Showing posts with label Papa. Show all posts
Showing posts with label Papa. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Dalam Blog Ada Taman...

Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setelus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Amuhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milikmu hingga ke syurga
Jom..membina cinta dengan landasan ikhlas
menerima segala kekurangan dan kelebihan dari pasangan kita
mari saling berbagi kasih sayang, jangan saling berkira ya..



p/s : LOVE U PAPA @ ridwan faisal!

Thursday, December 9, 2010

Terharunya Mama...

tadi pagi sebelum tidurkan fiyan seperti biasa dia pasti sebut abang (panggilan untuk papanya juga) @ papa.. mungkin kerana mamanya sibuk mengurus adiknya, dia mungkin mau perhatian dari papanya.


mama dailla no.papa, papanya tanya,  dia bilang iya iya iya ja...mgkn papanya tanya mana mama? dia tunjuk mama fiyan yang sedang mengayunnya. hampir terlelap matanya bertelefon dgn papanya...(ini yang bikin terharu tengok dia)

awal mengandung dulu, kawan-kawan bilang kesiannya Alfiyan mesti tidak cukup kasih sayang dan perhatian (hehehehe...mama dan papa fiyan akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak2) almaklumlah belum sampai setahun mama fiyan hamil pula (macammana rezeki Allah bagi, terima lah kan)


gambar agak blurr....papanya masih on line, dia terlelap sudah. Yang penting dengar sekejap suara papanya, pasti dia happy...

p/s : semoga Allah memberkati kasih sayang yang dicurahkan oleh mama dan papa untuk anak-anak. Love each other menjadikan kita rasa dihargai. 

Wednesday, November 10, 2010

Di Hari Keluarga Kelab Staf KKTS

hari sabtu baru-baru ni 6 November 2010 kami ke TLDM, Semporna ikut serta hari keluarga opis mama.... 

apa yang best? yang bestnya, papa boleh happy, fiyan juga happy..mama pasti akan happy! Semuanya untuk family yang tersayang...

Nervous juga naik keta jauh2, almaklumlah nurse maklumkan kepala baby dah masuk sarang..tapi papa bilang, di Semporna pun ada hospital..mama tawakkal ja la! alhamdulillah...selamat juga, blm lagi bersalin!

Antara yang bestnya di Hari itu adalah :-
 
banyak belon...anak-anak pun happy

 
papa no.2 dalam acara membaling belon berisi air...yeahh dapat hadiah       





Kumpulan papa kalah acara tarik tali, nda pernah menang...khi khi khi khi!

Paling Fiyan Happy, time mandi kolam...
tengok tu...sampai pucat tu bibirnya kesejukkan nda juga mau naik!

mula-mula turun, pi kolam orang dewasa..dalam oooo!

mama ambikkan pelampung, konon2 untuk fiyan pakai...tapi besar betul dan dia tidak suka pun

akhirnya, mereka berpindah ke kolam kanak2....

sudah siap mandi, fiyan kelihatan lapar betul..habis soya bean tu sekotak diminumnya tanpa henti

giliran c papa beraksi...dia tambling. uiiiiyoooo, ayat fiyan bila tgk c papa tambling.
p/s : semua aktiviti mama fiyan nda ikut pun, kan tengah sarat.. tengok ja.....





Monday, November 8, 2010

Untuk Suami

Wanita mana yang tidak mendambakan seorang lelaki yang kelak dapat menjadi sandaran hidupnya, mampu membimbing dan mendidiknya untuk menjadi wanita terbaik dan solehah bukan saja hanya untuk suaminya, tetapi terbaik untuk Allah subhanahu wata’ala. Suami yang selalu memotivasinya untuk beribadah kepada Allah subhanahu wata’ala dan selalu istiqamah di jalan-Nya. Maka tentunya panduan di bawah ini perlu diketahui oleh para kaum lelaki yang ingin menjadi suami idaman bagi isteri-isterinya. Di antaranya adalah:

1. Hendaklah seorang suami sentiasa bertakwa kepada Allah subhanahu wata’ala dalam mempergauli dan memperlakukan isterinya. Kerana ia adalah amanah yang akan dipertanyakan oleh Allah subhanahu wata’ala pada hari Kiamat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Perlakukanlah wanita-wanita itu dengan baik". (Muttafaq 'alaih). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang berbuat zhalim terhadap wanita. Sebagaimana beliau shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berdo'a, "Ya Allah sesungguhnya aku akan menjadi penghalang (orang yang menzhalimi) hak dua golongan yang lemah, yakni: Anak yatim dan wanita." (HR. Ibnu Majah dengan sanad hasan). 
  
