Saturday, August 28, 2010

Keajaiban Puasa

Puasa adalah ibadah yang boleh memelihara kesihatan fizikal dan mental, sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : "Berpuasalah kamu maka engkau akan sihat." Para ahli kesihatan juga berpendapat bahawa puasa adalah di antara cara untuk mengubati penyakit.

Puasa di samping sebagai amalan ibadah yang mendatangkan pahala yang besar, puasa juga berperanan sebagai perisai, roh, kalbu dan badan dari serangan penyakit.

Puasa juga berperanan sebagai pembersih tubuh dengan jalan membuang zat-zat beracun dari sisa-sisa makanan yang tidak dapat dicerna. Tubuh manusia tidak hanya sebagai tempat makanan, tetapi juga menjadi tempat dari berbagai zat kimia. Kumpulan zat kimia tersebut dapat rosak, bila kekurangan makanan dan juga kelebihan makanan.

Dari bidang kedoktoran dan kesihatan serta rawatan penyakit memang puasa itu sangat berfaedah. Perut manusia boleh diibaratkan sebagai enjin motokar. Maka jika enjin itu sentiasa berjalan tentulah akan cepat rosak, begitulah juga perut dan alat-alat pencerna manusia perlu diberi kerehatan selama sebulan dalam setahun untuk membersihkan dan membetulkan perjalanan alat-alat pencernaan, jika tidak, ia akan terkena penyakit.

Puasa memberi kesan untuk mengurangkan berat tubuh atau mengurangkan gemuk, kerana apabila kuat makan tentulah bertambah gemuk dan bertambah banyak nisbah lemak di dalam tubuh. Kegemukan yang melebihi dari bentuk tubuh akan membawa penyakit-penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Ibnu Sina (adalah seorang tabib yang ternama) sering menganjurkan kepada pesakitnya agar berpuasa tiga minggu untuk mempercepatkan proses penyembuhan beberapa jenis penyakit. Bahkan dengan tegas beliau mengatakan puasa dapat menjadi penyembuh penyakit cacar.

Seorang tabib pakar penyakit kelamin berkata : "Tidak ragu lagi bahawa puasa itu termasuk salah satu perkara yang sangat berkesan untuk membebaskan diri dari bakteria (penyakit) terutama bakteria penyebab penyakit siplis (trepomena pallidium). Kerana ia dapat memasukkan sel-sel rosak, kemudian membangun sel-sel yang baru."

Syekih Hakim Moinuddin Chsti berpendapat :"Puasa adalah penyembuh semulajadi yang paling tua pernah diketahui yang diamalkan oleh manusia."

Dr.Allen memanfaatkan puasa untuk proses penyembuhan penyakit gula (kencing manis), sedangkan Dr.Carlson salah seorang doktor di Amerika Syarikat berkeyakinan : "Saya cenderung berpendapat bahawa puasa itu mampu menyembuhkan segala penyakit yang sudah tidak dapat dengan cara lainnya."


p/s : Untuk Memelihara Kesihatan dan Penyembuhan

1 comment: