Wednesday, June 30, 2010

Doa Isteri Untuk Kebaikan Suami

Hadis Riwayat Tirmidzi :

“ Tiada satupun yang lebih mulia bagi Allah melainkan doa. Doa adalah senjata, doa adalah bukti begitu kecilnya kita sebagai hamba. Tidak pantas kita menyombongkan diri kerana hanya kepada Allah sajalah kita memohon pertolongan dan perlindungan. Apalagi doa seorang isteri kepada suami, seperti kisah Nabi Ayub ‘alaihi salam. Ia diuji dengan bencana yang menimpa tubuh badannya. Tubuhnya tidak ada satu lubang jarum pun yang sihat. Tidak ada sesuatupun di dunia ini yang dapat menolongnya, selain isterinya yang tetap memelihara cintanya karena Allah. Isterinya selalu melayaninya dan selalu mendoakan suaminya agar disembuhkan oleh Allah, maka Allah mengabulkan doanya, memper kenankan permohonannya. Lalu Allah memerintahkan Nabi Ayub untuk bangkit dan menjejakkan kakinya ke tanah dan Allah mengeluarkan mata air dari dalam tanah dan menyuruhnya mandi dengan air itu. Lalu, Allah menghilangkan seluruh penyakit yang ada di tubuhnya. Itulah buah dari doa isteri yang solehah. “

Doa Perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki, ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab Baginda, “ Ibu lebih penyayang dari pada Bapa, “ dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Satu Kunci Syurga adalah doa seorang isteri untuk kebaikan suaminya.

Tuesday, June 29, 2010

MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL

Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:

1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
    Tanda-tanda:
  • Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa
  • Oedema (bengkak)
  • Air kencing mengandungi albumin.
  • Pertambahan berat badan yang berlebihan.
Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia).Tanda-tanda “Impending Eclampsia” (akan mendapat sawan):
  • Loya-loya/muntah
  • Sakit sudu hati (epigastric pain)
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Pening kepala yang berterusan

2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes). Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
  • Air kencing mengandungi gula
  • Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
  • Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
  • Anda pernah menghidap Diabetes semasa mengandung yang lalu
  • Obes (berat badan lebih dari 80kg)
  • Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
  • Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
  • Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.

3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.. Antara tanda-tandanya :-
  • Pucat
  • Letih
4. Pendarahan semasa mengandung. Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:
  • Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
  • Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.
  • Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj. Tanda-tandanya :-
      • Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
      • Pucat dan letih
      • Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.

5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
  • sakit semasa kencing
  • demam
  • sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
  • Gatal dikemaluan
  • Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Lelah (asthma), Penyakit Jantung, kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.

Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segala arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.

7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin. Tanda-tandanya adalah:
  • Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
  • Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
  • Tekanan darah menjadi rendah
  • Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.

Sumber :http://www.mahsuri.com.my/blog/tip-kesihatan/maklumat-penting-untuk-ibu-hamil-dan-suami

Mendidik Anak

Saya teringat pesan arwah bapa, anak-anak kecil itu mesti diberikan ilmu agama yang paling utama supaya dia kenal siapa yang menciptanya. Kalau bagus ilmu agamanya insyaAllah dimana pun dia berada pasti boleh menjaga diri. Ilmu agamalah benteng diri, panduan untuk diri. Jadi jangan biarkan adik-adik tidak solat dan mesti belajar menggaji quran supaya kenal alif ba ta... Itulah antara pesanan arwah bapa.

Bila saya membaca banyak blog dan buku tentang pendidikan awal anak, mmglah apa yang dikatakan oleh arwah bapa itu betul 100 peratus. Mungkin saya memang sudah ustazah jadi saya melihat pentingnya pendidikan awal anak ini diterapkan dengan ilmu aqidah.

Tetapi, ada juga anak-anak yang diberikan didikan yang cukup sempurna dengan ilmu agama tetapi tetap tidak dapat menjadi benteng pertahanan kepada perkara-perkara maksiat yang berlaku sekarang ini. Banyak sebab ini berlakukan....antaranya mungkin dari pengaruh tv dan internet.