2. Hendaklah seorang suami memiliki perangai dan tabiat yang mulia. Janganlah ia mencaci isterinya, menjelek-jelekkannya, dan mendiamkannya.  Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Janganlah seorang mu'min membenci seorang mu'minah, jika ia tidak menyukai suatu perangai nya, maka ia akan menyukai perangai yang lain dari dirinya." (HR. Muslim). 

3. Hendaklah seorang suami banyak bersabar dan baik dalam bermu'amalah dengan isterinya. Maka sebaik-baik kalian adalah yang menjaga persahabatan dan kasih sayang! Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah sebaik-baik kalian kepada keluargaku". (HR. Ibnu Majah) 

4. Hendaklah seorang suami memiliki sifat cemburu terhadap isterinya, tetapi tidak berlebihan, sehingga berburuk sangka kepadanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Apakah kalian merasa kagum/hairan dengan ghirah (rasa cemburu)nya Sa'ad? Sungguh aku lebih cemburu darinya, dan Allah lebih cemburu dariku." (HR.Muslim). 

5. Hendaklah seorang suami bersikap lemah lembut dan bijaksana dalam menyikapi kesalahan dan kekeliruan. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu, melainkan ia akan membuatnya menjadi indah, dan tidaklah kelembutan itu hilang dari sesuatu, melainkan ia akan memperbu-ruknya." (HR. Muslim). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda, "Sesungguhnya Allah Maha lembut, Dia menyukai kelembutan di dalam semua perkara." (HR. Al-Bukhari dan Muslim). 

6. Hendaklah seorang suami memberikan nafkah kepada isterinya dengan ma'ruf (layak). Sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman, ertinya, "Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." (QS. Al-Isra': 29) (maksudnya: tidak kurang dan tidak berlebihan.) 

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apa hak isteri yang wajib dipenuhi oleh suami? Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, "Kamu memberi makan kepadanya, jika kamu makan. Dan kamu memberi pakaian untuknya, jika kamu memakai pakaian. Dan janganlah kamu memukul wajah, menjelek-jelekkannya, dan jangan pula kamu mendiamkannya kecuali di dalam rumah." (HR. Ahmad dan Abu Daud).

7. Hendaklah seorang suami mempelajari fiqih kewanitaan sehingga ia mengetahui cara menggauli isterinya saat haidh dan nifas, dan hendaklah ia mengajarkan kepada isterinya tentang masalah tersebut, jika ia belum mengetahuinya. 

8. Hendaklah seorang suami mengerti, bahwasannya tidak boleh baginya berhubungan (bersetubuh) dengan isterinya waktu haidh, dan tidak pula pada duburnya. Dan dibolehkan baginya untuk bermesra-mesraan dengannya waktu haidh, kecuali melakukan jima' (bersetubuh), kerana hal tersebut diharamkan. Allah subhanahu wata’ala berfirman, ertinya, "Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah:"Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintakan Allah kepadamu. Sesung guhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagai mana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah ahwa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman." (QS. Al-Baqarah: 222-223) Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Allah subhanahu wata’ala tidak memandang seorang lelaki yang menggauli lelaki lain atau seorang wanita melalui dubur". (HR. At-Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albani). 

