Membesarkan anak dan mendidiknya bukanlah suatu perkara yang mudah, iyanya memerlukan usaha yang berterusan, kesabaran yang jitu dan pengorbanan yang tidak ternilai banyaknya.
Namun, dengan fitrah kasih sayang yang telah dianugerahkan oleh Allah subhanahu wata'ala ke atas setiap hambanya menjadikan tugas membesarkan dan mendidik anak ini menjadi mudah malahan menyeronokkan. Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun, ada sahaja gelagat anak-anak yang akan menghiburkan hati.
Proses membesarkan dan mendidik anak sudah semestinya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun dengan kasih sayang yang ada, secara tidak langsung setiap ibu bapa yang mengajar anaknya masuk ke tandas dan mendidiknya membuang air akan menjadikan ianya suatu perkara yang menuntun kesabaran yang tinggi, ibu bapa tidak akan pernah berputus asa terhadap hal-hal seumpama ini. Walaupun terkadang, anak kita terbuang najis di atas lantai, atas tempat tidur malahan bersepah-sepah jadinya. Begitu juga, tita mengajarnya membaca huruf-huruf hijaiyyah melalui cd, sama ada menggunakan laptop ataupun pemain video cd ada sahaja yang ditekan-tekan oleh anak kita sehinggakan mengundang kegeraman dan kemarahan...tetapi kerana sayang, sabar mengatasi segala-galanya.
Dengan kasih sayang inilah melahirkan hubungan yang erat antara ibu dan bapa..mewujudkan sikap tolong menolong dan bertolak ansur, lahirnya satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya yang telah dilakukan oleh ibu bapa terhadap anaknya.
Berikanlah kasih sayang kepada anak kita bersesuaian dengan kehendak islam, kerana ianya merupakan anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah. Namun jangan pula asih sayang itu melebihi kasih sayang kita terhadap Allah subhanahu wa ta'la.
Berbuat baiklah terhadap anak kita. Kelak, Allah akan memberikan habuan yang setimpalnya dengan kebaikan itu.
p/s : mama dan papa sayangkan Alfiyan Faaez walaupun kadang kala geram dan marah coz nda pandai diam bah!

No comments:
Post a Comment