Hujung minggu baru-baru ni...papa bawa kami pi tengok motocross di Pasir Putih. Demi my hubby n my son, saya ikut untuk penuhi aktiviti petang minggu kami. Siukkk juga tengok orang-orang ni main motocross...Fiyan siap kuarkan lagi kepalanya dari tingkap coz excited tul tengok org willy2 motor. Siap dengan sound huyooo ...Hahahaha (papa borek anak rintik la ni). Dalam hati mama, Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan anak aku ni seorang Mat Rempit...biarlah dia seperti papanya.. sekadar hobi menunggang motorsikal dan bermain motocross di hujung minggu.
antara aksi-aksi penunggang motocross.....tengok tu Alfiyan, tekunnya menyaksikan ba! Motorcross dengan no.80 tu kawan papa, namanya c BOB... |
hari sebelum kemarin, papa bawa kami pi sini tidak la ramai orang...tapi kemarin ramai sudah orang main motocross ni termasuklah c CALI (kawan papa juga tapi keluarga juga) |
Dalam kereta, otak saya berfikir apa ya kebaikan aktiviti ini...?
mencari jawapan...tetapi terhenti apabila, papa bilang "kita balik la, nda lama lagi maghrib." Hari ni, time membuat entri ni, terjumpa la juga kebaikan aktiviti seperti ini, antaranya :-
- meluaskan jaringan persahabatan seterusnya bertukar-tukar fikiran
- untuk meningkatkan pergerakan semulajadi badan seperti kekuatan, kepantasan, keseimbangan, koordinasi, ketepatan, kekuatan dan ketahanan. (berat ba motor tu mau dikawalkan..)
- ia melibatkan kekuatan badan dan keseragaman pergerakan, bermaksud kesemua anggota badan akan bekerja bersama. (kaki perlu lincah menekan sana sini, tangan perlu pantas memusing sana sini, mata perlu fokus apa jua yang ada di hadapan, otak perlu berfikir untuk memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku)
- membina ketajaman mental, keyakinan, disiplin diri serta kebolehan menghadapi ketakutan
p/s : basikal fiyan sudah jadi macam motorsikal sudah...
No comments:
Post a Comment