Wednesday, September 1, 2010

Wanita Dan Aurat

Allah subhanahu wata'ala menyampaikan firmanNya kepada kaum wanita khusus melalui surah an nur yang bermaksud :  
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan…” (Surah An-Nur: 

Islam sama sekali tidak melarang muslimah untuk bergaya dan berfesyen, kerana antara ciri Islam itu adalah tetap pada hukum tetapi anjal pada perlaksanaannya. Walaubagaimana pun, perlaksanaannya yang anjal itu mestilah pula tidak boleh bercanggah dengan ketetapan syariat islam.

Allah subhanahu wata'ala itu sukakan kepada kecantikkan, jadi mana mungkin seseorang muslimah itu mempunyai penampilan yang tidak elok. Kerana bila kita cantik sudah semestinya itu mencerminkan ajaran dalam agama kita. Walau bagaimanapun, cantik itu perlulah meliputi cantik pada rohaninya dan cantik pada fizikalnya dengan kata yang mudah cantik akhlaknya dan imannya serta cantik penampilan dirinya selaras dengan kehendak syariat.

Bukanlah semua pakaian Barat itu ditolak dan tidaklah semua pakaian negeri Islam diterima. Kebaya yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan islam. Begitu juga sekiranya pakaian tersebut nipis ataupun jarang serta menonjolkan susuk tubuh wanita ianya tetap dilarang dalam Islam.

Perkara yang cukup jelas, memakai tudung dan baju dengan betul akan meningkatkan maruah dan harga diri yang tinggi buat wanita Islam.

Sementara menunggu untuk masuk ke kelas, saya mengambil masa sedikit menjelajah ke blog ilmiah saya terjumpa artikel ini berkenaan pandangan sains berkenaan menutup aurat. Boleh klik di sini untuk ke blog tersebut.

Hikmah Menutup Aurat Menurut Sains

Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :
“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

Bertudung Menjadikan Otak Sihat

Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.

Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam..

Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung..

Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan..

No comments:

Post a Comment