Wednesday, September 8, 2010

Kami Berbuka Puasa Di Highway

Kemarin petang, kerana terlalu letih mama ajak papa berbuka puasa dekat Sabah Chicken Rice. Memandangkan SCR fullhouse sudah time kami sampai, so kami pun belilah dulu air minuman dan sedikit kuih untuk berbuka di bazar ramadhan depan Sabindo.Pusing-pusing bandar Tawau, akhirnya kami 3 beranak pun berbuka puasa di highway. Seronok juga berbuka di sana....ada laut, kapal laut, pete' pete', sampan, angin yang menyamankan dan yang paling best, coz fiyan bebas kesana kemari dengan penuh kegembiraan...sepanjang petang tu, gembira betul Alfiyan ba dengan mulutnya yang sentiasa bercakap (ntah apa ja yang dicakapkannya).
papa & fiyan


mama & fiyan
buka puasa sudah....

posing fiyan...
alhamdulillah, air tebu dan kuih gatas pun cukup sudah bikin kenyang
ikut gaya papanya la ni...
bestnya mama..duduk mcm ni!

Habis berbuka, kami pi solat maghrib dulu dekat masjid depan servay...masih kenyang jugakan.Bergilir2 la dengan papansolat, tiada jaga fiyan kan. Selesai ja solat, kami pun pi lah SCR untuk makan berat pula. Alhamdulillah, tengah makan ada pula kawan abang belanja....fiyan siap kacau budak2 perempuan pula, nda taulah apa bahasanya...bercakap terus atas baby chair dalam SCR tu.

p/s : kejap ja bandar Tawau sunyi, lepas ja berbuka...jalan dekat servey mula sesak..tidak sampai pun 1 jam, servay sudah mula penuh. Inilah kemeriahan menyambut syawal kan...

Monday, September 6, 2010

Sifat Tidur Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam



  • "Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidur awal malam dan bangun di akhir malam" (HR Muttafaq 'Alaih)
  •  Apabila Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berbaring, baginda membaca :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ                  
Ertinya : Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan mati

           Dan ketika bangun , baginda membaca :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
         Ertinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadanya kita dibangkitkan

  • Apabila berbaring mengiring, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam meletakkan tapak tangannya dibawah pipi kanannya lalu membaca :

Rabbi qini 'azabika yauma tab'athu 'ibadika
Ertinya : Ya Rabbi, peliharalah aku dari azabMu pada hari Kau bangkitkan hamba-hambaMu
  • Rasulullah sallalahu 'alaihi apabila berbaring di tempat tidurnya setiap malam, baginda menghimpun kedua tapak tangannya lalu meniup keduanya dan membaca  surah al-ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas lalu mengusapkan kedua tangannya ke tubuh dimulai kepada dan muka dan bahagian depan dari badannya. Itu baginda lakukan 3 kali. (HR.Muttafaq 'alaih)
  • "Bantalnya yang baginda tiduri dibuat daripada kulit yang isinya sabut." (HR Muttafaq 'alaih)
  • "Adalah alas tidur Rasulullah terdiri dari kulit yang berlapis sabut."
  • Aisyah radhiallahu 'anha berkata :
           "Wahai Rasulullah, kau tidur sebelum witir?. Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : sesungguhnya kedua mataku tidur, tapi hatiku tidak." (HR. Muttafaq 'alaih)

Rujukan : Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW. Disusun oleh Muhammad Abd. Wahab

      Sunday, September 5, 2010

      Syaitan Dalam Kehidupan Manusia

      MUKADDIMAH
      Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:
      إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً

      Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir) 

      Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.

      SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG
      إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه

      “ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
       
      SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA
      Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

      ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه

      “ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”(Hadis sahih Bukhari dan Muslim.)

      SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP
      إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل 

      “ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” (Hadis sahih Muslim)

      SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

      Nabi saw bersabda:

      ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه

      “ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” (Hadis riwayat Ahmad.)

      MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

      Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:


      لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان

      “Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” (Hadis sahih Bukhari.)

      Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.

      SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

      Nabi saw bersabda:


      لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

      “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” (Hadis sahih Muslim)

      Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.

      SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

      إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء

      “ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” (Hadis sahih Muslim 2018).

      MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN


      إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان

      “ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.” (Hadis sahih Muslim 2034)

      SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

      Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:

      “ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

      Rasulullah saw pun menjawab:

      ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك 

      “ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

      Amru berkata:
      “Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” (Hadis sahih Muslim)

      MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN

      Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri:

      “Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”

      Dia menjawab “Tidak”

      Nabi saw bersabda:

      قد شرب معك من هو شر منه الشيطان

      “Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” (Hadis Ahmad –sahih.)

      SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

      Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

      لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب

      “ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” (Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih)

      PENUTUP
      Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

      إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني

      “ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.” (Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan)

      Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

      Saturday, September 4, 2010

      Zakat Fitrah

      Zakat fitrah dikatakan juga zakat badan. Hukumnya wajib ke atas tiap-tiap orang yang mukallaf. Beliau mestilah mengeluarkan satu gantang daripada makanan yang boleh mengagahkan tubuh. Dibolehkan mengeluarkan zakat fitrah bagi dirinya sendiri dan juga bagi diri orang lain di mana menjadi kewajipannya untuk menanggung perbelanjaan mereka dari kalangan isi rumahnya. Ataupun dengan sejumlah wang yang menyamai harga pembelian makanan yang boleh menguatkan tubuh badan tersebut.

      Syarat-syarat wajib zakat fitrah
      1. Beliau hendaklah hidup sehingga seperempat dari akhir bulan Ramadhan dan juga masih hidup sehingga seperempat dari bulan Syawal. Untuk mereka wajib dikeluarkan zakat fitrah. Umpamanya anak yang dilahirkan pada akhir bulan Ramadhan kemudian meninggal dunia pada hari pertama bulan Syawal.
      2. Orang yang mengeluarkan zakat fitrah mestilah Islam, merdeka dan mempunyai perbelanjaan yang lebih bagi semalaman hari raya untuk perbelanjaan pakaian, makanan yang lazim bagi dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya.
      Niat mengeluarkan zakat fitrah 

      1.Untuk diri sendiri :
      "Inilah wang zakat sebanyak RM...... menggantikan beras yang wajib atas diriku pada tahun ini kerana Allah ta'ala."


      2. Untuk diri sendiri, keluarga dan tanggungan :
      "Inilah wang zakat sebanyak RM..... menggantikan beras yang wajib atas diriku dan keluargaku serta tanggunganku pada tahun ini kerana Allah ta'ala."

      3. Zakat yang diwakilkan :
      "Inilah wang zakat sebanyak RM...... menggantikan beras yang telah diwakilkan kepadaku oleh ....... dan keluarga/tanggungannya pada tahun ini kerana Allah ta'ala"

      Doa akad zakat

      أللّهُمَّ اجْعَلْهَا مَغْنَمًا وَلا تَجْعَلْهَا مَغْرَمًا
      Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.

      Kemudian yang menerima dianjurkan membaca do’a :

      آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَبَارَكَ لَكَ فِيْمَا أَبْقَيْتَ، وَاجْعَلْهُ لَكَ طَهُوْرًا
      Mudah-mudahan Allah memberi pahala atas apa yang engkau berikan, memberikan barakah
      atas apa yang masih ada di tanganmu dan menjadikannya sebagai pembersih bagimu.


      Golongan-golongan yang boleh menerima zakat
      Terbahagi kepada 8 golongan iaitu :-

      1. Fakir -  tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup dan tidak mempunyai harta
      2. Miskin - mempunyai belanja tetapi tidak mencukupi untuk perbelanjaan yang lazim baginya.
      3. Amil - orang yang diperintahkan untuk mengumpulkan dan membahagikan zakat tersebut.
      4. Muallaf - saudara-saudara baru
      5. Hamba sahaya yang disuruh oleh tuannya mencari harta untuk menebus dirinya sendiri
      6. Orang yang berhutang lantaran maslahat agama dan maslahat am
      7. Mujahid - orang yang berjuang dan berkorban di jalan Allah subhanahu wata'ala ataupun melakukan amalan yang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah subhanahu wata'ala
      8. Orang yang keputusan belanja ditengah perjalanan
      p/s : Untuk tahun ni kadar bayaran zakat fitrah yang abang telah bayarkan ialah RM6.80 seorang..

      Friday, September 3, 2010

      My Mr. Right...

      Kami dulu2 time baru kahwin....