Saya sebagai seorang mama, tetap tidak lepas dari memikirkan nasib masa depan anak saya. Sebab itu sebagai seorang mama saya akan berusaha untuk menerapkan ilmu yang terbaik untuk anak saya demi keselamatan dunia dan akhirat dan untuk bekalan hidupnya di dunia ini. Mana-mana ibubapa pun, semestinya menginginkan anaknya menjadi soleh kan. Begitula juga dengan saya.

Bila melihat anak membesar depan mata, Mahasuci Allah menjadikan bayi itu sungguh suci dan terpelihara dari dosa. Anak hanya akan ikut apa yang ibubapanya akan buat. Anak saya yang kini berusia 1 tahun 4 bulan telah terbiasa dengan rutin yang kami buat sekeluarga, bila ada sahaja makanan depannya alhamdulillah sudah pandai angkat tangan untuk baca doa, bila bentang saja sejadah dia tahu itu untuk sujud, bila mama buka quran dia tunjuk pakai jari dan ntah apa yang dibaca, bila buka channel ASTRO OASIS segmen indahnya iman, sepanjang masa meletakkan tangan di telinga seolah mengumandangkan azan....

Setiap ibubapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anakkan. Apa cara sekalipun yang kita lakukan sudah pasti ianya mestilah ke arah kebaikan. Yang penting, kita tahu memilih ilmu apakah yang terbaik untuk anak-anak kita. Kartun tidak semestinya baik untuk anak-anak kita....so, kita mesti pandai memilih apakah jenis kartun yang baik ditonton untuk anak kita.

Untuk saya, buat masa ini saya banyak mendownload video belajar membaca alif ba ta melalui youtube, inilah yang sering saya pertontonkan kepada anak saya. Sekarang dia tahu menari ke kiri dan ke kanan, sebab melihat kanak-kanak yang menyanyi alif ba ta itu menari ke kiri ke kanan. Anak memang cepat menirukan. Jadi, janganlah kita memperlihatkan perkara yang tidak baik kepada anak-anak kita.


 anak mama melihat huruf alif berjalan di atas jalan

Yang pastinya anak-anak itu cepat bosan dengan satu-satu perkara, hanya beberapa minit sahaja diperhatikan kemudian buat lagi aktiviti lain. Mama perlu kreatiflah dalam hal inikan...mama download lagi video yang lain agar anak mendapat variasi dalam pembelajaran melalui hiburan.


beberapa minit ja anak mama fokus ni...

biarlah sedikit dan perlahan-lahan yang penting berterusan.






  

Monday, June 28, 2010

Kehendak Allah Melahirkan Alfiyan Faaez

 Dalam Surah An-Nahl ayat 78 dan 79 Allah subhanahu wata'ala berfirman :

وَاللّٰهُ اَخْرَجَكُمْ مِّنْۢ بُطُوْنِ اُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ شَيْــًٔاۙ وَّ جَعَلَ لَـكُمُ السَّمْعَ وَالْاَبْصٰرَ وَالْاَفْـِٕدَةَ‌ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ‏

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan kamu tidak mengetahui suatu apa pun. Serta Dia mengurniakan kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

اَلَمْ يَرَوْا اِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرٰتٍ فِىْ جَوِّ السَّمَآءِؕ مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلَّا اللّٰهُ‌ؕ اِنَّ فِىْ ذٰلِكَ لَاَيٰتٍ لِّقَوْمٍ يُّؤْمِنُوْنَ‏
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.

Manusia merancang Tuhan yang menentukan, anak mama Alfiyan alhamdulillah selamat dilahirkan tepat jam 9.01 pagi pada 25 Mac 2009 melalui pembedahan setelah lewat seminggu, dan setelah induce dan rahim buka hanya 3 cm masih juga tidak keluar. Siapa menyangka anak mama, rupa-rupa telah terlilit tali pusatnya..Masya Allah, kuasa Tuhan kan.

