Wednesday, July 21, 2010

Ikan Bakar Buah Keras

gambar ikan ni, belum dibakar lagi ya..setelah dibakar kelihatan berlemak-lemak kerana buah keras itu lah..Sebenarnya resepi ni, saya try and eror ja..tapi bila hubby saya makan dia suka, saya pun senang hatilah. Mula-mula dulu tengok mak bakar ayam dia letak buah pala, saya pun pi try letak diikan...alhamdulillah menjadi juga. Yang bestnya, guna buah keras ni ianya berlemak dan makan pun macam ada kekacang sikit. hehehe...Cubalah!

Antara bahan-bahannya :
  1. Ikan basah, tidak boleh pakai ikan kering@ikan masin ya
  2. Bawang putih 5 ulas
  3. Bawang merah 2 ulas
  4. Halia
  5. 1 batang serai
  6. Buah keras 6 biji, mau senang beli yang sudah sedia terbuka.
  7. Sedikit kunyit
  8. Asam Jawa 
  9. Sedikit garam, ajinamoto@gula.
  10. Sedikit minyak.
  11. Aluminium foil@daun pisang lagi bet.
Cara-caranya :
  1. Bersihkan dulu itu perut ikan, kalau malas beli ikan yang besar dipasar lepas tu minta tolong dia bersihkan perutnya.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras sehingga hancur.
  3. Kemudian titik serai 
  4. Setelah itu keluarkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit kunyit, asam jawa, minyak, garam dan ajinamoto@gula.
  5. Kacau semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  6. Kemudian letakkan bahan-bahan tadi ke atas ikan yang telah dibersihkan.
  7. Untuk memudahkan kerja, sediakan terus aluminium foil kemudian lumurkan bahan-bahan tadi ke atas ikan di atas aluminium foil.
  8. Siap sudah untuk di bakar.
Sedap dimakan dengan cili padi bercampur limau @pun makan dengan lada korek.....

2 comments:

  1. terliur la pulak ummi ummar tgk nie...hehehe..nak kna try la cenggini..=)

    ReplyDelete
  2. hehehe...cubala ya ummi ummar, pas tu share mcm mana jadinya.

    ReplyDelete