Showing posts with label Rakan. Show all posts
Showing posts with label Rakan. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Syukur alhamdullillah mama fiyan dapat artikel ini dari  http://inijalanku.wordpress.com (web kegemaran mama fiyan) , kebetulan ada kawan sepejabat (Rosmina Dollin) bertanya berkenaan hukum memotong rambut dan kuku bagi orang yang ingin berkorban...  so, baca punya baca,,,eh eh eh ada entri terbaru dari Ustaz Halim , tajuknya yang di atas tu la. Sama2 kita baca artikel ini ya,  saya copy paste dari blog beliau ja..

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.
 
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Oleh : Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

p/s : semoga Allah memberikan kesempatan kepada Family Mama Fiyan untuk menunaikan umrah dan haji...amin!




Friday, October 29, 2010

Mau Buat Apa Ya....

mereka tiada di sini... sunyi dan hairannya!
cik rama-rama beku n fara
jaja n sabe (ini mmg cutila kan...dkt2 sudah majlisnya)  

rini n shifa (ni ada ja, meninggalkan 2 org rakannya dgn persoalan..lps kelas baru bg jwpn)


kalau dorang ada pun, pasti diam seribu kata coz mata tertumpu dpn komputer n tgn laju ja menaip di keyboard.

akhirnya nda tau mau buat apa...

1. tidur
2. jalan-jalan
3. semak kertas jawapan budak
4. buat frp
5. teruskan blogwalking
6. rehat di rumah
7. misi mencari misai kucing
8. ntahlah apa lagi....

mcm mo tidur pula ba.....

bukan tiada kerja pun, banyaknya mo settle sebelum cuti bersalin ni..tapi tiada mood! kalau ada mood, sekejap ja boleh siap...hehehehe!

Friday, July 16, 2010

Sesuatu Yang Mesti Diusahakan

Cari jodoh yang baik dan dekatkan jodoh yang baik.....

Bersihkan hati adalah perkara yang paling penting, kerana dengan bersihnya hati kita dari kemaksiatan dan kekotoran insyaAllah doa akan cepat dimakbulkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala...
  1. Sentiasa berdoa
  2. Sentiasa beristighfar kepada Allah subhanahu wa ta'ala
  3. Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhu'
  4. Latih diri bangun malam untuk menunaikan solat
      • Tahajjud
      • Taubat
      • Hajat
  5.  Kalau mandi sentiasa berdoa "Ya Allah, Engkau jadikanlah aku seperti air ini yang sentiasa suci lagi suci menyucikan".
  6. Sentiasa bersangka baik dengan qada' qadar yang diberikan oleh Allah.
  7. Cepat atau lambatnya jodoh kita, semuanya adalah ketentuan Allah yang penting berusaha tanpa berputus asa. 
  8. Jangan menolak perkahwinan kerana perkahwinan itu adalah sunnah  Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam.

Bagi kita kaum wanita, perkahwinan adalah platform yang terbaik untuk kita mudah memasuki syurga dan juga menjadi isteri yang baik dan beriman, dapat memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kenapa ya?
  1. Bila redha dengan keluarnya suami untuk melakukan kebaikkan akan dapat pahala
  2. Sediakan suami makanan dan minuman dapat pahala.
  3. Mengandungkan anak dapat pahala, malahan diampunkan lagi dosa-dosa.
  4. Senyum dekat suami dapat pahala
  5. Berhias untuk suami dapat pahala
  6. Keluar rumah dengan kebenaran suami dapat pahala, yang bukan maksiatlah....
  7. dan banyak lagi..
Bila dah jadi isteri...

  1. Taat pada Allah subhanahu wata'ala
  2. Taat pada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
  3. Taat pada suami selagi bukan pada kemaksiatan.
InsyaAllah syurga menanti kita...


p.s : berusahalah mencari calon suami yang baik, kerana itu adalah satu ibadah..

Friday, July 9, 2010

Peria

Kemarin tengah meeting pendaftaran dan msk, duduk dekat dengan Fara. Boraklah sambil dengar pengerusi berucap. Tiba-tiba dia sebut pasal kerabu peria...almaklumlah antara kawan-kawan kami, kami berdua ja gila makan makanan pahit macam tu. Tapi kemarin makan tengah hari dengan Sabrina dan Sute di atas pasar gantung depan servay, boleh ja Sabe makan peria... Dia cakap, nda pahit ini peria kak, manis-manis pahit, saya pun rasalah..mmgla rasa peria begitu.

Berbalik kepada cerita peria dengan Fara tadi, dia teringin sangat makan kerabu peria macam dekat rumah Irwan time dia kenduri pindah rumah baru hari tu. Saya pun tanyalah apa bahan-bahannya. Dia bagitau ada mangga, bawang, ada pedas-pedas sikit dan ada peria la...

oooo...Petang kemarin, balik dari kerja saya pun singgah tepi Yong Song beli sayur peria, inlah peria itu..belum lagi dibuat kerabu. Belum pasti lagi bah resepinya...


coz, belum pasti lagi macam mana mau buat kerabu peria, so baik kita cari khasiat peria dulu ya...:

Rupanya menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.


Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria:

• Pilih peria yang belum masak dan masih keras

• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.

• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.

• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.

• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.

• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

sumber : internet

p/s : utk fara : memang sesuailah untuk kita makan coz kita kan ada history diabetes... hehehehe

Friday, June 25, 2010

BERLAPANG DADA ITU ADALAH YANG TERBAIK

Kawan-kawan baru balik dari rumah, nasib baik ajak dorang makan-makan dekat BSI ni..kalau tidak tentu lagi sedih, orang makan dorang tidak. Tapi tidak apa, boleh juga dapatkan makanan lainkan.. so, jgn sedih coz rezeki Allah itu ada dimana-mana, lapangkan dada dan sentiasa berfikiran positif.

Manusia merancang Allah yang menentukan, sudah gerak hati mau masak2 untuk kawan-kawan, almaklumla Fara, jaja, shifa, rini, sute, sidar dan yang tidak hadir sabe...mmglah suka sangat kalau kumpul2 pas tu makan2 dan ketawa2. Syukur alhamdulillah terlaksana juga makan2 tadi ya. Untuk kawan2 yang diredhai Allah, apa2 hal yang menyedihkan dan menyakitkan hati jangan disimpan di dalam hati ambil ianya jadi panduan dan pengajaran dalam kehidupan.

Manusia di sisi Allah itu sama sahaja, yang membezakan adalah amal dan iman. Tidak perlu ada dendam atau dengki sesama manusia kerana pendengki dan pendendam itu adalah seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang.

Sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif. Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesulitan. Dan kita adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran. Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak kita sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan. Yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu , allah mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Sedangkan yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.

Kita lalui hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan menerawang ke alam imaginasi...(untuk JAJA jangan suka berkhayal yang bukan-bukan ya). Hadapi kehidupan ini dengan apa adanya.

Menjadi insan yang sederhana dan mencintai Allah itu adalah yang terbaik.