Wednesday, July 14, 2010

Adab Berdoa

Jom rakan-rakan sekalian kita perbanyakkan berdoa kepada Allah subhanahu wa ta'ala, mohon dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak kita ingini, jauh dari sifat-sifat mazmumah seterusnya mohon dianugerahkan sifat-sifat mahmudah...Sebelum itu, kita mesti tahu dulu ada-adabnya ya.


Dalam mengemukakan permohonan dan doa kepada Allah hendaknya disertai dengan adab diantaranya :- 
  1. Menjauhi yang diharamkan, baik makanan, minuman dan pakaian
  2. Dengan ikhlas hati
  3. Lebih baik didahului dengan solat seperti yang diriwayatkan oleh Abi Darda, bahawa Rasulullah sallalahu 'alihi wasallam bersabda : "Siap berwudhu' dengan baik kemudian solat dua rakaat, setelah itu berdoa, maka Tuhan akan memperhatikan permintaannya, diberiNya dengan segera atau ditangguhkanNya.
  4. Mengucapkan kalimah tahmid (Alhamdulillahi rabbil 'aalamiin), selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad sallalahu 'alihi wasallam pada awal dan akhir doa.
  5. Khusyu' dan tenang
  6. Dengan suara rendah dan mengharap sepenuh hati.
  7. Mengulangi beberapa kali dengan tidak berputus asa
  8. Menyerahkan hati sepenyhnya kepada Allah
  9. Jangan berdoa untuk melakukan dosa@maksiat
  10. Jangan bekata : "Aku telah berdoa tetapi tidak pernah diperkenankan Tuhan."
Dipetik dari kitab TUHFATUDZ DZAAKIRIIN

Saturday, July 10, 2010

Baju Fatimah Az-Zahra' Radhiallahu 'Anha

Dikirim oleh peribadirasulullah di Disember 8, 2009

Saya menjumpai artikel ini dari website Ustaz Halim...dan sememangnya, saya amat suka membaca blog beliau kerana banyak sekali bahan-bahan yang bermanfaat untuk dibaca.


Diantara barang-barang peninggalan dari bilik Rasulullah saw yang dibawa dari Madinah Munawwarah ke Turki ialah kotak Fatimah Az-Zahra’ yang beliau sendiri gunakan. Di dalamnya terdapat beberapa barang-barang peribadi Fatimah diantaranya baju, jubah, perkakas, beberapa pakaian beliau. Kesemua barang-barang tersebut kini dipamerkan di bahagian “Barang-barang dari Tanah Suci” di Museum Istana Tub Kabi di Istanbul. Ini adalah baju Fatimah Az-Zahra’ seperti yang disandarkan kepadanya. Adapun tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang dilukis di baju tersebut pada asalnya tidak ada di zaman Fatimah ra, akan tetapi dimasukkan pada masa selepas beliau. (Terjemah Ustaz Halim http://www.inijalanku.wordpress.com/).



من ضمن كنوز الحجرة النبوية التي نقلت من المدينة المنورة لتركيا

صندوق السيدة فاطمة الزهراء الذي كان يستخدم منها شخصـــياً

وفي هذا الصندوق العديد من المتعلقات الشخصية للسيدة فاطمة

منها قميص وجبة وبعض أجزاء من أدواتها وملابسها المختلفة التي

تنسب لها وجميعها معروضة حاليا في جناح الأمانات المقدســـــة

في متحف قصر توب كابي في اسطنبول

وهــــــذا قميص فخر النساء ( فاطـــمة الزهـــراء ) كما يطلق عليه والكتابــات

والرسوم التي على القميص لم تكن موجودة أصلا في حياتها رضي الله عنها

ولكن تم إضافتها في عصور متأخرة




sumber : http://inijalanku.wordpress.com/

Keutamaan Al-Quran, Ilmu Dan Ulama

Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam bersabda :-
"Siapa membaca Al-Quran lalu berpendapat bahawa orang lain diberi yang lebih utama dari yang diberikan kepadanya, bererti dia telah meremehkan keagungan Allah subahanahu wa ta'ala."

Sabda beliau :
"Tidak ada pemberi syafaat yang lebih terutama tempatnya di sisi Allah daripada Al-Qur'an"

Sabda beliau pula :
"Ibadah yang utama bagi umatku adalah membaca al-Quran."

Juga sabda beliau :
"Yang lebih baik di antara kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya."

