Wednesday, July 14, 2010

Tasbih Nabi Yunus Ketika Dalam Perut Ikan Nun

"Laa ilaaha illaa anta subhaanaka Inni kuntu minadzzaalimiin.
Fastajabnaa lahuu wanajjainaahu minal ghammi, wakadzaalika nunjil mukminiin..'

Maksudnya :
Tidak ada Tuhan yang benar disembah melainkan Engkau ya Allah, maha suci Engkau, aku adalah orang yang membuat zalim ke atas diriku, Maka perkenankanlah  permintaannya dan kami, lepaskanlah dia dari kedukaan, demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.

Huraian :

Ibnu Suni meriwayatkan: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa beliau telah mengetahui sebuah kalimah, yang jika dibaca kalimah itu, orang yang kesempitan akan dilapangkan Tuhan. Kalimah ini kata beliau ialah kalimah yang diucapkan oleh saudaraku Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun.

Saad bin Malik menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda : "Nama Tuhan yang maha Mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Dan siapa yang meminta dengan nama itu akan diberi, iaitu apa yang diucapkan oleh nabi Yunus dalam perut ikan Nun.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala : "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat

sumber : Risalah Doa

No comments:

Post a Comment