Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Mau Buat Kuih Onde2

Teringat onde-onde yang diberikan oleh Dympna minggu lepas, lembutnya dan memang sedap. So, baru ja kol mama di Sandakan cara-cara membuatnya. Harap abang pun suka makanlah ini kuih, coz cadangnya mo buat petang ni untuk juadah berbuka.

Kesian abang semalam, mau makan-makan tapi kuih yang dibeli pun macam tidak kena pada seleranya...tercari2 dia makanan untuk dimakan.

ONDE-ONDE 


Bahan-Bahan: 
2 cawan tepung pulut 
Air pandan yang suam 
Gula merah yang dekat pasar Tawau 
1/2 biji kelapa muda parut 

Cara: 
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan yang suam sedikit demi sedikit. 
2. Kemudian ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3. Masukkan gula merah di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat. 
4. Panaskan air hingga mendideh. 
5. Masukkan bebola tepung pulut. 
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 




p/s : harap menjadi....

Thursday, July 22, 2010

Ikan Masak Stim

Resepi ni sebenarnya, saya tengok my mother in law buat..so saya pun cuba, ternyata menjadi dan sedap sehingga makan pun nda nampak telinga!

Bahan-bahan:
  1. Ikan putih@merah@apa2 ja..basong? bolehka ya? cuba ja la...
  2. Halia
  3. Serai 1 batang (optional)
  4. Bawang putih
  5. Bawang merah
  6. Sedikit kunyit
  7. Sedikit asam jawa
  8. Garam dan ajinamoto@gula
  9. Sos tiram (optional)
  10. Sedikit minyak masak
Cara-caranya :
  1. Bersihkan ikan kemudian letak sedikit asam jawa, kunyit garam dan ajinmoto.
  2. Ketepikan ikan tadi.
  3. Hiris halia, bawang putih dan bawang merah untuk ditumis.
  4. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah dihiris itu tadi.
  5. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, kalau tidak suka atau tiada itu sos nda payahla letak kan..
  6. Tuang bahan-bahan yang telah ditumis itu ke dalam ikan yang sudah dibersihkan tadi. Dan letakkan dalam bekas untuk stim. Loyang pun boleh...
  7. Serai yang dititik tadi masukkan dalam perut itu ikan..
  8. Panaskan periuk untuk stim ikan, kemudian naikkan la ikan tadi...nda payah letak air ya.
  9. Bila distim air akan sendiri terkumpul dalam loyang ikan tadi.
  10. Kalau suka makan cili, taburlah cili bulat atas ikan tadi.
cubalah! simple kan.....

p.s : Kalau makan baca bismillah..nnt tertelan tulang ikan

Wednesday, July 21, 2010

Ikan Bakar Buah Keras

gambar ikan ni, belum dibakar lagi ya..setelah dibakar kelihatan berlemak-lemak kerana buah keras itu lah..Sebenarnya resepi ni, saya try and eror ja..tapi bila hubby saya makan dia suka, saya pun senang hatilah. Mula-mula dulu tengok mak bakar ayam dia letak buah pala, saya pun pi try letak diikan...alhamdulillah menjadi juga. Yang bestnya, guna buah keras ni ianya berlemak dan makan pun macam ada kekacang sikit. hehehe...Cubalah!

Antara bahan-bahannya :
  1. Ikan basah, tidak boleh pakai ikan kering@ikan masin ya
  2. Bawang putih 5 ulas
  3. Bawang merah 2 ulas
  4. Halia
  5. 1 batang serai
  6. Buah keras 6 biji, mau senang beli yang sudah sedia terbuka.
  7. Sedikit kunyit
  8. Asam Jawa 
  9. Sedikit garam, ajinamoto@gula.
  10. Sedikit minyak.
  11. Aluminium foil@daun pisang lagi bet.
Cara-caranya :
  1. Bersihkan dulu itu perut ikan, kalau malas beli ikan yang besar dipasar lepas tu minta tolong dia bersihkan perutnya.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras sehingga hancur.
  3. Kemudian titik serai 
  4. Setelah itu keluarkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk dan campurkan sedikit kunyit, asam jawa, minyak, garam dan ajinamoto@gula.
  5. Kacau semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  6. Kemudian letakkan bahan-bahan tadi ke atas ikan yang telah dibersihkan.
  7. Untuk memudahkan kerja, sediakan terus aluminium foil kemudian lumurkan bahan-bahan tadi ke atas ikan di atas aluminium foil.
  8. Siap sudah untuk di bakar.
Sedap dimakan dengan cili padi bercampur limau @pun makan dengan lada korek.....

