Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

10 Fitrah manusia cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang. 

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi. 

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan. 

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk. 

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi. 

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung. 

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar. 

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar. 

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya. 

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Tuesday, October 19, 2010

Kebaikan Pisang


JANGAN sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang yang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “sukrosa, fruktosa dan glukosa” yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.

1. Sebagai sumber tenagaPisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar
Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan
pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi
Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas 'bana milk-shake' yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembali tenaga. 

p/s : mama fiyankan suka makan pisang...

Thursday, October 14, 2010

Pokok Betik...

ada apa dengan pokok betik..? saya suka makan buah betik, pucuk betik yang muda dan bunga betik. Biar pahit tetapi sedaap....pucuk betik sedap dimakan bersama kangkung (tumis bersama2) boleh juga masak dengan pucuk ubi , bunga betik sedap ditumis kering kasi pedas2 sikit pasti sedap...

Ini buah betik masak, baru ja beli tadi dgn cdar, rini n sute.


 Penggemar buah2an dan sayur2an la katakan. Apa ja jenis buah dan sayur pasti dimakan....sedaaapnya! (teringat pucuk ubi + daun betik masakan mak mertua ba).

Antara khasiat betik yang dapat digoogle adalah :
  • Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  • Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  • Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  • Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
p/s : Alfiyan pun macam mamanya juga sudah, suka makan betik masak...

Wednesday, October 13, 2010

Ibu Jari Kaki Sebagai Suis Badan

Salah satu cara nak dapat luar biasa bagus petiklah suis badan kita setiap hari. Semakin kerap kita petik suis semakin baguslah psikologi kita, semakin baguslah kesan harmoni pada diri kita dan insyaAllah sentiasa bagus aura dan arus (Beta, Alpha, Thetha dan Delta) diri kita.

Suis badan kita terletak di tapak ibu jari kaki kanan. Kaedahnya seperti ubat gigi, bila kita picit keluar ubat gigi yang berwarna putih di muncung atas, kan?

Apa yang menyebabkan ubat gigi itu keluar.? Sebab ada tenaga yang menolaknya di bawah. Dari mana datangnya tenaga itu.? Dari picitan. Siapa yang picit.? Kitalah.

Nampak, picitan boleh menyebabkan sesuatu terjadi, pada ubat gigi. Kalau pada ibu jari kaki.? Kaedahnya serupalah, cuma kita tidak nampak apa yang berlaku seterusnya badan kita. Tapi percayalah kita dah buat sesuatu yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk berasa harmoni dan luar biasa bagus.

Setiap nerve atau urat di telapak kaki kita ada kaitannya dengna tubuh badan yang lain. Kadang-kadang bila kita picit dada, contihnya, terasa di paha; kadang-kadang bila kita picit lengan terasa pula di belakang. Setiap manusia normal pasti pernah mengalami keadaan ini.

That shows, there is always good relationship antara bahagian-bahagian tubuh badan kita.

Cuba kita lihat orang yang urut telapak kaki. Dia tidak sentuh yang lain, telapak kaki saja diurutnya. Refleksologi namanya. Sebabnya mereka percaya seluruh tubuh badan kita kontrol suisnya adalah di telapak kaki.

Bagi kita yang beragama Islan, kita cukup beruntung sebab setiap hari kita memetik suis tersebut. Masa bila.? Masa kita solat. Sehari semalam kita solat lima kali tidak campur yang sunat. Kalau tarawih, ada orang buat sampai 20 rakaat, tambah witir tiga rakaat. Banyak kali suis dipetiknya.

Waktu sujud, tekan sampai seolah-olah perut ibu jari dan jari-jari hampir dengannya seolah-olah menjejak lantai. Begitu juga waktu tahiyat akhir, tahiyat awal dan duduk antara dua sujud, betul-betul duduk dan betul-betul patahkan ibu jari kaki. Memang pada mulanya rasa sakit sikit, tapi lama-lama tidak akan rasa apa-apa.

Petikan dari :Jangan Tidak-tidak Oleh Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj

Thursday, October 7, 2010

Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak


BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
 
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber : Utusan Malaysia Online