Wednesday, August 4, 2010

Bila Umur Sudah Mencapai Enam Puluh Tahun

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, sabdanya :
"Allah subhanahu wata'ala sudah tidak mahu menerima keuzuran seseorang
yang dilanjutkan usianya sehingga ia sampai berumur enam puluh tahun."
(sedangkan ia mati dengan tidak sempat berbuat ibadat).
(Hadis Riwayat Bukhari)

Allah subahanahu wta'ala masih memberikan ruang kepada seseorang untuk berkata : "Jikalau umurku panjang sempatlah aku berbuat amal ibadat," apabila ia mati sebelum mencapai umur enam puluh tahun, tetapi bagi orang yang sudah mencapai umur enam puluh tahun ke atas, keuzuran itu sudah tidak diberikan lagi. Sepatutnya orang yang menjangkau usia enam puluh tahun ke atas, dia telah banyak berpeluang untuk beribadah dan sepatutnya dalam usia itu jiwanya sudah berubah, pembawaan dan cara hidupnya sudah semakin matang dan berwibawa. Sepatutnya usia tua hanya dipenuhkan dengan amal ibadah sahaja, memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, mengingati mati dan seumpamanya.

Kerajaan kita pun sebenarnya telah memeberikan ruang untuk seseorang itu mengakhiri hidupnya dengan memperbanyak amal ibadah. Seorang pegawai kerajaan, dalam umur lima puluh lapan tahun telah pun dipencenkan bahkan sekarang ini terdapat kelonggaran untuk mendapatkan skim pencen yang lebih awal lagi. 

Duduk sahaja di rumah kerana gaji akan dapat, maka seeloknya maksa yang tinggal dari baki hayatnya  hanya digunakan untuk mencari keuntungan akhirat yang abadi itu. Namun ada pula yang masih lagi ke sana ke mari menghimpunkan harta kekayaan. 

Apalah yang mahu dihimpunkan lagi. Harta yang ada sudah cukup untuk makan dan biasanya anak-anak sudah lepas dari tanggungan. Mereka sudah berumahtangga sendiri, bahkan ada di antara mereka telah mendapat peluang pekerjaan yang agak lumayan, maka biarlah pula anak-anak yang menyara orang tua, sebagai membalas sebahagian budi orang tua yang telah bertungkus lumus dan membanting tulang untuk mencari nafkah kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil dahulu.Kiranya sudah sampailah masanya untuk anak-anak membuat bakti membalas jasa baik orang tua.

p.s : peringatan untuk diri sendiri bagi bekalan kelak bila menjelang tua..

1 comment:

  1. salam..

    bukan semua anak2 mebalas jasa mak bapak mereka dgn baik. terutama kepada manusia yg mudah lupa asal usulnya.

    bila sudah berpangkat dan berharta mudah lupa mengenali dan mngingati mak bapak di kampung.\

    ada pula yg malu utk mengaku mereka adalah org tuanya..

    io feel sorry for this fuller.. semoga Allah membalas perbuatan dan dosa manusia ini

    ReplyDelete