Showing posts with label Kolej. Show all posts
Showing posts with label Kolej. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Alfiyan Hadir Kursus Belajar Mengaji

Kursus mengaji dkt kolej sedang berlangsung sejak sabtu (4 jun 2011) tapi hari tu untuk org dewasa,

Hasil dr permintaan pak kiyai, dia mahu kanak2 yang hadir kursus ni, so minggu ni start semalam pesertanya budak2 la pula, lebih kurang 50 orang kanak yang hadir,  yang paling kecil pesertanya sudah tentulah Alfiyan Faaez..hihihihi!(sebenarnya menyibuk ja...)

Tgk tu fiyan dengan kwn2 BondaMama...
Menurut pak kiyai metode yang digunakan ini, membolehkan anak2 yang belum pandai mengaji boleh membaca al-quran dalam tempoh 2 bulan sahaja.

Pak kiyai dari Bone, sedang mengajar metode membaca al-quran
yang bestnya pak kiyai ni, mengajar memang mcm tok guru dulu2 yang tegas dalam ajaran agama. Kanak2 disuruh berpeluk tubuh supaya ambil perhatian..

lagi pak kiyai dengan kanak2. Yang dpn tu belum 'Bunyi" bilang pak kiyai...
maksudnya blm tahu membaca al-quran
bila tgk pak kiyai ni mengajar, ter"compare" la pula cara mama fiyan mengajar dengan beliau...hahahaha! kalau ikutkan, cara mengajar mama fiyan Memanjakan Anak..(eeeeeerrkkk) cara pak kiyai...Tegas! (inilah mungkin cara orang dulu mengajar bab2 agamakan) seronok juga tengok pak kiyai ni mengajar.
ada ustazah2 juga dtg, termasuklah teacher alfiyan dan pn.Maizurah (GB bm)

antara yang hadir

cara pak kiyai, huruf hijaiyyah yang 29 huruf dihimpun ke dalam Tujuh Kotak yang huruf dasarnya sama. Cara membacanya boleh dilakukan dengan irama, terus dipasang tanda baca tanpa dieja.


kawan fiyan dari BOndaMama..


setelah keboringan inilah aktiviti fiyan dan syazwan...
setelah keboringan, fiyan pun bergaduh, bermain dan berlari2...(khi khi khi khi). Bak kata pak kiyai, "anak2 yang umur 4 tahun ke bawah blm blh lagi diajar dan dipukul. dimaafkanlah Alfiyan dan Syazwan walaupun bermain time sesi pengajian berlangsung.

p/s : Pengalaman mama fiyan, kanak2 macam fiyan ni..kdg2 mendengar sudah masuk dlm memori ingatannya! semoga lancar juga membaca al-quran..


Wednesday, November 10, 2010

Di Hari Keluarga Kelab Staf KKTS

hari sabtu baru-baru ni 6 November 2010 kami ke TLDM, Semporna ikut serta hari keluarga opis mama.... 

apa yang best? yang bestnya, papa boleh happy, fiyan juga happy..mama pasti akan happy! Semuanya untuk family yang tersayang...

Nervous juga naik keta jauh2, almaklumlah nurse maklumkan kepala baby dah masuk sarang..tapi papa bilang, di Semporna pun ada hospital..mama tawakkal ja la! alhamdulillah...selamat juga, blm lagi bersalin!

Antara yang bestnya di Hari itu adalah :-
 
banyak belon...anak-anak pun happy

 
papa no.2 dalam acara membaling belon berisi air...yeahh dapat hadiah       





Kumpulan papa kalah acara tarik tali, nda pernah menang...khi khi khi khi!

Paling Fiyan Happy, time mandi kolam...
tengok tu...sampai pucat tu bibirnya kesejukkan nda juga mau naik!

mula-mula turun, pi kolam orang dewasa..dalam oooo!

mama ambikkan pelampung, konon2 untuk fiyan pakai...tapi besar betul dan dia tidak suka pun

akhirnya, mereka berpindah ke kolam kanak2....

sudah siap mandi, fiyan kelihatan lapar betul..habis soya bean tu sekotak diminumnya tanpa henti

giliran c papa beraksi...dia tambling. uiiiiyoooo, ayat fiyan bila tgk c papa tambling.
p/s : semua aktiviti mama fiyan nda ikut pun, kan tengah sarat.. tengok ja.....





Friday, October 29, 2010

Mau Buat Apa Ya....

mereka tiada di sini... sunyi dan hairannya!
cik rama-rama beku n fara
jaja n sabe (ini mmg cutila kan...dkt2 sudah majlisnya)  

rini n shifa (ni ada ja, meninggalkan 2 org rakannya dgn persoalan..lps kelas baru bg jwpn)


kalau dorang ada pun, pasti diam seribu kata coz mata tertumpu dpn komputer n tgn laju ja menaip di keyboard.

akhirnya nda tau mau buat apa...

1. tidur
2. jalan-jalan
3. semak kertas jawapan budak
4. buat frp
5. teruskan blogwalking
6. rehat di rumah
7. misi mencari misai kucing
8. ntahlah apa lagi....

mcm mo tidur pula ba.....

bukan tiada kerja pun, banyaknya mo settle sebelum cuti bersalin ni..tapi tiada mood! kalau ada mood, sekejap ja boleh siap...hehehehe!

Monday, October 11, 2010

Kerja & Pelajarku.....

Sebelum menjelang bulan November ni, harap-harap semua kerja dapat disetelkan...Markah, kehadiran, semak skrip jawapan dan sebagainyalah.