Sabda beliau lagi :
"Sesungguhnya hati dapat membeku seperti besi." Ditanyakan :"Bagaimana cara melembutkannya.?" Beliau menjawab : "Membaca Al-Quran dan mengingati maut."

Telah berkata Fudhail bin 'Iyad : "Orang yang hafal Al-Quran adalah pembawa bendera Islam. Tidak patut ia melambatkannya bersama orang yang lambat, atau lupa bersama orang yang lupa, atau pula bersuka-suka , demi mengagungkan hak Allah." Dia berkata juga : "Siapa membaca akhir surah Al-Hasyr di pagi hari lalu mati, Allah mengecapnya setaraf para syuhada dan bila di petang hari lalu mati, juga Allah mengecapnya setaraf dengan para syuhada."

Tentang keutamaan ilmu dan ulama banyak disebutkan oleh beberapa hadis.

Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam bersabda :
"Jika Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, Dia memahamkannya pada agama
 dan mengilhamkannya pada petunjukNya."

Beliau bersabda :
"Ulama adalah pewaris anbiya."

Tidak ada tingkatan yang lebih tinggi daripada tingkatan nubuwwah, moga tidak ada yang lebih mulia daripada kemuliaan pewaris tingkatan ini.

Rasulullah sallallahu 'alihi wasallalm bersabda :
"Manusia yang terutama adalah orang mukmin yang alim, jika diperlukan dia memberi ,
 jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri.'

Beliau bersabda lagi :
"Darjat manusia yang terdekat kepada nubuwwah, adalah orang yang ahli ilmu dan jihad.
 Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para rasul. Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang dibawa oleh para rasul dengan pedangnya."

Telah bersabda Rasulullah sallahu 'alihi wasallam :
"Kematian orang sekampung lebih ringan daripada kematian seorang yang alim."

Beliau bersabda lagi :
"Pada hari kiamat ditimbang jumlah ulama dengan darah syuhada."

Beliau bersabda lagi :
"Orang alim tidak akan kenyang ilmu sebelum samapi ke syurga."

Beliau bersabda lagi :
"Kebinasaan umatku terletak pada dua hal, meninggalkan ilmu dan mengumpulkan harta."

Juga beliau bersabda :
"Jadilah orang alim, atau belajar, atau pendengar, atau pula pencinta. Jangan jadi yang kelima, iaitu pembenci. Maka kau akan binasa."

Sabda beliau lagi:
"Kebinasaan ilmu adalah mereka-reka."

Dalam kalam hukama disebutkan: "Siapa mencari ilmu untuk meninggikan kedudukan, dia akan kehilangan petunjuk dan siasat.

Dalam surah Al-A'raf ayat 146 yang bermaksud :
"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong
di muka bumi tanpa kebenaran."

Imam Asy Syafie mengatakan :
"Siapa belajar Al-Quran besarlah harganya. Siapa belajar feqah agung wawasannya. Atau siapa belajar hadis, kuatlah hujah-hujahnya. Siapa belajar ilmu hisab cerahlah otaknya. Siapa mempelajari yang pelik lembutlah wataknya. Dan siapa tidak menahan nafsunya,
akan tidak bermanfaat ilmunya."

Hasan bin Ali radhiallahu 'anhu berkata :
"Siapa banyak menggauli ulama lepaslah ikatan lidahnya, terbuka tabir hati nuraninya serta menemukan tambahan dalam dirinya. Bahkan dia punya kemampuan terhadap apa yang diketahuinya dan dapat pula memanfaatkan untuk terus belajar."

Sumber : Penenang Jiwa Oleh Imam Al-Ghazali

Friday, July 9, 2010

Give Away I Love You


 
Sebenarnya, ini adalah pertama kali saya join contest macam ni. Kalau menang Alhamdulillah, kalau kalah... tidak mengapa yang penting dapat kenalan ramai dan dapat berkongsi pengalaman dan cerita dengan blogger yang lain.. And, thanks tu Ibu Iman coz dapat info contest ini dari blognya.

Giveaway ini dianjurkan oleh Ummi Dania Yasmine. Untuk maklumat lanjut silalah klik di sini.

Ini adalah gambar anak mama, Alfiyan Faaez ketika bercuti sempena Pesta Kaamatan di Taman Buaya, Sandakan, Sabah pada bulan Mei yang lepas.

Biar panas, berpeluh serta letih pusing-pusing dekat taman buaya ni, anak mama tetap seronok.