Wednesday, July 7, 2010

Mee Goreng

Terlupa pula saya masukkan resepi mee goreng bah.. almaklumlah tadi pagi masak spaghetti untuk kawan-kawan di kolej ni. Pas tu abang nda suka makan spaghetti, so saya masakkan abang mee goreng versi mama fiyanlah..

Bahan-bahannya :
  1. Mee goreng kering (disabah ja ada)
  2. 4 ulas bawang putih (saya memang suka pakai bawang putih dari bawang merah)
  3. 1 ulas bawang merah.
  4. Kicap manis
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit ajinamoto (seperti biasa, boleh pakai gula)
  7. Sedikit gula
  8. Sedikit minyak
  9. Air mendidih
Cara-caranya :-
  1. Masak air diperiuk sampai mendidih, kemudian masukkan mee kering tadi.
  2. Kemudian, bila mee itu sudah masak, angkat dan toskan (mau tau masak, angkat 1 helai kemudian makan sedikit. Jgn terlalu lembut..nanti tidak sedap).
  3. Tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga hancur.
  4. Panaskan kuali dulu kemudian baru masukkan sedikit minyak.
  5. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk itu tadi.
  6. Bila bawang sudah wangi dan keperang-perangan masukkan mee tadi, kemudian terus letakkan kicap, garam, ajinamoto dan sedikit gula pasir.
  7. Api biar sederhana, kemudian kacau mee tadi. Jangan kacau banyak kali nanti mee hancur. Bila sudah sebati biarkan seketika.
  8. Sekiranya, kicap tadi belum sebati masukkan sedikit air panas bekas rebusan mee itu tadi.
  9. Ratakan la kicap tadi dengan mengaul mee itu.
  10. Sudah siap, boleh sudah makan...
p.s : Makan dengan lada kicap yang diletak limau pasti sedap...

Menu Yang Sederhana Saja...


Ini menu untuk semalam, sayur bayam rebus, sambal tomato goreng, ayam goreng dan tauhu goreng. Semuanya serba goreng, jadi sayur mestilah rebus kan. Yang penting papa suka makan. So, entri kali ni sebenarnya mau cerita pasal resepi sambal lada tu...

Bahan-bahannya:-

(ini untuk kuantiti yang agak banyak ya, berhari-hari boleh makan, tahan selama seminggu @ lbh lagi seminggu kalau diletak dalam peti ais)
  1. 10 ulas bawang putih, lagi banyak lagi bagus.
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 3 biji bawang besar
  4. Cili padi (ikutlah kuantiti yang disukai, kalau suka pedas bnykla cilinya kalau tidak kurangkanlah)
  5. 8 biji tomato (suka masam, lebihkanla tomatonya, tapi lebih baik jangan terlalu banyak coz ada juga bawang besar tu.
  6. Sedikit belacan
  7. Sedikit garam
  8. Sedikit gula
  9. Minyak
Cara-caranya :-
  1. Pi pasar beli dulu semua bahan-bahannya.
  2. Kemudian blander cili padi tu sampai hancur bijinya.
  3. Masukan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan tomato. Blander sekali dengan cili tadi sampailah hancur.
  4. Kemudian masukkan belacan.
  5. Panaskan minyak, kemudian masukkanlah bahan-bahan yang telah diblander itu tadi.
  6. Kemudian letakkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
  7. Apabila memasak sambal lada ini, gunakanlah api yang perlahan. Api yang kuat menyebabkan sambal itu menjadi tidak sedap.
  8. Bila kelihatan minyak kurang, tambahkanlah sedikit lagi. Masaklah lada ini dalam setengah jam atau lebih dan api mesti perlahan.
  9. Masaklah sehingga kering tapi jangan hangus ya.

Petua : Kalau nda mau sakit perut, cili padi hendaklah diblander dengan tangkai-tangkainya. Mak saya yang bilang... dan ternyata betul

Simple ja..