Kontraksi dapat jugalah rasa, cuma sakitnya tidaklah melekat diingatan, yang amat saya ingat ketika dalam labour room dgn kontraksi yang dialami adalah mengharapkan mak ada disisi...iyalah, minta tolong supaya mak masuk kejap tidak dibenarkan..so, kena kuatla melalui saat-saat itu. Lbh kurang jam 12 mlm saya masuk ke labour room, rahim masih buka 3 cm, 3 pagi bukaan alhamdulillah 5 cm...ketika saya tertidur sempat muntah, mungkin keletihan.... bibir tidak berhenti menyebaut nama Allah, doa yang saya print dari laman web DARUS SYIFA tidak berhenti saya baca sehinggalah tertidur...menjelang 6 pagi bayi masih lagi belum keluar.. banyaknya dosa ku ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku (inilah sentiasa berlegar2 dibibir).

Lebih kurang 6 pagi, badan memang lemah sangat tidak bermaya langsung...muntah lagi sekali. Akhirnya tepat jam 7 pagi Dr.Sara bagitau kena emegency ceaser...saya iyakan ja demi keselamatan anak, Dr pun tidak tahu alfiyan sebenarnya terlilit tali pusat itulah susah keluar. Saya bagitau doktor, apa2 hal bincang dengan suami saya...coz lemah sangat kan tidak mampu untuk bercakap. Beberapa minit kemudian, abang dan mak masuk...cemasnya muka abang time tu, mak nangisla apa lagi...saya senyum dekat abang dan bagitau mau ceaser. Abang angguk ja, cemaskan... Ketika abang dan nurse2 membawa saya ke bilik pembedahan, nampak mak menangis memanjang...dia tau mcm mana sakitnya kan. Abang terus mengurus dokumen2 untuk pembedahan..alhamdullilah saya mmg dah sediakan 2 salinan surat pengesahan dari majikan so, senang sikitla kerja abang.

Alhamdullilah untuk layanan di Hospital Tawau ketika itu, amatlah saya berpuasa hati coz kakitangannya very polite spoken...mama kita tukar baju ya, mama kita bagi bius separuh badan ya, mama kita masuk bilik bedah ya...sampailah di bilik bedah, cadangnya mau tengok dari atas macam mana dibedah...tapi ditutup pula mata. Yang terdengar tangisan fiyan...alhamdulillah, anak mama selamat dilahirkan. Saya ditolak keluar, atenden hospital datang...mama kita kasih panas badan ya...mama ini anaknya, punyalah kuasa Allah tidak terhingga... ALLAH MENGETAHUI APA YANG TIDAK KITA KETAHUI, MANUSIA MERANCANG DAN BERUSAHA, ALLAH JUALAH PENENTU SEGALANYA.

Beberapa jam selepas itu, saya tidak sedarkan diri..wahh..mau bergerak rupanya susah sangat selepas bedah ya, tapi jururawat bagitau kena bergerak kalau tidak bergerak lagi sakit. So, sedar dari pengsan mgkn tu kan yang tidak sedarkan diri berjam2 lapar pula..alhamdulillah ketika dalam wad tu ada adik sepupu pula bertugas. Minta tolong dialah ambik kan makanan... Saya kuatkan diri untuk bangun dan bergerak. Alhamdulillah saya dapat lakukan...adik sepupu bagitau anak kakak hensemboy macam papanya, rambutnya berdiri-diri macam papanya juga..selamat dilahirkan dengan 3.1kg. Fiyan sudah trmakan najiskan so dia diletakkan diwad bayi..Saya cekalkan hati dan paksa diri untuk bergerak tingkat atas lawat anak dan menyusukan bayi. Melihat sahaja wajah fiyan..saya nangislah, apalagi hujan turun dengan lebatnya.. tiada juga orang tengok kan. Abang time tu belum datang, coz blm sampai masa melawat.. Syukuralah alfiyan sihat walafiat..

dan sekarang fiyan mmg aktif betul, mgkn itu sebabnya susah mau keluar!

Saya bagitau abang, kita perlu bersabar dengan apa yang telah terjadi bukan kita minta untuk dibedahkan..tapi itu semua urusan Allah, kalau kita sabar...mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Ataupun, inilah caranya Allah menghapus dosa-dosa kita.

Dan sekarang mama mengandung lagi untuk adik fiyan... hehehehe!

8P Tip kebahagian rumahtangga

 1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.


Dua-duanya anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya.

p/s : mama sayang papa dan fiyan

Sunday, June 27, 2010

Solat

Allah subhanahu wata'ala berfirman :

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
 yang demikian itu sungguh berat, melainkan bagi orang-orang yang khusyuk"

(Surah Al-Baqarah :45)


Allah subhanahu wata'ala berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar..."

