Wednesday, October 13, 2010

Ibu Jari Kaki Sebagai Suis Badan

Salah satu cara nak dapat luar biasa bagus petiklah suis badan kita setiap hari. Semakin kerap kita petik suis semakin baguslah psikologi kita, semakin baguslah kesan harmoni pada diri kita dan insyaAllah sentiasa bagus aura dan arus (Beta, Alpha, Thetha dan Delta) diri kita.

Suis badan kita terletak di tapak ibu jari kaki kanan. Kaedahnya seperti ubat gigi, bila kita picit keluar ubat gigi yang berwarna putih di muncung atas, kan?

Apa yang menyebabkan ubat gigi itu keluar.? Sebab ada tenaga yang menolaknya di bawah. Dari mana datangnya tenaga itu.? Dari picitan. Siapa yang picit.? Kitalah.

Nampak, picitan boleh menyebabkan sesuatu terjadi, pada ubat gigi. Kalau pada ibu jari kaki.? Kaedahnya serupalah, cuma kita tidak nampak apa yang berlaku seterusnya badan kita. Tapi percayalah kita dah buat sesuatu yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk berasa harmoni dan luar biasa bagus.

Setiap nerve atau urat di telapak kaki kita ada kaitannya dengna tubuh badan yang lain. Kadang-kadang bila kita picit dada, contihnya, terasa di paha; kadang-kadang bila kita picit lengan terasa pula di belakang. Setiap manusia normal pasti pernah mengalami keadaan ini.

That shows, there is always good relationship antara bahagian-bahagian tubuh badan kita.

Cuba kita lihat orang yang urut telapak kaki. Dia tidak sentuh yang lain, telapak kaki saja diurutnya. Refleksologi namanya. Sebabnya mereka percaya seluruh tubuh badan kita kontrol suisnya adalah di telapak kaki.

Bagi kita yang beragama Islan, kita cukup beruntung sebab setiap hari kita memetik suis tersebut. Masa bila.? Masa kita solat. Sehari semalam kita solat lima kali tidak campur yang sunat. Kalau tarawih, ada orang buat sampai 20 rakaat, tambah witir tiga rakaat. Banyak kali suis dipetiknya.

Waktu sujud, tekan sampai seolah-olah perut ibu jari dan jari-jari hampir dengannya seolah-olah menjejak lantai. Begitu juga waktu tahiyat akhir, tahiyat awal dan duduk antara dua sujud, betul-betul duduk dan betul-betul patahkan ibu jari kaki. Memang pada mulanya rasa sakit sikit, tapi lama-lama tidak akan rasa apa-apa.

Petikan dari :Jangan Tidak-tidak Oleh Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj

6 comments:

  1. ibu mengandung pun elok buat reflek...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..semuanya ada fungsi..dr hujung rambut sampai hujung kaki

    ReplyDelete
  3. Ibu jari kaki saye pada kedua dua belah berase kebas sentiase. . Mengapa agak nye. .

    ReplyDelete
  4. Kalau barang berat jatuh atas ibu jari kaki, bahaya ke?

    ReplyDelete
  5. Boleh ke kita buat untuk orang yang pengsan berhari hari ?

    ReplyDelete
  6. Boleh ke kita buat untuk orang yang pengsan berhari hari ?

    ReplyDelete