Tuesday, May 24, 2011

Jom Mama2 kita Berjuang

cara mendidik anak ala Rasulullah:

7 tahun pertama : perlakukan dengan lembut tanpa kekerasan,
7 tahun kedua: perlakukan ia sebagai sahabat,
7 tahun ketiga: perlakukan ia sebagai orang dewasa.

Ya, Allah 7 tahun pertama nampaknya, mama fiyan kurang sabar pulanya..kadang2 bila terlalu letih balik dari kerja kelembutan sudah tiada untuk anak2. Ya Allah bantulah kami dalam membesarkan anak-anak...


sedih pula bila baca kisah ni...

Ada seorang ibu bersama anaknya menghadap Rasulullah. Si anak lalu duduk dipangkuan Rasul SAW tiba2 anak tersebut kencing dipangkuan Rasul,melihat kejadian itu si Ibu langsung menarik paksa anaknya dgn marah dan kasar.
lalu Rasulullah berkata: najis di kainku boleh hilang hanya dengan segayung air, namun luka dihati anakmu tak akan hilang walau disiram dengan bergayung2 air.

Selamat berjuang bunda, kerana menjadi ibu yang terbaik dan dicintai Allah memang memerlukan perjuangan keras dan terus belajar.


saya juga sedang belajar,dan ini sedikit ilmu yg selalu saya ingat ketika kesabaran sudah hampir dititik paling hujung saat menghadapi anak-anak.

Abang & Adik

adik faarehah 6 bulan 4 hari. Dah start makan bubur nasi.....
alhamdulillah perkembangan adik faarehah setakat ni, dah pandai duduk, merangkak sampai ke dapur sudah...paling best adik faarehah dah naik baby walker.. ada sudah kawan abang fiyan..hehehehe

adlyna faarehah.....tgk kartun ni!

abang fiyan pula, sejak hantar pi BONDAMAMA ni dah pandai nyanyi lagu papaku pulang dari kota, baca abc, 123 dan boleh juga sebut a i u..ba bi bu..ta ti tu..

kayuh basikal semakin laju pulaknya, kadang siap ajak adik lagi naik basikal...hahahaha, nda sabar mgkn tngu adiknya membesar..

gmbar terbaru adik dan abang fiyan...

baru bangun tidur ba ni, time papa pi trip memancing di Sandakan dgn GM
p/s : Ya Allah ya tuhanku, Engkau jadikanlah anak2ku  ini anak yang baik untuk agamaku, diriku  dan keluargaku. Dan Engkau jadikanlah mereka anak-anak yang sentiasa mendirikan solat dan membaca al-quran.. amin.

mama sayang semuanya!

Monday, May 9, 2011

Dalam Blog Ada Taman...

Tidak perlu mencari secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
jika kasih tak setelus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Amuhammad
jika ada keburukan pada diri,
bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya
dan berdoalah dia milikmu hingga ke syurga
Jom..membina cinta dengan landasan ikhlas
menerima segala kekurangan dan kelebihan dari pasangan kita
mari saling berbagi kasih sayang, jangan saling berkira ya..



p/s : LOVE U PAPA @ ridwan faisal!

Tuesday, May 3, 2011

Pemakanan Bayi Yang Sihat

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?
Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:
  • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
  • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
  • Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.
Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat ?
  • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
  • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi  cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur? 
Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila di pasaran kini wujud pula susu yang kononnya mengandungi semua nutrisi makanan yang lengkap, lalu hanya perlukan susu tersebut tanpa perlu makanan tambahan? Saya betul-betul anti dengan iklan susu itu. Mana mungkin ada susu yang boleh mengandungi kesemua nutrient? Saya teringat kepada cerita cartoon Wall-E. Dalam cerita tersebut, semua manusia (gemok-gemok pula) hanya perlu minum air (entah air apa) sepanjang berada di angkasa lepas dek kerana bumi telah pun punah disebabkan pencemaran. Tak sangka pula susu sebegitu wujud. 
Pemakanan yang sihat bermula dari seorang ibu. Ye, ibu la yang bertanggungjawab menyediakan kesemua nutrisi buat anak-anak. Jangan salahkan sesiapa kalau anak anda tidak suka makan sayur @ buah. Jangan salahkan nursery, sebab semuanya bermula dari rumah. Jika anda gagal sebelum ni, jangan putus asa. Anda masih berpeluang perbaiki untuk anakyang seterusnya. Kita belajar dari kesilapan.
Panduan Memberi makanan kepada bayi
  • Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk  mengelakkannya daripada tercekik.
  • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk  mengelakkan tercekik.
  • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). Saiz kismis sangat bersesuaian untuk dijadikan finger food.
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Walaupun bayi anda masih belum mempunyai gigi, percayalah bahawa gusi bayi sangat kuat dan boleh menghancurkan makanan lembut. Tak percaya? Tanyalah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Memang sakit walaupun hanya digigit menggunakan gusi.
Kekerapan Makanan
UmurSukatan Makanan Setiap HidanganKekerapan Makan SehariKekerapan snek
0-6 bulan
Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi
Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayiPenyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayiPenyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi
6—8 bulan½ cawan bubur nasi2 – 3 kali1 – 2 kali
9 –11 bulan½ cawan bubur nasi pekat3 – 4 kali1 – 2 kali
1 – 3 tahun½ cawan nasi atau 1 keping roti4 – 5 kali1 – 2 kali

Sukatan Makanan

Kumpulan makananKumpulan umur
6-8 bulan
9-11 bulan
1-3 tahun
Bijirin, Sumber bijirin dan ubian1½ cawan bubur pekat2 cawan bubur pekat2 cawan nasi
Sayur-sayuran¼ cawan sayur masak½ cawan sayur masak1 cawan sayur masak
Buah-buahan¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g)1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g)1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g)
Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana)2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur
SusuSusu ibu mengikut kehendak bayiSusu ibu mengikut kehendak bayiSusu ibu mengikut kehendak bayi /3 gelas susu
Lemak, minyak1 sudu teh minyak1 ½ sudu teh minyak1 sudu teh minyak
Pertukaran sukatan:
Sukatan 1 cawan = 200ml
Perhatian:
  • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. Sebabnya ginjal bayi masih belum matang untuk memproses semua tu. Anda juga tak berharap bayi anda sakit awal kan?
  • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. Ini memudahkan bayi menelan sayur kerana sayur berdaun seperti bayam sukar dilerai sekiranya tiada gigi. Hihi.
  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu, untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
  • Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. Maka, susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
  • Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
  • Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. Sabar di sini ialah, sabarlah kemas kekotoran di lantai, dan sabarlah mengejar mereka makan. Hoho.
  • Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
  • Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.  Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan. Puji mereka, ceria-ceriakan muka. Senyum dan ketawa



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Mau Bagi Faarehah Makan...

Faarehah dah masuk 6 bulan. Mama kena siapkan fizikal dan mental untuk bangun lebih awal sediakan makanan baby Faarehah, abang fiyan dan papa.

My mama dkt kampung cakap, bayi kalau baru nak makan, mesti bagi makan labu dulu..so, yang ini akan saya buat..coz hasil dari bacaan, labu memang bagus.!

lagi info tentang makanan bayi, mama fiyan dpt dari sini juga IbuCergas.com seronok  baca blog ibu iman. Best tengok cara ibu iman menyediakan makanan untuk anak.

mcm manalah nak sediakan makanan faarehah kalau hantar pi BondaMama ya...