Thursday, January 27, 2011

Madu Dan Habbatus Sawda

Semalam jumpa kawan baik, bercerita berkenaan perkembangan terkini...alhamdulillah kawan mama fiyan sudah pregnant 5 bulan lebih selepas mengalami keguguran pertengahan tahun lepas. Syukurlah, Allah percepatkan rezeki untuknya. Sepanjang bercerita tu, tidak sangka pula kawan bagi tau, dia ada ketembuhan di rahim. Doktor bgtau, pada kebiasaannya bila ada ketumbuhan dan sedang hamil, ia akan membesar dengan bayi yang dikandungkan. Tapi, menurut kawan ketumbuhan itu mengecil pula, dan scan beberapa hari lepas sudah tidak nampak. Syukurlah....kawan bagi tau, inilah hikmah mengamalkan minum madu dan habbatus sawda.

almaklumlah kawan tu kan pengedar produk MASAD...mama fiyan pun amalkan juga makan produk2 madu ni. Beberapa fakta berkenaan madu dan habbatus sawda :


1. Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).

2. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali maut", (H/R: Bukhari).

3. World Apiculture Conference yang diadakan pada 20-26 September 1993 di China mengakui bahawa madu lebah mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam.  Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

4. Madu lebah juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam sepertimagnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.  Pakar dari Poland memberitahu persidangan bahawa madu lebah berkesan dalam merawat Penyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

5. Ibn sina dalam kitab besarnya "al-Qanun fi al-Tibb" berkata: Habbatus Sawda' boleh melancarkan pengeluaran darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini juga ia bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing.  Caranya ialah Habbatus sawda' dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari.

6. Ibn Qayyum al-Jawziyah (691-751) menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal "Zad al' Mi'ad fi Huda Khayri al Ibad": Jika Habbatus Sawda' dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing.  Melancarkan keluarnya air kencing, darah haid dan susu ibu.  Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbatus Sawda' ke atas anggota badan. InsyaAllah akan sembuh dari lumpuh.

7. Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh  Dr. Peter Schleicher, seorang pakar dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada Habbatus Sawda' boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

8. The Journal of America Scientists melaporkan, Habbatus Sawda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotik (pembunuh kuman),antimycotic (antikulat) dan dilating effect (pengembang saluran pernafasan).

9. Dr. Micheal Tierre, penulis buku "Planetary Herbalogy" mendapati Habbatus Sawda' mengandungiMETASITOSTEROL.  Ia adalah bahan ANTIKANSER yang berkesan.

10. Kamus kedoktoran "Larousse" menjelaskan bahawa Habbatus Sawda' mengeluarkan angin dari perut, menambah ghairah seks dan melancarkan darah haid.

inilah produknya......


2 comments: