Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Lau Kana Bainana


Semalam tertonton  rancangan Lau Kana Bainana yang ditayangkan di TV Al-Hijrah channel 114, tersentuhnya hati....kebetulan time duduk ayun faarehah tu kisah Nabi dengan atfhal..lagilah tersentuh. huhuhuhu!
Rancangan ni, bukanlah tujuannya untuk mengenakan orang tapi untuk bagi kesedaran pada diri kita bahawa kita adalah umat nabi dan kalau nabi berada di antara kita hari ini, sudah pasti kita akan berbangga dengan akhlak nabi.
Namun hari ini, bila nabi sudah tiada, apa pula tindakan kita...so, jom kita tonton rancangan ni, ianya mampu membuatkan kita rindu pada nabi! 

(Lau Kana Bainana Habib) لو كان بيننا الحبيب


لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب 
من طيبة قبل المغيب 
طالباً قرب الحبيب
بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist

Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

boleh dengar lagu ni DISINI



Wednesday, April 6, 2011

MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG KERAS

FENOMENA kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluargaan hari ini.

Banyak faktor yang mendorong wujudnya implikasi yang kronik ini. Antaranya berpunca daripa¬da pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.

Justeru itu tidak hairanlah sekiranya kebelakangan ini kita mendengar berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.

Dalam institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan menjamin kepada kestabilan sosial.

Allah menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang terjemahannya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.

Peranan penting

Dengan merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu fokus manifestasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara rohaniah.

Hati nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk pada kekuasaan Allah.

Qalbun ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan anak anak dengan ibu bapa mereka

Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:

"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."

Ada juga hati yang terkunci yang dikenali sebagai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,

Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia dengan pelbagai nama yang lain.

Masalah anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati' iaitu sukar untuk menerima teguran dan nasihat.

Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati. 

Ini termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad yang juga merupakan anak saudara sendiri.

Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing ¬masing.

Bagaimanapun, dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar den¬gan tuntutan akhlak Islam, adalah wajar bebera¬pa petikan peristiwa dalam sejarah Islam teruta¬ma yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat Rasulullah diberikan perhatian yang serius.

Ada hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan Hamzah Abdul Mutalib.

Ketiga-tiga perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.

Kelembutan hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.

Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tindakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.

Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusahakan untuk melembutkan hati mereka yang selama ini amat degil.

Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali. 

Kali pertama Umar mendengarnya ialah sewak¬tu beliau memecahkan pintu masuk ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia itu sudah memeluk Islam.

Kali kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.

Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.

Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.

Melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan hati anak-anak yang keras.

Bacalah ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas dalam lenanya.

Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubalah pada beberapa malam yang termampu.

Dalam rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga ayat 24).

Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka

Petikan dari: www.grenbarabravejournal.com :Bila hubungan dengan ibu bapa renggang Akhlak anak sukar dibentukOleh:PROF. DR. HARON DIN. Klinik Darussyifa, Bangi

Monday, March 28, 2011

Kenapa Harus Bertudung.


1. Menjalankan syi’ar islam
2. Berniat untuk ibadah
3.Menutup aurat terhadap yg bukan muhrim
4. Kerana saya ingin taat kepada Allah yg telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin taat kepada Rasul-Nya, pembimbing umat dengan risalah beliau
6. Untuk memperoleh redha Allah (inya Allah)
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmatnya yg tiada putus
8. Seluruh ulama sepakat bahawa hukum mengenakan jilbab itu wajib
9. Agar kaum wanita menutup auratnya
10. Bukan kerana bergaya
11. Bukan kerana mengikuti trend
12. Bukan kerana berlagak masih suci
13. Lebih baik suci dari pada zalim
14. Tidak sekedar bermaksud agar berbeza dari yg lain
15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yg hanya menjadi bahan nafsu semata
16. Jilbab sesuai untuk semua wanita yg mahu menjaga dirinya dari bahan nafsu semata
17. Saya ingin menjadi wanita solehah
18. Saya tengah berusaha mencapai darjat takwa
19. Jilbab adalah pakaian takwa
20. Jilbab adalah identiti wanita muslimah
21. Diawali dengan memakai jilbab saya ingin menapak jalan ke surga
22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian
23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah
24. Para sahabat (sahabat Rasulullah yg wanita) juga berbusana muslim
25. Mereka merupakan tuntutan seluruh muslimah, begitu juga saya
26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yg sama seperti mereka
27. Untuk meninggikan izzah islam
28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah)
29. Jilbab lebih melindungi diri
30. Membuat saya lebih merasa aman
31. Menjaga diri dari gangguan lelaki 
32. Menjaga diri dari pandangan objek pandangan lelaki-lelaki yg hanya ingin ‘cuci mata’
33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki
34. Menjaga diri dari mata lelaki yg liar
35. Menjaga diri dari tangan-tangan yg ingin menjamah
36. Menghindar dari zina mata dan zina hati
37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri
38. Jilbab dapat menghindari saya dari sikap-sikap yg negatif
39. Jilbab dapat menghapus keinginan-keininan yg menyimpang
40. Membuat saya lebih bersahaja
41. Membuat saya lebih khusyu’
42. Menjauhkan saya dari perbuatan dosa (insya Allah)
43. Membuat saya malu bila berbuat dosa
44. Mendekatkan saya pada Allah
45. Mendekatkan saya pada Rasulullah
46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi
47. Mendekatkan saya pada sesama muslim
48. Mendekatkan saya pada ajaran islam
49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang islam
50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran islam
51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran islam
52. Ajaran islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yg kuno
53. Berjilbab bukan sesuatu yg kuno
54. Mengatakan jilbab itu kuno bererti telah menggugat autoriti Allah.
55. Allah yg maha mengetahui telah tahu yg terbaik bagi umat
Imam Muslim menuturkan sebuah riwayat, bahwasanya Rasulullah saw bersabda;
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti punuk onta. Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya. Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”[HR. Imam Muslim].
Segera tutup aurat kita baik di dunia nyata maupun di facebook (kerana dengan facebook aurat kita sudah tersebar di internet , sebelum AZAB datang kepada anda !!
cepat atau lambat . .!!!
INGAT SETELAH KITA MATI ,KITA TIDAK DAPAT KEMBALI KE DUNIA INI WALAU HANYA 1 DETIK!
Kredit kepada : http://majelisvirtual.com

Sunday, November 14, 2010

Gambaran Hari Kiamat

 
  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
      1. Pemimpin yang adil. 
      2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
      3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
      4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
      5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata   “Aku takut pada Allah”. 
      6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
      7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
  • ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
      1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
      2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
      3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat".  

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Empunya artikel (boleh klik sini untuk ke blog dimana mama fiyan dpt artikel ini) berpesan : Tidak perlu minta izin untuk share artikel ini!