(Surah Al-Baqarah:153)

Allah subhanahu wata'ala berfirman :

"Suruhlah keluargamu solat dan bersabarlah melakukannya, Kami tidak akan
menanyakan rezeki kepadamu, malah Kami yang akan memberi rezeki kepadamu,
dan akibat yang baik itu hanyalah bagi orang yang bertakwa..."

Di dalam kitab As-Sunan disebutkan :

"Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam mendapat kesusahan,
baginda segera mengerjakan solat." 

Solat itu membawa rezeki, menjaga kesihatan, melenyapkan gangguan, menolak penyakit, menguatkan hati, mencerahkan wajah, menyenangka jiwa, menghilangkan kemalasan, memotivasi organ tubuh, meningkatkan stamina, melapangkan dada, menyuntik zat pada rohani, menyinari jiwa, memelihara nikmat, menghilangkan bencana, membawa berkat, menjauhkan pelakunya dari syaitan dan mendekatkannya kepada Allah Yang Maha Pemurah.

Kesimpulannya solat memberi kesan dan pengaruh yang ajaib sekali untuk menjaga kesihatan jasmani dan rohani serta mempertahankan stamina dan melenyapkan segala bentuk unsur yang membahayakan. Apabila ada dua orang yang sama-sama ditimpa musibah atau diserang penyakit, bala dan cubaan, pasti yang mengerjakan solat di antara kedua-duanya akan merasa lebih ringan.

Solat juga memberi kesan dan pengaruh lain yang juga luar biasa bagi menolak pelbagai keburukan di dunia, terutama sekali bagi mereka yang telah mampu mengerjakan solat dengan sempurna zahir mahupun batin. Merekalah yang dapat menolak pelbagai keburukan, dan mendapat berbagai kebaikan duni adan akhirat. Tidak ada yang boleh dilakukan untuk mendapat semua itu melainkan solat.

Rahsianya adalah bahawa solat itu merupakan tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Sejauh mana kuatnya hubungan antara hamba dengan Tuhannya, sejauh itu pula akan dibukakan baginya pelbagai pintu kebaikan dan dijauhkan darinya pelbagai pintu keburukan serta dilimpahkan kepadanya taufik dari Tuhannya. Keselamatan, kesihatan, harta, kekayaan, rasa lapang, nikmat, kegembiraan dan kesenangan serta segala sesuatu akan hadir di hadapan mereka dan datang kepada mereka.

Solat itu ubat paling mujarab mengusir kesedihan...Dirikanlah solat, nikmatnya hanya dapat dirasai bagi mereka yang mendirikan solat dengan ikhlas keranaNya.

Saturday, June 26, 2010

Untuk Papa

Papa tanya : besday siapa ada kek? mama jawab : Untuk papalah.
Bukan untuk fathers day pun, coz everyday kami perlukan papa dan setiap hari mama n fiyan sayangkan papa. So, kek ni untuk papa makan..kan selalu buka peti sejuk tanya :
 tiada kek ka? bah, kek ni mama tempah dari Aku Zack dengan harga RM30 dari hari isnin lagi.


FIFA worldcup 2010 kan..so, kek pun jadi bola la..


Blueberry Cheez Cake


Papa N Fiyan di dewan masyarakat sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H


Sampai tidur tunggu keputusan sepanduk Kolej Mama kan..
alhamdulillah tempat ke3 untuk tahun ini.

p/s : mama n fiyan sayang papa..

PANDUAN PEMAKANAN IBU MENGANDUNG

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
•Berat bayi : 2.5 – 3 kg
•Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan:2.75-3kg
•Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
•Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
•Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
•Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
•Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
•Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung


Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

•Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan hari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
•Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
•Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
•Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
•Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang
sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

•HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
•Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Sumber : http://comelnya.com/mengandung/panduan-pemakanan-ibu-mengandung

Friday, June 25, 2010

BERLAPANG DADA ITU ADALAH YANG TERBAIK

Kawan-kawan baru balik dari rumah, nasib baik ajak dorang makan-makan dekat BSI ni..kalau tidak tentu lagi sedih, orang makan dorang tidak. Tapi tidak apa, boleh juga dapatkan makanan lainkan.. so, jgn sedih coz rezeki Allah itu ada dimana-mana, lapangkan dada dan sentiasa berfikiran positif.

