menahan marah dan memaafkan anak-anak.

Sebagai contoh pula, Rasulullah pernah memendekkan bacaan solatnya ketika mendengar anak menangis dan mengangkat anak jatuh didekatnya ketika sedang khutbah serta mencium anak dan cucunya.

Allah akan mencabut sifat belas kasih apabila orang tua tidak menyayangi anak. Dengan demikian orang tua harus mencintai dan menyayangi anak, agar tumbuh rasa kasih sayang tersebut dan Allah juga mencintai kelembutan serta membenci kekerasan.
  • Suatu ketika Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam didatangi oleh seorang penduduk desa yang tidak suka mencium anak-anaknya. Rasulullah SAW bersabda, "Tiada kuasa aku (menolong kamu) jika Allah telah mencabut sifat belas kasih dari hatimu” (HR.Bukhari).
  • Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda, ” Sesungguhnya Allah Maha Halus dan menyukai kehalusan. Dia memberikan sesuatu dengan dengan kelembutan dan Allah tidak memberikan sesuatu dengan kekerasan” (HR.Muslim).
  • Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa suatu hari Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam sedang menciumi Al Hasan. Kemudian Al Aqra memberitahukan kepasa Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bahawa ia memiliki sepuluh orang anak tetapi belum pernah menciumi salah seorang diantara mereka. Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda,"Barangsiapa yang tidak menyayangi maka ia tidak akan disayangi”. (HR.Tirmidzi)
  • Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda, “Tidaklah sempurna keimanan seorang diantara kamu sebelum aku menjadi orang yang paling dicintainya daripada anak, orang tua, dan semua manusia”. (HR.Muslim).
  • Anas radhiallahu 'anhu mengatakan, “Belum pernah saya melihat orang yang lebih mengasihi keluarganya bila dibandingkan dengan Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam” (HR.Muslim).
Dalam hadist lain disebutkan :
  • Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda, “Sesungguhnya saya pernah melakukan solat, dan saya bermaksud memperlama dan memperpanjang solat saya tersebut. Lalu saya mendengar suara tangisan bayi, maka saya pun memperpendekkan solat saya, sebab saya tahu, ibunya malah gembira dengan tangisan anak tersebut.” (HR.Bukhari Muslim)
  • Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda, “Cintailah anak-anak dan kasihanilah mereka. Jika kalian berjanji kepada mereka maka penuhilah janji kalian, sebab mereka tidak berfikir (melihat) kecuali bahawa kalian akan memberi rezeki kepada mereka” (HR.Tahawi).
  • Dari Usamah bin Zaid radhiallahu 'anhu, “Saya pernah mengutus putrei Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam kepada ayahnya, bahawa anak saya sudah menjelang ajal. Maka beliau mengutus (seseorang) dan mengirim salam seraya bersabda, “Sesungguhnya apa yang diambil dan diberikan oleh Allah adalah milikNya. Setiap sesuatu disisi ALlah subhanahu wata'ala memiliki batas akhir yang telah ditentukan. Oleh karena itu bersabarlah kamu dan berharaplah akan adanya pahala! Maka puteti beliau bersumpah agar beliau mendatanginya. Beliau pun berdiri (dan berangkat). Bersama Beliau adalah Saad bin Ubadah, Muadz bin Jabal, Ubai bin Kaab, Zaid bin Tsabit serta beberapa orang laki-laki. Anak tersebut kemudian diangkat dan diserahkan kepada beliau dan diletakkan dipangkuan, sementara nafas beliau tersengal hebat dan air mata beliau mengalir dengan deras. Saad bertanya, “Apa erti semua ini, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Ini adalah rasa kasih sayang yang dijadikan oleh Allah subhanahu wata'ala di hati semua hamba-Nya”. (HR.Bukhari Muslim).
 
sumber : internet

Thursday, October 14, 2010

Tips Dan Doa Untuk Membentuk Peribadi Anak


Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi, peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."

Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata orang mukmin.

sumber : internet

p/s : yang paling berharga adalah anak yang soleh untuk kedua ibu bapanya...

