Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Hari Ini 16 November..

hari ni due mama fiyan...kalau tidak bersalin2 juga, 25hb doktor suruh admit hospital.
Harap2lah baby keluar dalam minggu ni juga...
perut dah rasa ringan
kepala baby pun rasa macam di bawah betul
sakit tu, tidak juga...kadang-kadang ja!
mungkin baby mo kuar esok (hehehe..time raya aidil adha)

Teruskan berdoa, moga Allah permudahkan dan selamatkan semuanya!
Ya Allah Yang Maha Memudahkan, Permudahkanlah persalinanku.



Tuesday, November 2, 2010

minggu ke 38....


Hari ni, mama fiyan mau ke klinik for routine check up lagi....
Kalau tengah tunggu hari ni, mmg tiap minggulah kena pi klinik...

demi kesihatan bb dlm kndgn n kshtn diri sndr mestilah kuatkan diri pi klinik.
lagipun, sebenarnya tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga Ridwan Faisal ni..

Keadaan Janin : 

Pada saat ini bayi Ibu akan memiliki berat sekitar 2.8-3 kg dengan panjang total 47 cm. Lingkaran kepala dan lingkaran perut bayi Ibu memiliki ukuran yang sama. Verniks kaseosa hampir seluruhnya menghilang dari tubuh bayi Ibu saat ini.

 

Keadaan Ibu : 

Pengukuran simfisis pubis sampai bagian atas rahim mencapai 36-38 cm saat ini. Kerana janin yang sudah cukup bulan, Ibu dapat merasakan pergerakannya lebih kerap. Umumnya Ibu hamil pada minggu terakhir tidak akan bertambah besar. Kontraksi palsu akan semakin sering terasa. Doktor juga akan mengevaluasi kadar zat besi pada tubuh Ibu. Jangan sampai Ibu mengalami anemia mudah lelah dan dikhawatirkan tidak akan kuat saat bersalin nanti.

info ni mama ambik dari internet ja...

Friday, October 22, 2010

Normal@Ceaser

Baru-baru ni dah jumpa pakar O&G...periska scars lepas pembedahan 1st baby tahun lepas (mac 2009). Alhamdulillah, soal punya soal, doktor pun tanya, nak bersalin normal ka atau ceaser ? saya pun jawablah, saya mahu bersalin normallah...kalau ceaser lagi, hmmmm (nnt anak sikit ja...dlm fikiran saya). Fiyan belum sampai setahun dah hamil 2nd baby, so itu yang kena follow up dgn pakar O&G. Antara soalan doktor tu :

1. masih BF masa pregnent? jawapan saya : iya
2. pernah datang haid selepas bersalin.? jawapan saya : iya
3. ada makan ubat perancang selepas bersalin? jawapan saya : tiada (hehehehe, alasan : masih tengah berfikir mahu merancang guna apa, implanka? pilka? suntikka?)
4. jahitan pernah terbukaka? jawapan saya : tidak pernah.

pas tu doktor Sara scan baby, tiba2 dia tanya pula..dah tau jantina baby ka? sy pura2 ja ckp belum, doktor tny lagi..nak tahuka? saya pun jawab : mau? baby girl, jawab doktor tu... saya pun ucapkanlah Alhamdulillah.

keadaan baby semua ok menurut dr.Sara tu..kepala baby pun dah turun ke bawah..Ya Allah permudahkanlah aku bersalin dengan selamat.

Syukurlah, doktor Sara tu bagitau...tunggulah sakit bersalin. Boleh bersalin normal...(apapun semuanya ketentuan Allah, berdoa dan terus berdoa serta bertawakkal kepada Allah).

menunggu hari bersalin, menjadikan kita lebih dekat kepada Allah..hanya padaNya tempat kita bergantung yang selayak2nya.

thanks to my hubby, kawankan mama pi hospital walaupun lama betul menunggu...papa tetap sabar. Di hospital tu, semua di roundnya... jalan2 di hospital, penat menunggukan...


p/s : mama sayangkan papa...

Monday, October 18, 2010

Wanita, Isteri Dan Ibu


Pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu syurga terbuka buat wanita, dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam syurga, dan wanita telah mendapat KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:
  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
  5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  8. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).
  10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menganugerahkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
  17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  18. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.
  22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.
  31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  32. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7gram emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 gram perak.
  33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  35. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Wednesday, October 13, 2010

menghitung hari....


alfiyan time umur blm sampai seminggu...
menanti kelahiran adik Alfiyan, saya jadi nervous + happy + tidak sabar dan semuanyala perasaan yang tidak dapat dijelaskan. 

awal kehamilan menghitung bulan, skrg dah masuk minggu ke 35 mama fiyan menghitung hari sudah...

mama dan fiyan...