Di antara etika melakukan jima': Memulai dengan basmalah (membaca bismillah dan berdo'a), bersenda gurau, berpelukan, mencium sebelum melakukannya. Kerana hal itu lebih dapat memberikan kepuasan bagi suami dan isteri. Dan jika seorang suami telah selesai menunaikan hajatnya, maka hendaklah ia tidak tergesa-gesa (menyudahinya), sehingga si isteri pula mendapatkan haknya. Dan barangsiapa yang ingin mengulanginya (jima'), maka hendaklah ia membasuh kemaluannya, lalu berwudhu. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, yang ertinya, "Jika salah seorang di antara kalian akan menyetubuhi isterinya mengucapkan (berdoa), "Dengan nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari setan, dan jauhkan setan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka nescaya syaitan tidak akan mencelakakan anak (hasil) dari keduanya selama-lamanya."(Muttafaq 'alaih). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Jika salah seorang di antara kalian menyetubuhi isterinya, kemudian hendak mengulangi, maka hendaklah ia berwudhu." (HR. Muslim) 

9. Hendaklah seorang suami menjauhkan diri dari menyebarluaskan rahsia-rahsia hubungan suamiisteri. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya di antara manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah subhanahu wata’ala pada hari Kiamat adalah seorang suami yang menggauli isterinya, dan isterinya menggaulinya, kemudian ia sebarkan rahsia isterinya." (HR. Muslim).

Suatu ketika dikatakan kepada sebagian orang-orang soleh yang ingin menceraikan isterinya, "Apa yang membuatmu ragu kepada isterimu?" Lalu ia menjawab, "Orang yang berakal tak akan membuka rahsia." Maka tatkala ia telah menceraikannya, ia pun kembali ditanya, "Mengapa kamu menceraikannya?". Lalu ia pun menjawab, "Apa urusanku/ hakku dengan istdri orang lain?" 


Mudah-mudahan panduan di atas dapat menjadi nasihat berharga untuk para suami dan para calon suami yang ingin menjadi idaman para isteri. Dan semoga Allah subhanahu wata’ala senantiasa memberi kan taufiq-Nya kepada kita semua. 

Sumber: Dialihbahasakan dari buletin “Baaqotu wardin wa Nisrin, Muhdatun Likulli ‘Arusain”, Min al-Qism al’Ilmy Bi Daril-Wathan. (Oleh: Abu Nabiel) 


http://bertahajudlah.blogspot.com

Sunday, November 7, 2010

Bila C Papa Sakit....

cuti sempena diwali day...
pi hospital kawankan papa. tiba-tiba papa buang air B ada keluar darah...mungkin usus luka, makan cili + campur cuka lagi, nah asid dan pedas.....susahnya hati bila orang no.1 dalam keluarga kita sakit kan!
muka c papa yang sakit, tapi suka betul sakat anaknya...

Fiyan, sabar pula hari time kawankan papa pi hospital

Boring sudah ni....papa n fiyan

biar fiyan tolong papa ya...

inilah no.giliran papa...nasib baik papa sabar, kalau tidak pasti lagi terasa lama betul gilirannya!

Monday, November 1, 2010

Blog Papa...


mama create satu lagi blog.... tapi blog tu papa punya!

kawan-kawan blhla dtg ziarah-ziarah blog Papa Fiyan. 
but it's still in progress ba.....hehehehehe!

sharing knowledge, hobbies n families activities...


Saturday, October 30, 2010

Punca-punca Anak Derhaka

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail,suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.... 

sekian

wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....

Sedutan dari ceramah Dr. Fadhilah Kamsah

Wednesday, October 27, 2010

Anak Mama Belajar Solat

Alfiyan Faaez seksinya mau solat dengan pakaian mcm tu....




Lucunya mama tengok fiyan ni, sibuk minta songkok time papanya solat.
Bentang sejadah keciknya pastu tunjuk almari pakaiannya minta diambikkan songkoknya. 
Dengan baju singlet...seluar pendek n songkok. Mau solatlah tu kononnya.
Hahahaha...anak mama ni..! yang penting jgn kacau papa ya...
Biasanya kalau mama atau papa solat, time sujud pasti naik belakang mau main kuda2...

p/s : papa n mama sayang Fiyan...