Wednesday, October 13, 2010

menghitung hari....


alfiyan time umur blm sampai seminggu...
menanti kelahiran adik Alfiyan, saya jadi nervous + happy + tidak sabar dan semuanyala perasaan yang tidak dapat dijelaskan. 

awal kehamilan menghitung bulan, skrg dah masuk minggu ke 35 mama fiyan menghitung hari sudah...

mama dan fiyan...

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

 

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

 

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

 

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan  al-Hadis dengan berkat Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam

 

semoga bersalin kali ni normal...boleh la ramai zuriat! Apa pun, semuanya ketentuan Allah, yang perlu dilakukan berdoa dan bertawakkal... jgn putus harapan dengan Allah subahanahu wa ta'ala.

Saturday, October 9, 2010

Teknik Menghukum Anak

Teknik menghukum anak ini sebagaimana yang disarankan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dari Universiti Islam Antarabangsa.


1. Pandangan mata yang sinis – Pandangan mata ibu bapa yang memancarkan rasa cinta dan kasih sayang dapat menanam rasa cinta dalam diri seseorang anak. Begitu juga pandangan mata yang sinis dapat menimbulkan peringatan pada si anak dan boleh membuat anak terdiam.

2. Keluarkan suara dari tenggorok (mendengus) sebagai tanda tidak bersetuju dan peringatan kepada anak terhadap apa yang telah dan akan dilakukannya.

3. Puji orang lain depan dia, tetapi dengan syarat untuk memberi rasa sangsi saja kepada si anak dan mendorong si anak untuk menjadi sebagus yang dipuji.

4. Buat-buat macam tak pedulikan si anak. Ini merupakan keterbalikan daripada sikap memberi perhatian yang dapat menanam rasa cinta pada diri anak. Contohnya, jika anak melakukan kesalahan dan hendak diberi hukuman, apabila si anak mengajak berbicara, maka palingkanlah wajah (konon-konon jual mahal la… ) sehingga si anak menyedari kesilapannya. Dalam hal ini hendaklah dijelaskan kesalahannya dengan cepat dan tidak membiarkannya terus sebab peranan kita ialah mendidik bukan menyeksa.

5. Tidak bagi duit, tak mengajaknya berekreasi atau tidak memberikan sesuatu yang dia suka seperti basikal, bermain video game, menonton TV, berkunjung ke rumah teman, saudara atau seumpamanya.

6. Putuskan hubungan dengan anak tapi tidak lebih tiga hari dengan niat untuk menghukumnya, hubungan harus kembali seperti biasa jika anak telah mengakui kesalahannya atau menyesali perbuatannya.

7. Beri ancaman dengan syarat ancaman tersebut tidak terlalu berat. Ancaman tersebut juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya belum melewati tempoh yang diberikan untuk si anak mengakui dan memperbaiki kesalahannya.

8. Memulas telinga. Sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Imam Nawawi dari Abdullah bin Basr al-Mazni r.a, dia berkata : Aku telah diutuskan oleh ibu ku dengan membawa beberapa biji anggur untuk disampaikan kepada baginda, ketika aku menemui Rasulullah S.A.W, baginda memulas telinga ku sambil berkata “Wahai penipu!”

9. Memukul sebagai alternatif terakhir. Oleh itu tidak dibenarkan memukul kecuali telah dilakukan semua cara-cara mendidik dan menghukum lainnya. Memukul anak dapat dilakukan jika cara-cara yang lain tidak lagi berfungsi dan si anak telah mencapai umur, sebab anak yang belum mumaiyyiz tidak dapat membezakan yang benar atau yang salah serta tidak menyedari kesalahannya. Jika dilakukan juga dikhuatiri anak menerima impak negatif seperti tekanan jiwa/batin, terbiasa untuk memukul, rasa takut, kencing malam dan penyakit kejiwaan lainnya.

Demikian juga dilarang memukul anak di bawah umur 10 tahun, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: Maksudnya: “Perintahlah anakmu menunaikan solat pada usia tujuh tahun, dan pukullah mereka kerana tidak melakukannya pada usia sepuluh tahun.”

Wallahualam.