Sunday, July 4, 2010

Telur Dadar Masak Asam

Hari ni, kami satu family lambat bangun, 11.30 pagi barula kami terbangun. Itupun Mumy Ily kol baru kami bangun. Sudah bangun awal pagi tadi, tapi tidur balik..hujung minggu kan. Memandangkan belum sarapan lagi, dan perut abang sudah lapar....So, saya buat makanan tengahari yang ringkas sahaja, sayur kangkung campur tempe, telur dadar masak asam coz ini favorite abang dan nasi putih. Resepi telur dadar masak asam ini sedap dan so simple, saya buat entri kali ni tentang resepi ni supaya boleh kongsi dengan kawan-kawan yang berziarah ke blog saya.....

Bahan-bahannya :-
  1. 4 biji telur ayam (kalau pi pasar Tawau, beli telur di gerai 64, kalau nda silaplah)
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 1 ulas bawang merah
  4. Bawang besar (Kalau suka, letaklah. kalau tidak ada pun tidak apa)
  5. Cili padi 6 bij (tidak payah kasih tumbuk atau kasih pecah)
  6. Air asam
  7. Sedikit minyak, garam dan ajinamoto (tidak makan pakailah gula)
Cara-caranya :-
  1. Cuci telur terlebih dahulu baru pecahkan ke dalam mangkuk.
  2. Pukul telur sehingga kembang.
  3. Masukkan sedikit garam, kemudian pukul bersama-sama telur tadi.
  4. Panaskan minyak dikuali, kemudian goreng telur dadar tadi.
  5. Ketepikan telur yang telah dimasak tadi.
  6. Panaskan lagi sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih, merah dan bawang besar tadi.
  7. Sesudah itu masukkan air asam tadi, ikut suka hatilah...pandai-pandai adjust.
  8. Masukkan sedikit garam, ajinamoto dan lada dalam keadaan bulat.
  9. Biarkan mendidih agak lama dan kelihatan minyak sudah naik ke atas air asam itu, maka masukkanlah telur dadar yang telah dipotong panjang atau terpulangla kepada anda.
p/s resepi ini my hubby yang ajar...adik beradiknya pun teror buat telur masak asam ni. Lada tadi, boleh dimakan begitu sahaja. Kalau tidak pun hancurkanla di dalam air asam itu.


simple ja...

Saturday, July 3, 2010

Bergedil Jagung

Untuk kawan-kawan yang suka makan bergedil yang saya buat, simple ja buat dan cepat habis kalau dah siap masak. Kawan-kawan dari Semenanjung dan Sarawak suka makan begitu sahaja, tapi kami di Tawau, Sabah terutama orang Bugis lebih suka memakannya dengan nasi..dijadikan lauk, cecah dengan sambal lada ataupun lada kicap (kesukaan papa ni). So, ini dia resepi bergedil jagung versi Mama Fiyan

Bahan-bahannya :
  1. Jagung manis ( kalau pi pasar beli yang rm2.00 sebungkus tu biasanya ada 4 tongkol)
  2. Sayur-sayuran seperti lobak, daun sup, kucai, kubis dan sebagainya. (kalau nda suka makan sayur, nda payah letak pun boleh juga) 
  3. Telur sebiji
  4. Sedikit tepung gandum
  5. Bawang putih 4 ulas
  6. Bawang merah 2 ulas
  7. Serbuk lada putih (remica, bahasa bugisnya)
  8. Garam secukup rasa
  9. Ajinamoto sedikit sahaja. (kalau tak letak, pandai-pandailah adjust rasanya ya pakai gula)
  10. Minyak untuk menggoreng
Cara-cara menyediakannya :
  1. Hiris jagung dengan halus. Kalau sudah habis dihiris jangan terus buang, parut pisau anda ke badan tongkol jagung itu, untuk mengeluarkan isi jagung yang masih ada dalam tongkolnya.
  2. Setelah itu, tumbuk ataupun blander jagung tersebut dengan bawang putih dan bawang merah sehingga hancur, jagung tidak perlulah terlalu hancur.
  3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil ke dalam jagung yang telah di tumbuk tadi.
  4. Letakkan lada putih@remica, garam dan ajinamoto secukup rasa, gaul bersama dengan jagung yang telah ditumbuk bersama-sama dengan bawang itu tadi.
  5. Pecahkan sebiji telur dan campur bersama dengan bahan-bahan tadi, gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian, bolehlah letakkan tepung gandum, sebatikan ia seperti mana membuat cucur.
  7. Siap untuk digoreng.

p/s : Selamat Mencuba...Jaja, Fara, Rini, Shifa dan kawan-kawan lain. (kawan-kawan bugis pasti sudah tahukan)