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

 

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

 

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

 

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan  al-Hadis dengan berkat Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam

 

semoga bersalin kali ni normal...boleh la ramai zuriat! Apa pun, semuanya ketentuan Allah, yang perlu dilakukan berdoa dan bertawakkal... jgn putus harapan dengan Allah subahanahu wa ta'ala.

Wednesday, October 6, 2010

minggu ke 34 sudah....

alhamdulillah, tadi dari pemeriksaan rutin di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak 2, Tawau..bacaan HB naik sikit sudah 11.5 kalau nda silap la. Syukurlah, saya minum jus kurma dan masad (madu, habbatus sauda dan kismis) cafe ja...telan ubat yang diberikan nurse, beli dkt farmasi ka tetap bikin muntah dan sakit kepala..jadi kenalah cari sumber lain untuk naikkan bacaan HB.

tiba2 pula tadi ada pemeriksaan gigi untuk ibu-ibu mengandung, awalnya menyampah juga coz mau cepatkan...sekali masuk ja dgr ceramah pendeknya, syukurlah dapat juga info yang best. Untuk ibu mengandung ada cabut gigi, tampal gigi dan pemeriksaan gigi yang percuma pada setiap hari jumaat (Free ya, kaunter khas untuk ibu hamil ja ya) boleh bawa anak sekali untuk pemeriksaan.

Sebenarnya bgs juga ada pemeriksaan dan penerangan ringkas tu, cumanya tadi lapar betul.. sebelum pi klinik. Sempat singgah dekat cheese cake beli sandwich n air soya ja, pas tu makan time drive...itu yang bikin bad mood tiba2 ada lagi penerangan penjagaan gigi. Tapi kejap ja geram tu...dah masuk dalam bilik tu ok sudah. Dapat ilmu yang bermanfaat lagi..

Tadi kakak nurse tu bilang, kalau belum bersalin lagi datang pada 20hb Okobter ya..(dalam hati, mau bersalinka sudah aku ni...)  alhamdulillah, kepala baby sudah ada kat bawah ( Ya Allah, permudahkanlah aku bersalin..) kaki tiada juga bengkak. Cuma kerap sikit buang air kecil

Setakat ni barang-barang utk bersalin dah siap, cuma belum lagi pack masuk dalam beg...GL sudah siap, spt yang pertama saya pasti sediakan GL 2 salinan.

p/s : Malam ni berazam mau siap2kan la barang-barang masuk dalam beg pas tu simpan dalam keta....

Thursday, September 30, 2010

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.

Sumber: Harian Metro

Wednesday, September 29, 2010

Adik Alfiyan...

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke 33. Tadi scan, doktor bagitau InsyaAllah Girl... Patutlah lain sikit kali ni pregnent banding Alfiyan dulu.

Risau tidak putus-putus dalam hati, ubat tambah darah tidak dapat makan. Asal makan ja mesti muntah..kali ni doktor bagi pula ubat baru...try lagi malam ni. Makin besar kandungan makin perlu banyak darah kan..menurut nurselah. Saya punya HB pula hanya 10.9...ok juga bilang nurse...tapi takut nnt bersalin takut darah lagi kurang.

Anyway, saya hanya mampu berdoa banyak2...tomorrow my hubby outstation to Sandakan...lagila susah hati. Macammana la kalau tiba2 mo deliver time mlm2 tiada husband. (hhahahaha)..doa banyak2 mudah2an di permudahkan oleh Allah.

Monday, September 20, 2010

Persediaan Untuk Bersalin

Menghitung hari sudah mama fiyan ni. Nervous bercampur happy menanti kelahiran adik fiyan. Ya Allah  selamatkan lah dan permudahkan lah segala-galanya! masuk 8 bulan sudah ni, belum lagi buat apa2 persediaan... InsyaAllah dalam minggu ni, mama akan buat persediaan...

 
Persediaan Mama Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (GL ambil 2 salinan)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai
6. T-Shirt 
7. Tudung kepala 
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. 
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos
12. Bekas air (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Bekas makanan
15. Roti @ makanan lain (mama fiyan kan suka makan)
16. Susu Dutch Lady Kotak kecil
17. Kipas (coz wad dkt hospital Tawau agak panas sikit)

Persediaan Untuk Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan juga di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.
1. Beg Bayi
2. Selimut 
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (adik fiyan minum dumex, InsyaAllah dumex jugalah kan)
9. Minyak telon/ Yu yee

Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Tuesday, August 10, 2010

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

InsyaAllah, esok akan bermulalah umat islam di seluruh dunia menunaikan kewajipan rukun islam yang ke3. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan kepada saya untuk melalui bulan yang penuh keberkatan ini untuk merebut segala peluang-peluang yang telah disediakan olehNya. Ditambah lagi, kali ke2 berpuasa dalam keadaan hamil. 

Setelah duduk depan komputer hampir sejam, saya telah terjumpa beberapa panduan pemakanan untuk ibu hamil sepanjang ramadhan di sini . Mungkin ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang juga sedang hamil seperti saya. Jadi, jom kita baca...

Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.
Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

p/s : semoga ibadah puasa diterima oleh Allah subhanahu wata'ala dan diberikan kekuatan untuk menyediakan makanan untuk keluarga sahur dan berbuka




Menanti Kelahiran Adik Alfiyan

Dalam masa beberapa bulan lagi, insyaAllah saya dijangkakan akan melahirkan anak kami yang kedua. Semuanya atas kehendak dan ketentuan Allah subhanahu wata'ala. Apa yang Allah tentukan sudah semestinya ianya yang terbaik untuk saya, walaupun ianya tidak disukai tapi pasti ada hikmah yang tersendiri.


Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

 الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ


Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan  al-Hadis dengan berkat Muhammad S.A.W

 

p/s : Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu-ibu hamil untuk melakukan suatu amal yang istiqomah. 

 


Wednesday, July 14, 2010

Saya Suka Main Sudoku

Orang Yahudi menjadikan matematik sebagai aktiviti bagi ibu hamil...tapi saya cuba sudoku!

Sewaktu mengandungkan Alfiyan, saya memang gian main sudoku..tapi bila sampai tahap fendish saya surrender sudah! Berusaha memang berusaha untuk siapkan.. tapi sampai ke tahap tu, Alfiyan dah pun selamat dilahirkan. Jadi, disebabkan kesibukan menjaga anak mama tu..fokus kepada suduko tahap itu tidak dapat sudah dibuat.

Tapi sekarang, untuk anak kedua yang sedang saya kandungkan ini, gian sudoku kembali lagi..saya suka bermain sudoku. Saya main yang easy ja ni, tapi mau habis sudah satu buku..Papa tolong belikan lagi buku Sudokunya! hehehehe

Sudoku boleh dianggap sebagai permainan tertutup. Ianya boleh dimain secara individu atau berkumpulan dengan menguji kepantasan penyelesaian. Untuk tahap easy ni, kalau dah teror bolehlah uji kepantasan.

Sudoku ialah permainan di atas grid.. Terdapat 9 baris dan 9 lajur pada grid utama. Ia kemudiannya dibahagikan pula kepda grid (kotak) sampingan 3 baris dan 3 lajur.

Untuk menyelesaikan masalah sudoku kita perlu mengisi ruang grid pada baris, lajur dan grid 3 x 3 dengan digit-digit dari 1 hingga 9.

Syarat-syaratnya pula :
  • Setiap digit digunakan hanya sekali pada setiap baris.
  • Setiap digit digunakan hanya sekali pada setiap lajur.
  • Setiap digit digunakan hanya sekali pada setiap grid sampingan 3x3
Tidak boleh adakan pengulangan digit pada baris, lajur atau grid sampingan 3x3 yang sama.

p.s: hanya terdapat satu penyelesaian untuk setiap masalah 




Tuesday, June 29, 2010

MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL

Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:

1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
    Tanda-tanda:
  • Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa
  • Oedema (bengkak)
  • Air kencing mengandungi albumin.
  • Pertambahan berat badan yang berlebihan.
Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia).Tanda-tanda “Impending Eclampsia” (akan mendapat sawan):
  • Loya-loya/muntah
  • Sakit sudu hati (epigastric pain)
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Pening kepala yang berterusan

2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes). Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
  • Air kencing mengandungi gula
  • Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
  • Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
  • Anda pernah menghidap Diabetes semasa mengandung yang lalu
  • Obes (berat badan lebih dari 80kg)
  • Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
  • Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
  • Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.

3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.. Antara tanda-tandanya :-
  • Pucat
  • Letih
4. Pendarahan semasa mengandung. Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:
  • Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
  • Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.
  • Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj. Tanda-tandanya :-
      • Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
      • Pucat dan letih
      • Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.

5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
  • sakit semasa kencing
  • demam
  • sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
  • Gatal dikemaluan
  • Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Lelah (asthma), Penyakit Jantung, kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.

Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segala arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.

7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin. Tanda-tandanya adalah:
  • Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
  • Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
  • Tekanan darah menjadi rendah
  • Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.

Sumber :http://www.mahsuri.com.my/blog/tip-kesihatan/maklumat-penting-untuk-ibu-hamil-dan-suami

Saturday, June 26, 2010

PANDUAN PEMAKANAN IBU MENGANDUNG

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
•Berat bayi : 2.5 – 3 kg
•Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan:2.75-3kg
•Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
•Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
•Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
•Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
•Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
•Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung


Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

•Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan hari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
•Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
•Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
•Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
•Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang
sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

•HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
•Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Sumber : http://comelnya.com/mengandung/panduan-pemakanan-ibu-mengandung