Wednesday, July 14, 2010

Khasiat Surah Al-Ikhlas

  1. Abu Sa'ad Al-Khanafi menerangkan : Surah ini dinamakan surah al-ikhlas, ertinya bersih atau lepas dari kekotoran, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan dari kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan melalui sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.
  2. Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan : Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam bersabda : "Siapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Qur'an.
  3. Riwayat dari  Saidina Ali radhiallahu 'anhu : "Siapa membaca suratul ikhlas sebanyak 11 kali sesudah solat subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan bersungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu."
  4. Aisyah radhiallahu 'anha menerangkan : "Dari nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, siapa membaca sesudah selesai solat jumaat, surah al-Fatihah 7 kali, surah al-Ikhlas 7 kali, surah al-Falaq 7 kali dan surah an-Naas 7 kali maka Tuhan akan melindunginya dari kejahatan hingga ke hari Jumaat yang akan datang.
  5. Dari Saidina Ali radhiallahu 'anhu dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : "siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah ikhlas 11 kali, maka Tuhan memeliharakan rumahnya sampai ia kembali."
  6. Anas menerangkan dari Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam :"Siapa membaca suratul ikhlas 30 kali, maka Tuhan akan menulis barakah, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat."
  7. Imam Sayuti menerangkan dalam kitabnya  "Addurul Mantsur". riwayat dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallallahu 'alihi wasallam telah mengatakan  : "siapa ada hajat hendaklah berwudhu dan solat empat rakaat dengan sekali salam. Rakaat pertama membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 11 kali, rakaat kedua membaca al-Fatihah 1 kali dan surah al-ikhlas 21 kali, rakaat ketika membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-ikhlas 30 kali, rakaat keempat membaca surah al-fatihah sekali dan surah al-ikhlas 41 kali. Apabila selesai salam, sebelum berkata-kata hendaklah membaca surah ikhlas 50 kali, selawat atas nabi 50 kali, istighfar 50 kali, laa haula wa laa quwataa illaa biillahil aliyil aziim 50 kali kemudian mohonlah hajatnya kepada Allah."

Tidak ada cara yang terbaik selain menyerahkan segala urusan itu kepada Allah disamping berusaha dengan cara yang diredhaiNya.


Sumber : Risalah Doa

No comments:

Post a Comment