Saturday, July 3, 2010

Bergedil Jagung

Untuk kawan-kawan yang suka makan bergedil yang saya buat, simple ja buat dan cepat habis kalau dah siap masak. Kawan-kawan dari Semenanjung dan Sarawak suka makan begitu sahaja, tapi kami di Tawau, Sabah terutama orang Bugis lebih suka memakannya dengan nasi..dijadikan lauk, cecah dengan sambal lada ataupun lada kicap (kesukaan papa ni). So, ini dia resepi bergedil jagung versi Mama Fiyan

Bahan-bahannya :
  1. Jagung manis ( kalau pi pasar beli yang rm2.00 sebungkus tu biasanya ada 4 tongkol)
  2. Sayur-sayuran seperti lobak, daun sup, kucai, kubis dan sebagainya. (kalau nda suka makan sayur, nda payah letak pun boleh juga) 
  3. Telur sebiji
  4. Sedikit tepung gandum
  5. Bawang putih 4 ulas
  6. Bawang merah 2 ulas
  7. Serbuk lada putih (remica, bahasa bugisnya)
  8. Garam secukup rasa
  9. Ajinamoto sedikit sahaja. (kalau tak letak, pandai-pandailah adjust rasanya ya pakai gula)
  10. Minyak untuk menggoreng
Cara-cara menyediakannya :
  1. Hiris jagung dengan halus. Kalau sudah habis dihiris jangan terus buang, parut pisau anda ke badan tongkol jagung itu, untuk mengeluarkan isi jagung yang masih ada dalam tongkolnya.
  2. Setelah itu, tumbuk ataupun blander jagung tersebut dengan bawang putih dan bawang merah sehingga hancur, jagung tidak perlulah terlalu hancur.
  3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong kecil ke dalam jagung yang telah di tumbuk tadi.
  4. Letakkan lada putih@remica, garam dan ajinamoto secukup rasa, gaul bersama dengan jagung yang telah ditumbuk bersama-sama dengan bawang itu tadi.
  5. Pecahkan sebiji telur dan campur bersama dengan bahan-bahan tadi, gaul sehingga sebati.
  6. Kemudian, bolehlah letakkan tepung gandum, sebatikan ia seperti mana membuat cucur.
  7. Siap untuk digoreng.

p/s : Selamat Mencuba...Jaja, Fara, Rini, Shifa dan kawan-kawan lain. (kawan-kawan bugis pasti sudah tahukan)

3 comments:

  1. Rashid pun suka makan ni. Tapi aku nda pena masak, mama'nya selalu buat utk dia.. hihihihihi
    Thank u for the res, nanti aku try

    ReplyDelete
  2. sedap mkn dgn lada kicap jg sheera...

    ReplyDelete
  3. hi..nice blog..dulu time d tawau auntie saya slalu masak ni..em,bulih tanya ckit? kalau pakai tepung beras bulih jd ranggup ka?

    ReplyDelete