Thursday, November 4, 2010

Allah Memanggil Kita 3 Kali Sahaja Seumur Hidup

Ibu berkata : "Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup"
 
Keningku berkerut: "Sedikit sekali Allah memanggil kita"

Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala.

1) Panggilan pertama adalah Azan, ujar Ibu.

"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti".

Saya terpaku…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah…….

Ibu melanjutkan,

2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Caranya bermacam-macam. Yang tidak mempunyai duit pasti memiliki duit, yang tidak pernah merancang, ternyata akan pergi, ada juga yang memang merancang untuk pergi dan ia terkabul.

Ketika kita meletakkan niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ……..Subhanallah…… .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. …Alhamdulillah…

3) ‘Dan panggilan ke-3, Ibu meneruskan kata-katanya, ‘adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada apa keadaan sekalipun, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. ..

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hati dan sikap yang Husnul Khotimah…. …….Insya Allah syurga adalah balasannya.. …’

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: "
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?’

Huraisy pun menjawab, ‘Aku mau mencari lima orang:

Pertama, orang yang meninggalkan solat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

p/s : bestnya baca artikel ni... tq utk website ini

Wednesday, November 3, 2010

Anak Mama...

kemarin Fiyan kawankan mama pi klinik
pastu pi RHB bank...

antara aksi-aksi Fiyan yang memenatkan mama semasa di RHB bank..
1. kacau orang bank
2. mau matikan suis komputer org bank
3. bergurau dgn security bank
4. susun sandal mama n sandal Ben 10 nya
5. pakai sandal mama pas tu jalan ke sana ke mari
6. main dengan banner RHB bank sampai mo rosak.


Letihnya mama, kawal Alfiyan ni...bawa dia pi makan di SCR, di Estern Plaza
dibikin macam rumahnya itu Estern Plaza.
Time beli baju adiknya (di servay, EP) mama terhidu sesuatu pula...
hehehe..Alfiyan membuang.

Hahaha...anak mama ni! singgah kolej jap, mama solat dan ambik kertas jawapan budak
masuk surau, lagi nda pandai diam anak mama ni, sampai terjatuh dek licinnya tempat mengambil wudhu'.
Nangis kejap ja...masuk kete...mgamuk minta susu...
ternyata dia terlalu letih. lalu dia tertidur....

sayang anak mama! banyak kali jg mama marah Fiyan semalam bah..

Tuesday, November 2, 2010

minggu ke 38....


Hari ni, mama fiyan mau ke klinik for routine check up lagi....
Kalau tengah tunggu hari ni, mmg tiap minggulah kena pi klinik...

demi kesihatan bb dlm kndgn n kshtn diri sndr mestilah kuatkan diri pi klinik.
lagipun, sebenarnya tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga Ridwan Faisal ni..

Keadaan Janin : 

Pada saat ini bayi Ibu akan memiliki berat sekitar 2.8-3 kg dengan panjang total 47 cm. Lingkaran kepala dan lingkaran perut bayi Ibu memiliki ukuran yang sama. Verniks kaseosa hampir seluruhnya menghilang dari tubuh bayi Ibu saat ini.

 

Keadaan Ibu : 

Pengukuran simfisis pubis sampai bagian atas rahim mencapai 36-38 cm saat ini. Kerana janin yang sudah cukup bulan, Ibu dapat merasakan pergerakannya lebih kerap. Umumnya Ibu hamil pada minggu terakhir tidak akan bertambah besar. Kontraksi palsu akan semakin sering terasa. Doktor juga akan mengevaluasi kadar zat besi pada tubuh Ibu. Jangan sampai Ibu mengalami anemia mudah lelah dan dikhawatirkan tidak akan kuat saat bersalin nanti.

info ni mama ambik dari internet ja...

Monday, November 1, 2010

4 Jenis Ibu

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:

1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA..
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran..

Blog Papa...


mama create satu lagi blog.... tapi blog tu papa punya!

kawan-kawan blhla dtg ziarah-ziarah blog Papa Fiyan. 
but it's still in progress ba.....hehehehehe!

sharing knowledge, hobbies n families activities...


Saturday, October 30, 2010

Punca-punca Anak Derhaka

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." dimana yang nak dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?

Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA


Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA


"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail,suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai dak pakat elok-elok.... 

sekian

wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....

Sedutan dari ceramah Dr. Fadhilah Kamsah

Fadhilat Surah Al-Baqarah

Di antara fadilat surah al-Baqarah seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Kathir :

1. Daripada Ma'qal bin Yasar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Surah al-Baqarah sebagai bonggol al-Quran (puncak seperti di belakang unta yang paling tinggi). (Riwayat Imam Ahmad seperti lafaz ini juga daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Tirmizi).

2. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Jangan kamu jadikan rumah-rumahmu seperti perkuburan kerana rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah tidak dimasuki syaitan. (Riwayat Muslim, Tirmizi, an-Nasai' dan Imam Ahmad dalam Musnadnya. Tirmizi berkata, hadis hasan sahih).

3. Daripada Anas bin Malik katanya, Sabda Rasulullah s.a.w., Sesungguhnya syaitan keluar dari rumah apabila mendengar surah al-Baqarah dibaca.

4. Daripada Abu Ubaid daripada Abdullah bin Mas`ud katanya, `` Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang didengar padanya surah al-Baqarah.'' (Riwayat an-Nasai' dalam Al-Yaum wa Lailah, al-Hakim dalam Mustadrak katanya, sahih isnad.

5. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. pernah menghantar pasukan dan dilantik orang yang paling muda menjadi ketua disebabkan beliau menghafaz surah al-Baqarah. (Riwayat Tirmizi, an-Nasai' dan Ibnu Majah).

6. Daripada Asyad bin Khudair katanya, ketika beliau sedang membaca al-Baqarah pada suatu malam, tiba -tiba kudanya yang ditambat melompat-lompat, lantas dia berhenti dan kudanya pun berhenti, sebaliknya apabila dibaca kudanya terus melompat. Kemudian dia melihat ke langit seperti gugusan cahaya lampu. Keesokan pagi dilaporkannya kepada Rasulullah s.a.w., dia ditanya, Adakah kamu tahu itu semua?'' Jawabnya, ``Tidak'' Sabda Rasulullah s.a.w. ``Itulah malaikat yang turun mendengar suaramu, sekiranya kamu membacanya sampai pagi nescaya orang ramai dapat melihat cahaya tersebut. (Riwayat Bukhari).

7. Daripada Buraidah katanya, Aku duduk di sisi Nabi s.a.w. dan mendengar baginda bersabda, Pelajarilah surah al-Baqarah kerana mengambilnya adalah berkat dan meninggalkannya adalah kerugian dan lemah dikuasai oleh tukang sihir atau syaitan. (Riwayat Imam Ahmad).

Sebenarnya terdapat banyak lagi hadis-hadis berhubung kelebihan surah al- Baqarah. Tetapi yang lebih penting adalah amalan bacaan, bukan semata-mata maklumat.

sumber : sini