      Time kursus dgn sutriani di A Famosa Melaka,  Fiyan dalam kandungan lagi..baru 5 bulan.

       Papa ambik mama dkt Kuala Nerang, Kedah time hamilkan fiyan 3 bulan.....Macam tourist dari Australia oooo c papa!



      Sekarang sudah ber3...

       Kesayangan papa dan mama....Jadi anak yang soleh ya!

      "Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

       "Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

      "Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau berkatilah rumahtangga kami....Dan Engakau jadikanla kami saling menjadi jambatan untuk kami menuju syurgamu."
       
      Amin Ya Rabbal 'Alamin
      p/s : Tiada harta yang lebih bernilai melainkan anak yang soleh dan keluarga yang dirahmati Allah



      My Supporter...


      Gambar Arwah Bapa, setahun sebelum saya berkahwin



      Arwah Bapa, paling suka kalau kami sekeluarga menjenguk kebunnya...adik no.3 (hafiz@julfazrin)   

      Ini adik paling bungsu (abib@mahadi) dan anak buah (nursiah)...cantik ja gambar di kebun time cili padi menjadi



      Abit tolong tangkapkan siput sedut, coz saya paling suka makan siput sedut. Arwah bapa paling best, tau ja anaknya balik pasti dia siap2 tangkapkan siput sedut dan pucuk ubi.



      Inilah gambar terakhir arwah bapa, ketika majlis akad nikah kami pada 28 Mei 2008 dan bapa meninggal pada 24 Jun 2008.
      Bismillahirrahmanirrahim......

      Ya Allah
      Ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku
      dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihiku
      semasa aku masih kecil.
       
      Ya Allah,
      Aku mohon kepadaMu, Engkau letakkanlah
      arwah ayahku dikalangan golongan-golongan orang yang soleh,
      Engkau terangilah kuburnya dengan nurMu yang cukup indah
      Engkau jadikanlah alam barzakh itu sebagai tempat rehat yang cukup indah bagi ayahku

      Ya Allah,
      Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
      didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
      kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
      mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
       
      Ya Allah,
      Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
      atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
      atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
      jadikanlah itu semua penyebab susutnya
      dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
      mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
      hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
      kebaikan berlipat ganda.
       
      Ya Allah,
      Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
      Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
      Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
      syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
      bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
      yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
       
      Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
      Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
      yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


      p/s : Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya.

      Wednesday, September 1, 2010

      Wanita Dan Aurat

      Allah subhanahu wata'ala menyampaikan firmanNya kepada kaum wanita khusus melalui surah an nur yang bermaksud :  
      “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan…” (Surah An-Nur: 

      Islam sama sekali tidak melarang muslimah untuk bergaya dan berfesyen, kerana antara ciri Islam itu adalah tetap pada hukum tetapi anjal pada perlaksanaannya. Walaubagaimana pun, perlaksanaannya yang anjal itu mestilah pula tidak boleh bercanggah dengan ketetapan syariat islam.

      Allah subhanahu wata'ala itu sukakan kepada kecantikkan, jadi mana mungkin seseorang muslimah itu mempunyai penampilan yang tidak elok. Kerana bila kita cantik sudah semestinya itu mencerminkan ajaran dalam agama kita. Walau bagaimanapun, cantik itu perlulah meliputi cantik pada rohaninya dan cantik pada fizikalnya dengan kata yang mudah cantik akhlaknya dan imannya serta cantik penampilan dirinya selaras dengan kehendak syariat.

      Bukanlah semua pakaian Barat itu ditolak dan tidaklah semua pakaian negeri Islam diterima. Kebaya yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan islam. Begitu juga sekiranya pakaian tersebut nipis ataupun jarang serta menonjolkan susuk tubuh wanita ianya tetap dilarang dalam Islam.

      Perkara yang cukup jelas, memakai tudung dan baju dengan betul akan meningkatkan maruah dan harga diri yang tinggi buat wanita Islam.

      Sementara menunggu untuk masuk ke kelas, saya mengambil masa sedikit menjelajah ke blog ilmiah saya terjumpa artikel ini berkenaan pandangan sains berkenaan menutup aurat. Boleh klik di sini untuk ke blog tersebut.

      Hikmah Menutup Aurat Menurut Sains

      Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :
      “ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.

      Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

      Bertudung Menjadikan Otak Sihat

      Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.

      Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam..

      Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung..

      Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan..