Monday, August 30, 2010

Songkok & Kupiah

Anak kecil sememangnya mudah mengikuti apa yang dilihatnya....Tengoklah Alfiyan ni, papanya bentang sejadah dia pun sibuk juga mau bentang lagi sejadah yang bergantung di sidaian...sibuk mencari kupiahnya.


Kupiah papa dan anaknya, sebenarnya untuk raya...tapi dah terbeli awal boleh ja pakai bila-bila pun.


Kalau tengok pakciknya solat pakai songkok, Fiyan lagi sibuk mau pakai itu songkok...

Syekih Utaimin menyebut dalam Mathwiyat Darul Qasim "Tsalasun Wasilah Li Ta'dib Al-Abna",: Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci terlebih dahulu. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah sampai waktu baligh, maka bebankan kepadanya perintah-perintah.

p/s: Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah anakku ini seorang yang sentiasa mendirikan solat...

Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha berkata : "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga  anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik."

(H.R. Thabrani)

Keterangan Hadis :
Di antara tanda-tanda qiamat ialah :
  1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
  2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
  3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
  4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
  5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.
  6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.
Marilah kita berdoa, mudah-mudahan Allah subhanahu wata'ala menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah radhiaallahu 'anhu berkata : "Telah menasihati kami oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan meninitskan air mata kami ketika mendengarnnya, lalu kami berkata : Ya Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda : "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertawakal kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu adalah sesat"

H.R. ABU DAUD DAN TIRMIZI

Keterangan Hadis :
Hadis ini mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bagi umatnya, terutama  bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam dalam hadis ini, iaitulah :

1. Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi dan sunnah-sunnah khulafa ArRasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi sallallahu 'alaihi wassalam

3. Berpegang teguh kepada sunnah Nabi dan sunnah khulafa ArRasyidin AlMahdiyin (Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali radhiallahu 'anhu) yang mana mereka terlah mendapat petunjuk daripada Allah Ta'ala, iaitulah berpegangan kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

4. Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bidah menurut pengertian syara' (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah)

Saturday, August 28, 2010

Keajaiban Puasa

Puasa adalah ibadah yang boleh memelihara kesihatan fizikal dan mental, sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : "Berpuasalah kamu maka engkau akan sihat." Para ahli kesihatan juga berpendapat bahawa puasa adalah di antara cara untuk mengubati penyakit.

Puasa di samping sebagai amalan ibadah yang mendatangkan pahala yang besar, puasa juga berperanan sebagai perisai, roh, kalbu dan badan dari serangan penyakit.

Puasa juga berperanan sebagai pembersih tubuh dengan jalan membuang zat-zat beracun dari sisa-sisa makanan yang tidak dapat dicerna. Tubuh manusia tidak hanya sebagai tempat makanan, tetapi juga menjadi tempat dari berbagai zat kimia. Kumpulan zat kimia tersebut dapat rosak, bila kekurangan makanan dan juga kelebihan makanan.

Dari bidang kedoktoran dan kesihatan serta rawatan penyakit memang puasa itu sangat berfaedah. Perut manusia boleh diibaratkan sebagai enjin motokar. Maka jika enjin itu sentiasa berjalan tentulah akan cepat rosak, begitulah juga perut dan alat-alat pencerna manusia perlu diberi kerehatan selama sebulan dalam setahun untuk membersihkan dan membetulkan perjalanan alat-alat pencernaan, jika tidak, ia akan terkena penyakit.

Puasa memberi kesan untuk mengurangkan berat tubuh atau mengurangkan gemuk, kerana apabila kuat makan tentulah bertambah gemuk dan bertambah banyak nisbah lemak di dalam tubuh. Kegemukan yang melebihi dari bentuk tubuh akan membawa penyakit-penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Ibnu Sina (adalah seorang tabib yang ternama) sering menganjurkan kepada pesakitnya agar berpuasa tiga minggu untuk mempercepatkan proses penyembuhan beberapa jenis penyakit. Bahkan dengan tegas beliau mengatakan puasa dapat menjadi penyembuh penyakit cacar.

Seorang tabib pakar penyakit kelamin berkata : "Tidak ragu lagi bahawa puasa itu termasuk salah satu perkara yang sangat berkesan untuk membebaskan diri dari bakteria (penyakit) terutama bakteria penyebab penyakit siplis (trepomena pallidium). Kerana ia dapat memasukkan sel-sel rosak, kemudian membangun sel-sel yang baru."

Syekih Hakim Moinuddin Chsti berpendapat :"Puasa adalah penyembuh semulajadi yang paling tua pernah diketahui yang diamalkan oleh manusia."

Dr.Allen memanfaatkan puasa untuk proses penyembuhan penyakit gula (kencing manis), sedangkan Dr.Carlson salah seorang doktor di Amerika Syarikat berkeyakinan : "Saya cenderung berpendapat bahawa puasa itu mampu menyembuhkan segala penyakit yang sudah tidak dapat dengan cara lainnya."


p/s : Untuk Memelihara Kesihatan dan Penyembuhan

Monday, August 16, 2010

Majoriti Penghuni Syurga Dan Neraka

Daripada Ibnu Abbas dan 'Imran Bin Hushain radhiallahu 'anhum daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, sabdanya : "Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah daripada kalangan orang-orang yang faqir. Dan aku melihat ke dalam neraka maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada golongan perempuan." (Hadis Riwayat : Bukhari Muslim)

Keterangan Hadis :

Di malam Isra' Mi'raj telah diperlihatkan kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam banyak perkara-perkara yang ghaib, termasuk di antaranya keadaan di syurga dan keadaan di neraka. Maka apabila Nabi sallallahu 'alaihi wasallam masuk ke dalam syurga, beliau melihat kebanyakan penghuni syurga itu adalah daripada kalangan orang yang faqir. Ini disebabkan sewaktu mereka berada di dunia dahulu banyak berpeluang untuk memeperbanyakkan amal ibadat. Lainlah halnya dengar orang kaya yang banyak disibukkan dengan menghimpun harta dan disibukkan pula dengan menjaga harta yang telah ada. Mereka menghabiskan masa untuk mengejar dunia yang diangan-angankan, sehingga merek dikejutkan oleh kematian sebelum berkesempatan berbuat amal ibadat. Mereka akan menyesal di saat yang tidak berguna lagi penyesalan itu.

Dan apabila Nabi sallallahu 'alaihi wasallam melihat ke dalam neraka maka beliau melihat kebanyakan penghuninya adalah daripada kalangan perempuan. Ini disebabkan ramai orang perempuan yang tidak menunaikan hak suami. Mereka tidak berterima kasih di atas pemberian suami dan tidak menjaga diri disaat suami tidak ada di rumah, tidak menutup aurat daripada orang yang bukan mahram dan ramaipula di kalangan mereka yang keluar dari rumahnya dengan bermacam-macam perhiasan dan persolekan, memakai minyak wangi dan membiarkan bau wangi itu dicium oleh orang yang bukan mahramnya. Sedangkan ia menghadap suaminya dengan pakaian yang buruk dan badan yang badan yang berbau busuk. Inilah di antara sebab-sebab yang mengakibatkan ramai di kalangan perempuan yang akan masuk neraka. Maka peliharala dirimu dan keluargamu dari api neraka.

p/s : Berusaha dan berdoa agar terhindar dari fitnah api neraka

Sunday, August 15, 2010

Tidur, Fiyan Sebut Papa.....

Subuh tadi lepas sahur dan solat subuh papa fiyan ke Sandakan untuk trip memancing dekat2 sempadan Filipina. Kali ni trip mesti agak lain dari trip sebelum ni...almaklumlah bulan puasa pun mau juga pi memancing. Dah namanya kaki pancing! Yang penting papa happy dan selamat balik rumah ya.....

Malam ni, fiyan tidur tempat papa...biasanya bergurau senda dulu dgn papanya kan, itulah mungkin tutup mata pun sebut pa pa pa pa...!



Akhirnya, Alfiyan tertidur juga dengan lagu Doa Keluar Rumah yang telah saya download dari youtube!

Bantal yang menjadi kesukaan papa...mesti dipeluk oleh Alfiyan ketika tidur kalau tidak pun kakinya mesti di atas bantal papa. C papa, bila anaknya sudah tidur...dia pun tarik la bantalya. Ntahlah kalau fiyan sudah besar nanti...berebut la dgn papanya ini bantal!


p/s : mama sayang papa dan fiyan

Tanda-tanda Allah Mencintai Kamu


  1. Jika Allah memberi kepadamu Agama dan Hidayah, Ketahuilah Allah mencintai kamu.
  2. Jika Allah menguji kamu dengan musibah, ditimpa bala-bencana dan permaslahan Ketahuilah Allah mencintai kamu, Allah ingin mendengar suara rintihan mu di dalam doa.
  3. Jika Allah hanya memberi sedikit padamu.. Ketahuilah Allah akan memberi kamu lebih banyak di Akhirat kelak.
  4. Jika Allah memberi kamu sifat Redha supaya kamu meredhainya Ketahuilah Allah mencintaimu,sesungguhnya Allah akan memberi kepadamu secantik-cantik nikmat.
  5. Jika memberi kepadamu sifat sabar, sesungguhnya Allah mencintaimu dan kamu adalah diantara orang yang telah berjaya.
  6. Jika Allah memberi padamu sifat Ikhlas didalam hati, ketahuilah Allah mencintaimu, sesungguhnya Allah menghendakki kamu Ikhlas hanya padaNya.
  7. Jika Allah memberi padamu sifat duka, ketahuilah Allah mencintaimu dan sentiasa menunggumu ucapan Puji dan Syukur dari bibirmu.
  8. Jika Allah memberi kekecewaan padamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan Allah ingin menguji keimananmu..
  9. Jika Allah memberimu harta, ketahuilah Allah mencintamu dan menghendakki kamu tidak bersifat bakhil kepada orang fakir.
  10. Jika Allah memberi kemiskinan kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu dan akan memberi kepadamu sesuatu yang lebih berharga daripada harta kekayaan.
  11. Jika Allah memberi kepadamu Lidah dan Hati, ketahuilah Allah mencintaimu, maka gunakanlah kedua-dua kepada jalan kebaikkan.
  12. Jika Allah memberi kepadamu solat, puasa, Al-Quran dan berjaga malam, ketahuilah Allah mencintai kamu, maka janganlah kamu melengah-lengahkanya, percepatkanlah tunaikanlah ianya dengan sempurna.
  13. Jika Allah menganugerahkan ISLAM kepadamu, ketahuilah Allah mencintaimu
  14. Sesungguhnya Allah mencintaimu,,, Kenapa kamu tidak mencintai Allah?
  15. Allah telah banyak memberi kepada mu.. kenapa kamu tidak mencintai Allah ?
  16. Allah mencintai Hambanya dan tidak pernah lupa pada hambaNya… Maha Suci Engkau Ya Allah….
  17. Janganlah kamu buta dan Kecapilah nikmat kasih sayang Allah dalam hatimu.

” Bahkan Allah akan menunaikan segala janjinya dan bertaqwalah, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa kepadaNya”. (surah al-Imran :76)

Sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com

Saturday, August 14, 2010

Fadilat Mendengar Al-Quran

Bukan sahaja membaca, tetapi mendengar bacaan Al-Quran pun berpahala. 

Allah subhanahu wata'ala berfirman: "Dan apabila dibacakan Al-Quran, dengarkan dan diamlah kamu agar kamu diberi rahmat." (Surah Al-A'raf :204)

Berdasarkan ayat itu, kita mesti diam dan mendengar jika ada orang membaca Quran. 

Prof. Dr.TM. Hasbi Ash-Shiddiqy berkata : "Mendengar dan memperhatikan (menyemak) bacaan Al-Quran ketika sedang dibacakan oleh orang adalah wajib, termasuk juga mendengar dan memperhatikan bacaan Al-Quran dari radio atau tv. " Menurut beliau, perintah wajib itu dapat difahamkan dari firman Allah dalam surah A-A'raf ayat 204 itu.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang mendengarkan satu ayat dari kitab Allah, maka dicatat baginya kebaikan yang berganda-ganda. Dan sesiapa yang membaca satu ayat dari kitab Allah, akan menjadi cahaya penerang baginya pada hari kiamat."

Mendengarkan bacaan Al-Quran dengan baik dapat mengurangi kesusahan dan menenagkan jiwa. Bahkan dapat melunakkan hati yang keras dan mendapat hidayah dari Allah subhanahu wata'ala. 

Duduk tenang ketika orang membaca Quran serta mendengarkannya dengan baik mendatangkan rahmat dan hidayat dapat dibuktikan dengan peristiwa yang banyak berlaku pada awal pengembangan Islam.

Betapa Umar Al-Khattab yang begitu keras menentang agama Islam menjadi lunak dan lembut hatinya setelah mendengarkan ayat-ayat Quran yang dibaca oleh adiknya. Bacaan itu pulalah yang menjadikan beliau tergerak hatinya memeluk agama Islam.

Begitu juga Raja Najjasyi dari Habsyah bersama para Rahibndan pembesar negara, bercucuran air matanya membasahi janggut dan pipinya setelah mendengarkan keindahan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Jaafar Bin Abi Talib. Dengan sebab mendengarkan bacaan itu pula Raja Najjasyi memeluk agama Islam dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.

Itu semua adalah salah satu daripada kemukjizatan Al-Quran yang dapat membuat tunduk para pendengarnya. Hati mereka yang memang diberi petunjuk oleh Allah akan lembut dan pasrah apabila mendengar kalam Tuhannya. 

Hal ini telah difirmankan oleh Allah : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka kerannya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Surah Al-Anfal:2)

p/s : terngiang-ngiang suara adik Ahmad Saud membaca al-quran, sungguh merdu!

Fadilat Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan kitab yang mengandungi pengajaran, hukum-hukum dan menjadi panduan hidup bagi manusia. Tetapi Al-Quran ada keistimewaan dari kitab-kitab lainnya. Selain untuk menjadi panduan hidup bagi manusia,, membacanya sahaja pun berpahala. Orang yang membaca Quran mendapat pahala dari setiap huruf demi huruf yang dibacanya sama ada orang yang membaca itu tahu maknanya ataupun tidak.

Dari Abdullah Bin Mas'ud, katanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia mendapat satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan (yang dikerjakan) diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf, akan tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Hadis Riwayat : At-Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu, setiap huruf dari ayat-ayat Quran yang dibaca itu dikira satu kebajikan. Orang yang mengerjakan satu kebajikan diberi ganjaran sepuluh. Berdasarkan hadis itu juga Alif Lam Mim bukan dikira satu tetapi sudah dikira tiga, kerana ia terdiri dari tiga huruf. Cubalah kita bayangkan, kalau kita membaca satu muka surat sudah tentu banyak huruf yang sudah dibaca. Dan setiap membaca satu huruf diberi ganjaran sepuluh kali, ertinya dianggap telah membaca sepuluh huruf.

Itu baru pahala membaca atau menyebut setiap huruf. Orang yang membaca Quran sambil bertujuan untuk menghafalnya mendapat pahala lagi dari segi pahala menghafal Quran. Begitu juga orang yang membaca Quran sembil merenungkan maknanya, mendapat pahala dari segi merenungkannya. Begitu juga orang yang membaca Quran sambil menggali hukum-hukum yang ada di dalamnya, misalnya kebetulan yang dia baca itu ayat-ayat hukum, maka dia akan mendapat pahala dari segi menggali hukumnya.

Sebenarnya selain untuk mendapat pahala, banyak lagi fadilat lain yang diperolehi dari amalan membaca Quran. Misalnya membaca Quran dapat menenangkan hati atau menghilangkan kesusahan. Orang yang ditimpa musibah akan berkurang kesusahannya jika dia membaca Quran.

p/s : marilah kita beristiqomah dalam amalan tadarus al-quran

Beramal Di Bulan Ramdhan

Menjelang sahaja bulan Ramadhan, sudah pastinya ramai di kalangan umat islam yang berlumba-lumba untuk menambahkan keuntungan dibulan ini. Pelbagai habuan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang berusaha untuk mengembangkan modal pahala mereka di bulan ramadhan ini.....

Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam bersabda : "Apabila orang-orang mengetahui nilai kelebihan Ramadhan, mereka akan berharap agar semua bulan dijadikan sebagai bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat : Ibnu Huzaimah)


Antara amalaan-amalan yang dapat memberikan keuntungan kepada kita semua yang sedang berpuasa ini...

  1. Solat fardhu
  2. Berpuasa
  3. Membaca Al-Quran
  4. Bersedekah
  5. Menjaga kesihatan
  6. Memperbanyakkan aktiviti dakwah
  7. Qiyamul Lail
  8. Iktikaf di masjid
  9. Meraih lailatul qadar
  10. Melaksanakan umrah
  11. Taubat
  12. dan banyak lagi....
p/s : berusahalah untuk melipat gandakan amalan yang mendatangkan pahala, kerana setiap amal kebaikan yang kita lakukan pasti ada ganjarannya..sehinggakan makan pun (sahur dan berbuka ya) akan mendapat keberkatan.

Aktiviti Di Bulan Ramadhan

 
Alfiyan suka layan Barney & Friends....

 
 lagi suka kalau Barney nyanyi lagu my family

 
kalau lagu BINGO siap pegang meja coz ikut menari ke kiri ke kanan

 
c papa abis mengaji dtg mengacau...


aik...c papa ba ni. 

 
kacau papa pula ya...


papa & son

Biasanya sahur, saya akan bangun pukul 3 pagi untuk sediakan makanan. Hari pertama puasa fiyan ikut sama bersahur, alhamdulillah sudah siap masak2 barulah dia sibuk juga mo bgn.

Bila berbuka, sibuk juga mau makan sama...tapi sejak dijaga oleh nenek di pasar (mak mertua), Alfiyan lebih suka main bersendiri. Tendang bola, tekan-tekan kipas dan tengok tv.

Bila mama dan papa sudah siap berbuka, mau naik solat dia sibuk tarik beg Laptop. ma...ma..ma..sambil tarik beg laptop.

Awal maghrib, boleh lagi dia layan nasyid Hijaiyyahnya...bila sudah bosan, pandai pula marah minta tukar. Saya downloadkan dia movie Barney & Friends (Barney my family's just right for me), dengan doa dia akan mendapat pembelajaran baru.

Ini pun setelah membaca beberapa artikel dari blogger2, ramai yang menyarankan Barney & Friends adalah sesuai untuk anak-anak berbanding kartun2 seperti sinchan, doremon, ultraman dan sebagainya.

p/s : buat masa ni repeat sampai 10 kali pun fiyan blm lagi bosan.


Thursday, August 12, 2010

Mau Buat Kuih Onde2

Teringat onde-onde yang diberikan oleh Dympna minggu lepas, lembutnya dan memang sedap. So, baru ja kol mama di Sandakan cara-cara membuatnya. Harap abang pun suka makanlah ini kuih, coz cadangnya mo buat petang ni untuk juadah berbuka.

Kesian abang semalam, mau makan-makan tapi kuih yang dibeli pun macam tidak kena pada seleranya...tercari2 dia makanan untuk dimakan.

ONDE-ONDE 


Bahan-Bahan: 
2 cawan tepung pulut 
Air pandan yang suam 
Gula merah yang dekat pasar Tawau 
1/2 biji kelapa muda parut 

Cara: 
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan yang suam sedikit demi sedikit. 
2. Kemudian ambil sebesar ibu jari dan leperkan. 
3. Masukkan gula merah di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat. 
4. Panaskan air hingga mendideh. 
5. Masukkan bebola tepung pulut. 
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. 
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. 




p/s : harap menjadi....

Tuesday, August 10, 2010

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

InsyaAllah, esok akan bermulalah umat islam di seluruh dunia menunaikan kewajipan rukun islam yang ke3. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan kepada saya untuk melalui bulan yang penuh keberkatan ini untuk merebut segala peluang-peluang yang telah disediakan olehNya. Ditambah lagi, kali ke2 berpuasa dalam keadaan hamil. 

Setelah duduk depan komputer hampir sejam, saya telah terjumpa beberapa panduan pemakanan untuk ibu hamil sepanjang ramadhan di sini . Mungkin ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang juga sedang hamil seperti saya. Jadi, jom kita baca...

Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.
Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

p/s : semoga ibadah puasa diterima oleh Allah subhanahu wata'ala dan diberikan kekuatan untuk menyediakan makanan untuk keluarga sahur dan berbuka




Menanti Kelahiran Adik Alfiyan

Dalam masa beberapa bulan lagi, insyaAllah saya dijangkakan akan melahirkan anak kami yang kedua. Semuanya atas kehendak dan ketentuan Allah subhanahu wata'ala. Apa yang Allah tentukan sudah semestinya ianya yang terbaik untuk saya, walaupun ianya tidak disukai tapi pasti ada hikmah yang tersendiri.


Doa ini merupakan salah satu ikhtiar untuk mudah bersalin. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

 الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ


Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan  al-Hadis dengan berkat Muhammad S.A.W

 

p/s : Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu-ibu hamil untuk melakukan suatu amal yang istiqomah. 

 


Monday, August 9, 2010

Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk Yang Paling Bengkok


Disebutkan dalam sebuah hadis:-
 “Berbuat baiklah kepada wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, sedangkan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas”

Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahih mereka, dari Nabi salallahu ‘alahi wasallam. Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa nabi salallahu ‘alahi wasallam bersabda:

“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.  Maka sikapilah para wanita dengan baik.”
(HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)
 
Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam, “Berbuat baiklah kepada wanita.” Namun, jangan pula kebaikan yang dilakukan itu melebihi batasan sehingga mereka bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan maupun perbuatan karena para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi salallahu ‘alaihi wasallam bahwa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.

Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada yang bengkok dan ada yang kurang. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Sahihain.
“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih biasa menghilangkan akal lelaki  yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)
 
Hadits Nabi salallahu ‘alaihi wasallam yang disebutkan dalam as-sahihain dari hadit Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu. Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam adalah bahawa persaksian dua wanita berbanding dengan persaksian seorang lelaki Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda beliau adalah bahwa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak shlat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.

Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi salallahu ‘alaihi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, kerana nabi salallahu ‘alaihi wasallam tidak akan mengeluarkan kata-kata berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasarkan wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)

Sumber:
Majmu Fatawa wa Maqadat Mutanawwi’ah juz 5 hall 300-301, Syaikh Ibn Baaz Fatwa fatwa Terkini Jilid 1 Bab Perlakuan Terhadap Istri penerbit Darul Haq

Friday, August 6, 2010

Jangan Berputus Asa

Daripada Anas radhiallahu 'anhu berkata : Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :

"Allah subhanahu wata'ala telah berfirman (dalam hadis qudsi) : "Hai anak Adam! selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! jikalau seandainya dosamu itu samapi ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampunan." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa luasnya rahmat Allah subhanhu wata'ala yang tidak bertepi. Rahmat yang luas yang tidak akan mengecewakan harapan seseorang hamba yang benar-benar berharap untuk mendapatkannya.

Maka apabila seseorang hamba benar-benar berdoa dan berharap kepada Allah subhanahu wata'ala dan bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan daripadaNya dan disertai dengan tauhid yang benar, yang  tidak ada syirik di dalamnya dam dengan keyakinan yang penuh dengan Husnuzh-Zhan (berbaik sangka) dengan pengampuanan Allah subhanahu wata'ala, maka Allah subhanahu wata'ala akan mengampuni dosa-dosanya dan akan memasukkannya ke dalam syurga.

Jika kita melihat kepada banyaknya dosa yang dilakukan setiap hari, rasanya sudah luluh daging dari muka kerana kita merasa malu berhadapan dengan Allah subhanahu wata'ala pada hari kiamat nanti. Apabila badan kita yang berlumuran dengan dosa ini disoal siasat oleh Allah subhanahu wata'ala rasanya tidak layak kita menjadi penghuni syurga yang hanya dijanjikanNya kepada orang-orang yang rajin mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, namun kita tidaklah pula mampu untuk menghadapi siksa nerakaNya yang sangat pedih itu. Maka oleh kerana itu tidaklah ada jalan lain kecuali hanya kita menaruh harapan yang sangat besar agar Allah subhanahu wata'ala dengan rahmatNya yang luas dapat menganugerahkan kita untuk memasuki syurgaNya dan menjauhkan kita daripada siksa nerakaNya.

p/s: Jom perbanyakkan istigfhar di bulan ramadhan....