Cuma yang memeningkan kepala ni, pelajar ni mesti mau dipaksa dan selalu diingatkan untuk hantar tugasan.Yang ambil sambil lewa ja dengan arahan-arahan saya dan yang memang tidak ada kesungguhan untuk buat kerja yang diberikan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah kasihan. Mau lulus, mesti tolong diri sendiri dulu...

Selalu saya ingatkan pelajar dalam kelas, saya akan tolong kamu, kalau kamu tolong diri kamu sendiri. (andaikan, kita mau kasi minum itu lembu air di sungai, kita tariklah macam mana pun, kalau dia tidak mau minum, tidak juga diminumnya tu.) perumpamaan ini selalu saya bagitau dkt pelajar dalam kelas.

Dalam 6 kumpulan, hanya 2 kumpulan yang menghantar tugasan... dalam 28 orang pelajar hanya 3 orang sahaja mendapat markah yang baik dalam kuiz@ujian...

Tiap kali masuk dalam kelas, ditanya soalan yang mudah...lain-lain ja dijawab ba (pening kepala ustazah jadinya ba)..soalan bukan yang nda biasa dijumpa time sekolah rendah...(example : Apa maksud toharah...?, kalau ditanya alat yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak boleh ja dijawab dgn yakin,,,tapi jawapannya mesti yang berkaitan dgn subjek teknikal dorang,.adalah yang menjawab : spanar, tayar, test pen dsb...hahahaha)

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada pelajar-pelajarku untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu Islam. Janganlah jadikan mereka sebagai hambamu yang hanya cintakan ilmu duniawi semata-semata.

p/s : sekadar mengingati saat2 pnp dlm kelas since 2002 until now...bila SMK dah start untuk semua budak2 KK, tiada la lagi situasi2 macam begini...semuanya kerana sistem harus berubah dan Saya Yang Menurut Perintah.


Thursday, September 30, 2010

Meninggalkan Solat Lima Waktu Lebih Besar Dari Dosa Berzina


Para ulama sepakat, bahawa meninggalkan solat fardhu' termasuk dosa besar yang lebih besar dari dosa besar yang lain. 

Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan:  ”Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.” (Ash Sholah, hal. 7)

Dinukilkan oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm rahimahullah berkata:  “Tidak ada dosa yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga habis waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang dibenarkan.” (Al Kaba’ir, hal. 25)

Adz Dzahabi rahimahullah juga mengatakan: “Orang yang mengakhirkan solat hingga habis waktunya termasuk pelaku dosa besar. Dan yang meninggalkan solat secara keseluruhan  -iaitu satu solat saja- dianggap seperti orang yang berzina dan mencuri. Kerana meninggalkan solat atau luput darinya termasuk dosa besar. Oleh karena itu, orang yang meninggalkannya sampai berkali-kali termasuk pelaku dosa besar sampai dia bertaubat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat termasuk orang yang rugi, celaka dan termasuk orang mujrim (yang berbuat dosa).” (Al Kaba’ir, hal. 26-27)

sumber : Internet

p/s : untuk pelajar2 yang dikasihi....dirikanlah solat selagi kita masih diberikan nikmat hidup oleh Allah subhanahu wa ta'ala.

Thursday, July 8, 2010

Kolej Dan Kerja

Minggu depan, semester baru akan bermula....

Transformasi akan bermula
Modular akan bermula
Mengajar akan bermula
Banyak betul perubahan
Sistem selalu berubah

Tunggu ja la kan, macam mana perlaksanaan modular kali ni. Untuk unit pengajian am, tidak tahu lagi macam mana bentuk modular yang kita akan ajar..so, tunggulah. Sementara tu, banyak releks la ni.

Yang penting bagi pandangan saya, ilmu kerohanian tidak boleh tidak mesti di ajar di mana-mana pun Institusi pendidikan. Sekiranya kita hanya memfokuskan ilmu teknikal ataupun pengurusan semata-mata, nanti akan berlaku ketidak seimbangan ilmu.

Akhir-akhir ini, banyak perkara yang tidak kita ingini berlaku di kalangan masyarakat kita. Terutamanya buang bayi....

Jadi, selagi kita sentiasa menerapkan roh agama dan ilmu kemanusiaan dalam diri setiap individu, insyaAllah segala masalah yang timbul dalam masyarakat kita dapat dipulihkan sedikit demi sedikit.

Yang pasti, sebagai orang yang berpendidikan kita mesti sedar bahawa, keruntuhan akhlak masyarakat kita pada hari ini salah satu penyebabnya adalah kerana kita seringkali membelakangkan ilmu-ilmu Islam.

Sedangkan nabi sendiri meninggalkan pesan buat kita, sekiranya kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah selagi itu kita tidak akan sesat.

Tidak ada manusia di atas muka bumi ini yang suka dipanggil binatang, sebab itu ajaran Islam sebenarnya adalah ajaran yang meletakkan manusia itu pada status manusia yang sebenar-benarnya. Kalau kita lihat remaja lelaki sedang buang air kecil tepi highway kemudian kita cakap : "Kau ni macam binatang pula kencing berdiri.." Sudah pasti remaja tadi marah dan menjawab : "kaulah binatang!" atau mungkin juga dia menjawab "bagus-bagus ya bercakap" . Nda kirala apa jawapannya, yang pasti dia akan marah.

Seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat...

p.s : sekadar pandangan ya..