Thursday, July 29, 2010

Pentingnya Belajar Al-Quran Semasa Kanak-kanak

                                                   
Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :
Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah mengajarinya akan al-Kitab (al-Quran), mengajarinya berenang dan tidak memberi rezeki kepadanya kecuali yang baik-baik sahaja.

Setiap ibu bapa wajib mengajari anaknya membaca al-Quran. Jika ibu bapa tidak sanggup mengajar anaknya kerana tidak pandai, kerana tidak ada masa dan sebagainya, maka boleh berwakil kepada orang lain untuk mengajarnya.

Melalui hadis di atas kita melihat ada perintah atau penekanan kepada ayah supaya mengajari anaknya membaca Quran. Ini menunjukkan pentingnya mengajari kanak-kanak membaca Quran, yakni semasa dia masih kecil lagi. Pepatah arab ada mengatakan :
Belajar pada waktu kecil bagai mengukir di atas batu, dan belahar setelah besar (tua) seperti mengukir di atas air.

Kanak-kanak mudah menangkap pelajaran kerana fikirannya terang dan ingatannya kuat. Orang yang sudah besar susah menangkap pelajaran dan mudah lupa. Selain mudah lupa dan daya tangkap pelajaran lemah, orang dewasa juga susah belajar kerana fikirannya sudah bercabang-cabang. Orang dewasa mempunyai tanggungjawab yang cukup berat dan mempunyai kesibukan.

Apalagi masalah al-Quran ini memerlukan sebutan yang betul, maka perlu dipelajari semasa kanak-kanak. Dalam al-Quran banyak huruf yang hampir sama sebutannya tetapi berbeza. Misalnya huruf yang sejenis S dalam bahasa Melayu ada tujuh dalam al-Quran, iaitu huruf :
  1. tha
  2. zal
  3. zai
  4. sin
  5. shin
  6. shod
  7. dzho
Kalau kita salah sedikit menyebut hurufnya sudah lainla pula ertinya. Hanya kanak-kanak yang mudah diajar menyebut makhraj ini. semua. Orang dewasa lidahnya sudah keras dan susah dibentuk.

Orang dewasa fikirannya bercabang-cabang, banyak masalah dan banyak kesibukannya. Kerana banyak masalah dan kesibukan, orang dewasa sering cuti dari mengaji. Terkadang tidak cuti tetapi semasa mengaji fikirannya terbayang kepada permasalahan yang sedang dihadapinya.

Dan yang paling susah mengajar orang dewasa  adalah masalah makhraj atau cara sebutan huruf. Orang dewasa susah menyebut huruf-huruf yang sejeni S (dalam bahasa Melayu) tadi. Dan yang paling susah bagi orang dewasa adalah menyebut huruf  'ain.

Jadi orang yang belajar mengaji setelah dewasa agak susah memperhalusi lagi sebutannya. Walaupun bacaannya lancar dan dia tahu semua tentang hukum-hukum tajwid, kerana rajin belajar setelah dewasa, tetapi sebutan hurufnya agak kasar. Kalau kita amati bacaan seseorang, kita dapat kesan apakah dia memang sudah pandai mengaji dari kecilnya ataupun pandai setelah dewasa.

Kesimpulannya, jom biasakan anak-anak kita dengan huruf-huruf hijaiyah sedari kecil lagi....

Sumber : Panduan Berkhatam Al-Quran


No comments:

Post a Comment