Wednesday, August 4, 2010

Bila Umur Sudah Mencapai Enam Puluh Tahun

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, sabdanya :
"Allah subhanahu wata'ala sudah tidak mahu menerima keuzuran seseorang
yang dilanjutkan usianya sehingga ia sampai berumur enam puluh tahun."
(sedangkan ia mati dengan tidak sempat berbuat ibadat).
(Hadis Riwayat Bukhari)

Allah subahanahu wta'ala masih memberikan ruang kepada seseorang untuk berkata : "Jikalau umurku panjang sempatlah aku berbuat amal ibadat," apabila ia mati sebelum mencapai umur enam puluh tahun, tetapi bagi orang yang sudah mencapai umur enam puluh tahun ke atas, keuzuran itu sudah tidak diberikan lagi. Sepatutnya orang yang menjangkau usia enam puluh tahun ke atas, dia telah banyak berpeluang untuk beribadah dan sepatutnya dalam usia itu jiwanya sudah berubah, pembawaan dan cara hidupnya sudah semakin matang dan berwibawa. Sepatutnya usia tua hanya dipenuhkan dengan amal ibadah sahaja, memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran, mengingati mati dan seumpamanya.

Kerajaan kita pun sebenarnya telah memeberikan ruang untuk seseorang itu mengakhiri hidupnya dengan memperbanyak amal ibadah. Seorang pegawai kerajaan, dalam umur lima puluh lapan tahun telah pun dipencenkan bahkan sekarang ini terdapat kelonggaran untuk mendapatkan skim pencen yang lebih awal lagi. 

Duduk sahaja di rumah kerana gaji akan dapat, maka seeloknya maksa yang tinggal dari baki hayatnya  hanya digunakan untuk mencari keuntungan akhirat yang abadi itu. Namun ada pula yang masih lagi ke sana ke mari menghimpunkan harta kekayaan. 

Apalah yang mahu dihimpunkan lagi. Harta yang ada sudah cukup untuk makan dan biasanya anak-anak sudah lepas dari tanggungan. Mereka sudah berumahtangga sendiri, bahkan ada di antara mereka telah mendapat peluang pekerjaan yang agak lumayan, maka biarlah pula anak-anak yang menyara orang tua, sebagai membalas sebahagian budi orang tua yang telah bertungkus lumus dan membanting tulang untuk mencari nafkah kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil dahulu.Kiranya sudah sampailah masanya untuk anak-anak membuat bakti membalas jasa baik orang tua.

p.s : peringatan untuk diri sendiri bagi bekalan kelak bila menjelang tua..

Tuesday, August 3, 2010

Siapa Teman Setia

Daripada Anas Bin Malik radhiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga-tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak-anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tingga kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk di liang kubur. Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita dikesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah ke atas liang kubur kita. 

Begitu pula harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperolehi dan ke mana kita membelanjakannya. 

Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhiratnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbun harta. Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan. Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh kerana itu, marilah kita perbanyakkan berbuat kebajikan, tingkatkanlah ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin bersedekah dan suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan di akhirat yang sangat jauh itu.


p/s : Hati kita adalah tempat pandangan Allah subahanu wata'ala

Sunday, August 1, 2010

FiyanFaaez...

Ya Rabbi, jadikanlah anak kami ini baik di sisi Engkau.
Anugerahkan putera kami ini, seorang yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub. 
Jadikanlah anak kami ini seorang yang soleh yang akan menjadi sumber sedekah jariah bagi kami.
Bimbinglah kami mendidik dan mengasuh serta menjaga jiwanya agar dia kelak menjadi mukmin yang sebenar.
Kami yakin ya Rabbi, hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.


Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasalllam yang bermaksud :-
“Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).