Monday, October 11, 2010

Kerja & Pelajarku.....

Sebelum menjelang bulan November ni, harap-harap semua kerja dapat disetelkan...Markah, kehadiran, semak skrip jawapan dan sebagainyalah.

Cuma yang memeningkan kepala ni, pelajar ni mesti mau dipaksa dan selalu diingatkan untuk hantar tugasan.Yang ambil sambil lewa ja dengan arahan-arahan saya dan yang memang tidak ada kesungguhan untuk buat kerja yang diberikan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah kasihan. Mau lulus, mesti tolong diri sendiri dulu...

Selalu saya ingatkan pelajar dalam kelas, saya akan tolong kamu, kalau kamu tolong diri kamu sendiri. (andaikan, kita mau kasi minum itu lembu air di sungai, kita tariklah macam mana pun, kalau dia tidak mau minum, tidak juga diminumnya tu.) perumpamaan ini selalu saya bagitau dkt pelajar dalam kelas.

Dalam 6 kumpulan, hanya 2 kumpulan yang menghantar tugasan... dalam 28 orang pelajar hanya 3 orang sahaja mendapat markah yang baik dalam kuiz@ujian...

Tiap kali masuk dalam kelas, ditanya soalan yang mudah...lain-lain ja dijawab ba (pening kepala ustazah jadinya ba)..soalan bukan yang nda biasa dijumpa time sekolah rendah...(example : Apa maksud toharah...?, kalau ditanya alat yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak boleh ja dijawab dgn yakin,,,tapi jawapannya mesti yang berkaitan dgn subjek teknikal dorang,.adalah yang menjawab : spanar, tayar, test pen dsb...hahahaha)

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada pelajar-pelajarku untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu Islam. Janganlah jadikan mereka sebagai hambamu yang hanya cintakan ilmu duniawi semata-semata.

p/s : sekadar mengingati saat2 pnp dlm kelas since 2002 until now...bila SMK dah start untuk semua budak2 KK, tiada la lagi situasi2 macam begini...semuanya kerana sistem harus berubah dan Saya Yang Menurut Perintah.


No comments:

Post a Comment