Anak mama happy, mama pun happy...!


 




Alfiyan Bangunkan Mama...

Subuh ni Alfiyan bangunkan mama, ma... ma... ma...sambil angkat kepala mama dari bantal. Sakitnya rambut ditarik bah. 2 malam berdua ja, papa masih outstation ke Sandakan. Kalau tidak, mesti naik badan papanya main kuda-kuda

Anak mama belum lagi lancar bercakap bah, nda lama la tu kan... bising sudah tiap-tiap hari, ntah apa dibebel. Macam papa, kuat bercakap!

snap ja, mata tertutup..baru bangun terus mama ambik gmbr


snap lagi, tutup mata...

Jam 3.37pagi bangun tetap juga awal bangun ba.... gud boy!

Peria

Kemarin tengah meeting pendaftaran dan msk, duduk dekat dengan Fara. Boraklah sambil dengar pengerusi berucap. Tiba-tiba dia sebut pasal kerabu peria...almaklumlah antara kawan-kawan kami, kami berdua ja gila makan makanan pahit macam tu. Tapi kemarin makan tengah hari dengan Sabrina dan Sute di atas pasar gantung depan servay, boleh ja Sabe makan peria... Dia cakap, nda pahit ini peria kak, manis-manis pahit, saya pun rasalah..mmgla rasa peria begitu.

Berbalik kepada cerita peria dengan Fara tadi, dia teringin sangat makan kerabu peria macam dekat rumah Irwan time dia kenduri pindah rumah baru hari tu. Saya pun tanyalah apa bahan-bahannya. Dia bagitau ada mangga, bawang, ada pedas-pedas sikit dan ada peria la...

oooo...Petang kemarin, balik dari kerja saya pun singgah tepi Yong Song beli sayur peria, inlah peria itu..belum lagi dibuat kerabu. Belum pasti lagi bah resepinya...


coz, belum pasti lagi macam mana mau buat kerabu peria, so baik kita cari khasiat peria dulu ya...:

Rupanya menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.


Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria:

• Pilih peria yang belum masak dan masih keras

• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.

• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.

• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.

• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.

• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

sumber : internet

p/s : utk fara : memang sesuailah untuk kita makan coz kita kan ada history diabetes... hehehehe

Ambillah Hikmah Dari Setiap Kejadian

Orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan. Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertompok dan berlipat ganda.

Ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam diusir dari Mekah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunkan Madinah menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.

Ahmad Bin Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi kerana itu pula ia kemudian menjadi imam salah satu mazhab. Ibnu Taimiyyah pernah di penjara, tetapi justeru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya. As-Sarakshi pernah dikurung di dasar perigi selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak 20 jilid. Ketika Ibnul Atsir dipecat dari jawatannya, ia berhasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan An-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam hadis. Demikian halnya dengan Ibnul Jauzi, ia pernah diasingkan dari penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tidak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman 'Abbasiyyah. Lalu ketika semua anak Abi Dzuaib Al Hudzail mati meninggalkannya seorang diri, ia justeru mampu mencitpakan nyanyian-nyanyian puisi yang mampu menutup mulut para pendengarnya, membuat setiap pendengarnya tersihit, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.

Begitulah, ketika ditimap sesuatu musibah, kita harus melihat dari sudut yang paling terang darinya, ketika seseorang memberi kita segelas air limau, kita perlu menambah sesudu gula ke dalamnya, ketika mendapat hadiah seekor ular dari seseorang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain, ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahawa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh kita dari bahaya bisa ular.

Kendalikan diri kita dalam berbagai kesulitan yang kita hadapi. Dengan begitu, kita akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami. Dan Allah berfirman yang bermaksud..

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu..." (Al-Baqarah :216)

Sebelum terjadi revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjara dua sasterawan terkenalnya. Salah seorang dari keduanya sangat optimis dan seorang lagi pesimis bahawa revolusi dan perubahan akan segera terjadi. Setiap hari keduanya sama-sama menjengkukkan kepala melalui sel-sel gegeraji penjara. Hanya saja, sasterawan yang optimis selalu memandang ke atas dan meihat bintang-bintang yang gemerlap di langit. Dan kerana itu ia selalu tersenyum cerah. Adapun sasterawan  yang pesimis, ia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara, dan kemudian menangis sedih.

Begitulah, sebaiknya kita selalu melihat dari sudut lain kesedihan itu. Sebab, belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.

p/s : sentiasalah optimis