Surah Al-Ikhlas (سورة الإخلاص) adalah surah ke 112 dalam Al Quran, ayatnya mengandungi 4 surah yang mentauhidkan Allah, menolak fahaman politheisme dan trinitarianisme. Al-Ikhlas bermaksud "ketulinan", bermakna untuk tetap suci dan beriman.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2.Sesungguhnya Allah kekal.
3.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Sebahagian riwayat menerangkan, sebab turunnya surah al-ikhlas iaitu : ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sedang dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah, Rasulullah melihat dari jauh dibelakang seseorang yang sedang mengejar beliau dengan menunggang kuda.
Ketika itu datang Jibril menghampiri Rasulullah lalu berkata : "Muhammad..! Suraghah mengejarmu dari belakang dan hendak membunuh engkau, tetapi Allah telah memerintahkan kepada bumi agar taat kepadamu."
Tidak lama kemudian sampailah Suraghah kepada Rasulullah. Dia segera menerajang Rasulullah dengan pedang terhunus. Tetapi dengan takdir Allah, Suraghah dengan kudanya terperosok ke dalam bumi, hingga tidak berdaya melakukan apa-apa lagi.
Rasulullah menoleh ke belakang dan Suraghah berkata kepada beliau : " Tolonglah aku hai Muhammad! Aku tidak akan berbuat sesuatu kepada engkau.!"
Kemudian Rasulullah menarik Suraghah dan kudanya dari dalam bumi. Suraghah pun selamat, dan ia berkata : "Terangkanlah kepadaku hai Muhammad, tentang Tuhanmu yang mempunyai kekuatan yang besar ini. Adakah ia terdiri dari emas atau perak.?"
Rasulullah menundukkan kepalanya, terhening sebentar, kemudian turunlah Jibril dan berkata : "Hai Muhammad! Qul hu Allaahu ahad..!" hingga ke akhir ayat..
p.s : Allah berkuasa atas segala-galanya
sumber : Risalah doa Oleh Haji Dja'far Sabran
No comments:
Post a Comment