Friday, October 22, 2010

Normal@Ceaser

Baru-baru ni dah jumpa pakar O&G...periska scars lepas pembedahan 1st baby tahun lepas (mac 2009). Alhamdulillah, soal punya soal, doktor pun tanya, nak bersalin normal ka atau ceaser ? saya pun jawablah, saya mahu bersalin normallah...kalau ceaser lagi, hmmmm (nnt anak sikit ja...dlm fikiran saya). Fiyan belum sampai setahun dah hamil 2nd baby, so itu yang kena follow up dgn pakar O&G. Antara soalan doktor tu :

1. masih BF masa pregnent? jawapan saya : iya
2. pernah datang haid selepas bersalin.? jawapan saya : iya
3. ada makan ubat perancang selepas bersalin? jawapan saya : tiada (hehehehe, alasan : masih tengah berfikir mahu merancang guna apa, implanka? pilka? suntikka?)
4. jahitan pernah terbukaka? jawapan saya : tidak pernah.

pas tu doktor Sara scan baby, tiba2 dia tanya pula..dah tau jantina baby ka? sy pura2 ja ckp belum, doktor tny lagi..nak tahuka? saya pun jawab : mau? baby girl, jawab doktor tu... saya pun ucapkanlah Alhamdulillah.

keadaan baby semua ok menurut dr.Sara tu..kepala baby pun dah turun ke bawah..Ya Allah permudahkanlah aku bersalin dengan selamat.

Syukurlah, doktor Sara tu bagitau...tunggulah sakit bersalin. Boleh bersalin normal...(apapun semuanya ketentuan Allah, berdoa dan terus berdoa serta bertawakkal kepada Allah).

menunggu hari bersalin, menjadikan kita lebih dekat kepada Allah..hanya padaNya tempat kita bergantung yang selayak2nya.

thanks to my hubby, kawankan mama pi hospital walaupun lama betul menunggu...papa tetap sabar. Di hospital tu, semua di roundnya... jalan2 di hospital, penat menunggukan...


p/s : mama sayangkan papa...

Wednesday, October 13, 2010

basikalnya berwarna kuning...

jalan-jalan ke blog mamatisya baru gak teringat mau masukkan entri pasal basikal baru fiyan...hahahaha!

basikal baru dari papanya...warna kuning jenama rockman (jenama budak2)
senyum memanjang tu fiyan dengan basikalnya..

umur baru 1 tahun lebih, basikal macam abang adik (kazennya) punya pula

papa baru sampai dgn basikal, nda sabar2 sudah mau kayuh..
kayuh basikal ke depan ja ya dulu...ke belakang belum pandai lagi ni!

Papa ajar cara naik basikal dan turun dari basikal, nda sampai setengah jam independent sdh anak mama..kalau mau undur...fiyan turun dari basikal pas tu sorong...

p/s : cepat belajar kayuh basikal, boleh bawa mama pi taman BSI

Tuesday, October 12, 2010

Bikers T-Shirt

Sampai ja di rumah, c hubby bilang : "Chot ada baju baru ni.." dalam fikiran saya...oooo mungkin baju family day company abang.

Terus ja saya kuar dari dapur duduk dekat hubby, tengok itu baju...terconfuse sendiri pula, aikk baju ni..:
saya mau colour putih, tapi hubby bilang yang hitamla coz ini nipis...kalau ni, cadangnya mau pakai time lps bersalin. saiz besarkan....

dalam confuse2 tu, saya terima ja...ini saya punya saiz m.  




Anyway, thanks to my hubby for the simple t-shirt. Boleh ja pakai di rumah pun...Untuk Alfiyan, tiada t-shirt bikers ya..

Monday, October 11, 2010

Papa & Anaknya Suka Betul Dengan Sukan Permotoran....

Hujung minggu baru-baru ni...papa bawa kami pi tengok motocross di Pasir Putih. Demi my hubby n my son, saya ikut untuk penuhi aktiviti petang minggu kami. Siukkk juga tengok orang-orang ni main motocross...Fiyan siap kuarkan lagi kepalanya dari tingkap coz excited tul tengok org willy2 motor. Siap dengan sound huyooo ...Hahahaha (papa borek anak rintik la ni). Dalam hati mama, Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan anak aku ni seorang Mat Rempit...biarlah dia seperti papanya.. sekadar hobi menunggang motorsikal dan bermain motocross di hujung minggu.

antara aksi-aksi penunggang motocross.....tengok tu Alfiyan, tekunnya menyaksikan ba! Motorcross dengan no.80 tu kawan papa, namanya c BOB...



hari sebelum kemarin, papa bawa kami pi sini tidak la ramai orang...tapi kemarin ramai sudah orang main motocross ni termasuklah c CALI (kawan papa juga tapi keluarga juga)


Dalam kereta, otak saya berfikir apa ya kebaikan aktiviti ini...?

mencari jawapan...tetapi terhenti apabila, papa bilang "kita balik la, nda lama lagi maghrib." Hari ni, time membuat entri ni, terjumpa la juga kebaikan aktiviti seperti ini, antaranya :-

  •  meluaskan jaringan persahabatan seterusnya bertukar-tukar fikiran
  • untuk meningkatkan pergerakan semulajadi badan seperti kekuatan, kepantasan, keseimbangan, koordinasi, ketepatan, kekuatan dan ketahanan. (berat ba motor tu mau dikawalkan..)
  •  ia melibatkan kekuatan badan dan keseragaman pergerakan, bermaksud kesemua anggota badan akan bekerja bersama. (kaki perlu lincah menekan sana sini, tangan perlu pantas memusing sana sini, mata perlu fokus apa jua yang ada di hadapan, otak perlu berfikir untuk memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku)
  • membina ketajaman mental, keyakinan, disiplin diri serta kebolehan menghadapi ketakutan
Apa pun yang dilakukan, perlu cari kebaikannya agar setiap aktiviti itu bermanfaat dan tidak sia-sia, sekiranya sia-sia maka ianya samalah juga membuang masa.

p/s : basikal fiyan sudah jadi macam motorsikal sudah...

Friday, October 1, 2010

Hasil Pancingan Papa

Orang bilang memancing itu menenangkan. Memancing itu dapat melatih kesabaran. Memanglah ba kan, orang yang memancing harus menunggu umpan disambar ikan sampai berjam-jam. Apabila umpan disambar ikan, ikan kecil pula yang didapat. Lalu, kita pun kecewa. Walau bagaimanapun kecilnya ikan itu, tetapi tentu ia lebih besar daripada umpannya. 


inilah ikan paling besar, mmg besar pun...takut ja di tengok

papa dapat ikan paling besar ooooo.....

antara ikan-ikan yang papa dapat..

Pengalaman Trip Kali ni : Biasanya papa cakap dorang dilanda angin selatan, tapi pengalaman kali ni..papa bilang angin barat pula yang datang. Kesejukan dorang dalam bot, pas tu ribut pula sampai ke subuh. Alhamdulillah, Allah lindungi papa dan rakan-rakannya. Terima Kasih Ya Allah...

Handset MyHubby Ok Sudah...

Alhamdulillah...baru turun dari bot la tu coz my sms already delivered and replied. Pasti c papa :-
  1. Kulitnya terbakar
  2. Balik rumah tidur lama-lama
  3. Pakaiannya yang 5 helai itu mau di cuci
  4. Bawa ikan yang fresh2...
umpan c papa pakai ikan, sotong dan udang ya..bukan itu worm!
 Syukur ya Allah....

Handset MyHubby Still Pending...


Papa n Iparnya (papa jeezz)


Dari kemarin subuh (khamis) lps solat subuh, papa jalan pi Sandakan. Ada trip memancing lagi dgn bosnya dan kawan-kawan lain.

Harap papa enjoy dgn trip memancingnya...sudah hobinya memancing, saya sokong dan doakan keselamatannya ja la.

Semalam angin kuat tul dekat Tawau ni, saya dan Alfiyan terbangun. Fiyan minta buatkan nanaa (susu) mama pula terus dial number papa..tapi nda dpt juga pun. Risau ba....

Alfiyan tidur ja, mama terus berdoa semoga Allah melindungi  papa dan kawannya yang lain. Almaklumlah papa bilang pi laut sempadan Filipina...

Papa bilang, insyaAllah hari Jumaat balik. Tapi sms mama masih pending lagi ni, ternyata dia masih di laut....No wonder juga, kalau hari ni lambat balik coz kemarin pun tengahari baru pi memancing.

Ya Allah Ya Tuhanku,
lindungilah suamiku walau dimana dia berada.

Amin...

Monday, September 20, 2010

Persediaan Untuk Bersalin

Menghitung hari sudah mama fiyan ni. Nervous bercampur happy menanti kelahiran adik fiyan. Ya Allah  selamatkan lah dan permudahkan lah segala-galanya! masuk 8 bulan sudah ni, belum lagi buat apa2 persediaan... InsyaAllah dalam minggu ni, mama akan buat persediaan...

 
Persediaan Mama Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (GL ambil 2 salinan)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai
6. T-Shirt 
7. Tudung kepala 
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. 
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos
12. Bekas air (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Bekas makanan
15. Roti @ makanan lain (mama fiyan kan suka makan)
16. Susu Dutch Lady Kotak kecil
17. Kipas (coz wad dkt hospital Tawau agak panas sikit)

Persediaan Untuk Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan juga di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.
1. Beg Bayi
2. Selimut 
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (adik fiyan minum dumex, InsyaAllah dumex jugalah kan)
9. Minyak telon/ Yu yee

Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Wednesday, September 8, 2010

Kami Berbuka Puasa Di Highway

Kemarin petang, kerana terlalu letih mama ajak papa berbuka puasa dekat Sabah Chicken Rice. Memandangkan SCR fullhouse sudah time kami sampai, so kami pun belilah dulu air minuman dan sedikit kuih untuk berbuka di bazar ramadhan depan Sabindo.Pusing-pusing bandar Tawau, akhirnya kami 3 beranak pun berbuka puasa di highway. Seronok juga berbuka di sana....ada laut, kapal laut, pete' pete', sampan, angin yang menyamankan dan yang paling best, coz fiyan bebas kesana kemari dengan penuh kegembiraan...sepanjang petang tu, gembira betul Alfiyan ba dengan mulutnya yang sentiasa bercakap (ntah apa ja yang dicakapkannya).
papa & fiyan


mama & fiyan
buka puasa sudah....

posing fiyan...
alhamdulillah, air tebu dan kuih gatas pun cukup sudah bikin kenyang
ikut gaya papanya la ni...
bestnya mama..duduk mcm ni!

Habis berbuka, kami pi solat maghrib dulu dekat masjid depan servay...masih kenyang jugakan.Bergilir2 la dengan papansolat, tiada jaga fiyan kan. Selesai ja solat, kami pun pi lah SCR untuk makan berat pula. Alhamdulillah, tengah makan ada pula kawan abang belanja....fiyan siap kacau budak2 perempuan pula, nda taulah apa bahasanya...bercakap terus atas baby chair dalam SCR tu.

p/s : kejap ja bandar Tawau sunyi, lepas ja berbuka...jalan dekat servey mula sesak..tidak sampai pun 1 jam, servay sudah mula penuh. Inilah kemeriahan menyambut syawal kan...

Friday, September 3, 2010

My Mr. Right...

Kami dulu2 time baru kahwin....

Time kursus dgn sutriani di A Famosa Melaka,  Fiyan dalam kandungan lagi..baru 5 bulan.

 Papa ambik mama dkt Kuala Nerang, Kedah time hamilkan fiyan 3 bulan.....Macam tourist dari Australia oooo c papa!



Sekarang sudah ber3...

 Kesayangan papa dan mama....Jadi anak yang soleh ya!

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

 "Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

"Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau berkatilah rumahtangga kami....Dan Engakau jadikanla kami saling menjadi jambatan untuk kami menuju syurgamu."
 
Amin Ya Rabbal 'Alamin
p/s : Tiada harta yang lebih bernilai melainkan anak yang soleh dan keluarga yang dirahmati Allah



Monday, August 30, 2010

Songkok & Kupiah

Anak kecil sememangnya mudah mengikuti apa yang dilihatnya....Tengoklah Alfiyan ni, papanya bentang sejadah dia pun sibuk juga mau bentang lagi sejadah yang bergantung di sidaian...sibuk mencari kupiahnya.


Kupiah papa dan anaknya, sebenarnya untuk raya...tapi dah terbeli awal boleh ja pakai bila-bila pun.


Kalau tengok pakciknya solat pakai songkok, Fiyan lagi sibuk mau pakai itu songkok...

Syekih Utaimin menyebut dalam Mathwiyat Darul Qasim "Tsalasun Wasilah Li Ta'dib Al-Abna",: Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci terlebih dahulu. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah sampai waktu baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.

p/s: Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah anakku ini seorang yang sentiasa mendirikan solat...