Manusia merancang Allah yang menentukan, sudah gerak hati mau masak2 untuk kawan-kawan, almaklumla Fara, jaja, shifa, rini, sute, sidar dan yang tidak hadir sabe...mmglah suka sangat kalau kumpul2 pas tu makan2 dan ketawa2. Syukur alhamdulillah terlaksana juga makan2 tadi ya. Untuk kawan2 yang diredhai Allah, apa2 hal yang menyedihkan dan menyakitkan hati jangan disimpan di dalam hati ambil ianya jadi panduan dan pengajaran dalam kehidupan.

Manusia di sisi Allah itu sama sahaja, yang membezakan adalah amal dan iman. Tidak perlu ada dendam atau dengki sesama manusia kerana pendengki dan pendendam itu adalah seperti makanan masin yang sentiasa merapuhkan tulang.

Sentiasa berlapang dada dan berfikiran positif. Keadaan dunia ini penuh kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa, banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesulitan. Dan kita adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran. Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Bahkan, kadangkala justeru pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak kita sukai. Maka dengan itu, padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya.

Allah menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua hal yang saling berlawanan, dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan. Yang baik dan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagiaan dengan kesedihan. Dan setelah itu , allah mengumpulkan semua yang baik, kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga. Sedangkan yang buruk, kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.

Kita lalui hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan larut dalam khayalan dan jangan menerawang ke alam imaginasi...(untuk JAJA jangan suka berkhayal yang bukan-bukan ya). Hadapi kehidupan ini dengan apa adanya.

Menjadi insan yang sederhana dan mencintai Allah itu adalah yang terbaik.

Wednesday, June 23, 2010

Malaikat maut memerhati wajah manusia 70 kali dalam sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.
SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.
Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

Petikan dari : http://dakwah2u.blogspot.com/2010/04/malaikat-maut-memerhati-wajah-manusia.html

Tuesday, June 22, 2010

CARILAH REZEKI TETAPI JANGAN TAMAK

Ulat yang ada di dalam tanah diberi rezeki oleh Tuhan semesta alam

"Dan tidak ada suatu binatang yang melata pun di bumi ini dan burung yang terbang melayang dengan kedua sayapnya melainkan mereka makhluk-makhluk juga seperti kamu (dalam hal mendapatkan rezeki) (al-anfal :38)

Burung yang berada di dalam sarangnya juga diberi makan oleh Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Pembalas kebaikan

Sebagaimana burung yang diberi rezeki, yang terbang berangkat dengan perut kosong dan kembali dengan perut kenyang. (al-Hadith) 

Ikan yang berada di dalam air juga diberi rezeki oleh Tuhan Penguasa Langit dan bumi

....padahal Dia memberi makan dan tidak diberi makan....(al-An'am :14)

Sementara itu kita manusia lebih suci dari ulat, burung dan ikan. Tidak usahlah kita bersedih hanya kerana soal rezeki.

Ramai orang yang hidupnya diliputi kemiskinan, kesusahan dan tekanan hidup hanya kerana mereka jauh dari Allah. Misalnya ada orang yang kaya, rezekinya melimpah ruah, badannya sihat dan mendapat kebaikan dari Tuhannya. Kemudian, ia berpaling dari ketaatan, sering meninggalkan solat dan sering melakukan dosa-dosa besar. Maka Allah akan mencabut kesihatannya dan keluasan rezekinya dan menimpakan kepadanya kemiskinan, kesedihan dan kegundahan sehingga dia selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan dan bencana demi bencana.

Dan barangsiapa berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit...(Thaha :124)

Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada mereka sendiri...(al-Anfal:53)

Dan apa saja yang menimpa kalian, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagahian besar (dari kesalahan-kesalahanmu) (asy-Syura:30)

Dan bahawasanya jikalau mereka (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak) (al-Jin :16)

Jangan Bersedih, Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan

Oleh : Dr.'Ayidh Bin 'Abdullah Al-Qarni