Showing posts with label Kebesaran Allah. Show all posts
Showing posts with label Kebesaran Allah. Show all posts

Thursday, October 21, 2010

TELADAN DARI LEBAH

Kehidupan lebah didokumetasikan dengan baik dalam al-Quran, Injil dan Vedas, sebuah kitab Hindu, dan manusia disaran meneladani kehidupan makhluk ini, selain mengambil madunya yang cukup berkhasiat.

Pendokumentasian kisah serangga ini adalah kerana inilah satu-satunya makhluk yang membantu petani dalam proses pendebungaan tanaman dengan berkesan, sementara madunya dapat mengubati banyak penyakit.

Selain peranan lebah sebagai "aktivis alam sekitar" banyak boleh dipelajari aripadanya, apalagi dalam Era Teknologi Maklumat kini, tegas seorang pakar lebah Malaysia, Prof Madya Dr Makhdzir Mardan, Universiti Putra Malaysia.

LEBAH ADALAH PENGURUS INFO YANG CEKAP

Makhdzir, pengarah Institut Multimedia universiti berkenaan yang ditugas menghasilkan produk multimedia menggunakan lebah sebagai bahan, berkata lebih banyak hal dapat dipelajari berdasaran hakikat bahawa lebah merupakan pengurus teknologi maklumat yang handal.

"Lebah mengendali maklumat dengan baik, oleh itu amat cekap dalam apa jua urusannya," kata Makhdzir.

"Lebah mempunyai sistem pengurusan maklumat yang hebat dan lebah peninjau - seperti pegawai penyelidikan dan pembangunan (R&D) -- mencari tempat yang paling sesuai untuk membina koloni atau sarang baru dan begitu tepat dalam menunjukkan jarak dan haluan untuk pembinaan koloni dan sumber makanan menerusi "bahasa tarian", kata beliau.

"Kita harus mengurus informasi seperti lebah, khususnya dalam industri perkhidmatan di mana maklumat mesti tepat tanpa ada informasi tidak betul atau khabar-khabar angin," katanya.

Informasi adalah penting dalam industri perkhidmatan kerana sebarang khabar angin mengenai rusuhan atau wabak boleh menyebabkan industri berkenaan musnah.

Makhdzir berkata manusia mestilah bijak menapis, menimbang, menilai dan menganalisis informasi seperti lebah supaya boleh membuat keputusan yang betul.

MEMBUAT KEPUTUSAN MENERUSI KATA SEPAKAT

Makhdzir, lulus dalam pengajian lebah dan kemudian memasuki bidang multimedia secara agak kebetulan.

Beliau mendapat ijazah sarjana pengajian lebah dari Louisiana State University, AS, pada 1979. Pada 1988, beliau ditugas menghasilkan produk multimedia menggunakan lebah sebagai bahan, dengan itu mendorongya memasuki alam multimedia dan dilantik pengarah institut pada 1995.

Berbalik kepada lebah, beliau berkata serangga ini mengamalkan pemerintahan koloni atau "korporat" dan setiap anggota dalam koloni terlibat dalam membuat keputusan.

Bila lebah permaisuri mati, permaisuri baru diketengahkan. Pemilihan permaisuri adalah menerusi kesepakatan kata dan selepas itu lebah meneruskan kerja masing-masing tanpa membuang masa berbalah tentang siapa lagi seharusnya menjadi permaisuri.

"Pelajaran yang boleh diteladani di sini ialah demokrasi dan membuat keputusan secara sebulat suara," kata Makhdzir, yang menjadikan lebah minat utamanya.

"Lebah menunjukkan kita cara bagaimana sebuah masyarakat ideal mengendali kehidupan," katanya.

Surah Nahl atau Lebah dalam al-Quran tafsiran A. Yusuf Ali menghuraikan bahawa lubang-lubang berbentuk hexagon atau enam segi pada sarang lebah menunjukkan kecekapan serangga ini menjimatkan ruang untuk didiami setiap penghuni.

Hexagon adalah kompromi antara bentuk empat segi dengan bulatan penuh. Gandingan satu bulatan dengan bulatan lain akan menimbulkan banyak ruang-ruang kosong di luar bulatan dan ini mengakibatkan pembaziran ruang sementara bentuk empat segi juga menyebabkan pembaziran ruang kerana badan lebah itu sendiri hampir berbentuk bulat.

Kesediaan lebah bertolak ansur dalam pembahagian ruang wajar diteladani manusia untuk bertolak ansor dan bersederhana tidak saja dalam mendapatkan tempat kediaman tetapi juga memiliki keperluan material.

Lebah cukup mahir dalam tugas tersendiri masing-masing -- antaranya lebah permaisuri, lebah jantan, lebah pengawal, peninjau, pencari makan, pelayan makan, pengendali si mati, dan pesolek.

Pengkhususan adalah kunci kepada kecekapan dan ini menghasilkan produktiviti lebih tinggi. Malah, penghasilan madu adalah satu pengkhususan dan ia dihasilkan di kilang paling cekap di dunia - sarang lebah.

Untuk menjadi pakar mesti ada "pengesan" dan "pembaca" bagi mengumpul informasi yang relevan sebagaimana dilakukan oleh lebah.

Dalam masyarakat manusia, mereka mesti diupah untuk membaca dan sentiasa seiring dengan peristiwa semasa bagi menentukan sesebuah syarikat sentiasa mendapat maklumat mutakhir demi menentukan daya saingnya, kata Makhdzir.

FALSAFAH TIDAK AGRESIF

Falsafah lebah tidak bersikap agresif dan mereka jarang terlibat dalam konflik secara langsung, kata beliau.

"Jika ada pilihan, lebah akan mengelak bertelagah dengan musuh, dan lebih suka mencari dan mengumpul makanan pada masa lain atau berada di kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan pertempuran," kata beliau.

Bagi mengelakkan serangan, mereka punya rancangan menyelamatkan diri dari musuh dan bertempur dengan mereka hanya bila terpaksa.

Altruisme atau sifat mengutamakan diri pihak lain adalah juga sifat lebah. Bila musuh menyerang mereka mengeluarkan kelenjar racun dan dalam proses itu mereka mati.


SESIBUK SANG LEBAH

Bagi lebah tidak ada masa untuk rekreasi atau bersuka ria - tepat memenuhi maksud peribahasa "sesibuk sang lebah". Kerja dan terus kerja sampai mati, kata Makhdzir.

Bagaimanapun, lebah punya waktu tidak aktif kerana hanya 20 peratus dari penghuni koloni sibuk bekerja pada satu-satu masa, menyamai pasukan tentera, kata Makhdzir.

Katanya, seluruh koloni akan haru-biru jika semua lebah bekerja. Lebah tidak saja memberi teladan kepada manusia dengan pelbagai pelajaran yang berguna tetapi juga memainkan peranan besar dalam pendebungaan dan pendebungaan pintas bagi memelihara kepelbagaian genetik hutan tropika Malaysia.

Dengan itu, lebah memperkaya aspek kepelbagaian-bio, kata Makhdzir. Makhdzir memberikan petua menyimpan madu. Madu adalah asli jika ia berbuih. Pembuihan berlaku pada madu yang belum matang, tetapi ini boleh dielakkan dengan memasukkan beberapa butir cengkih atau sebatang kulit kayu manis.

Wednesday, October 13, 2010

Ibu Jari Kaki Sebagai Suis Badan

Salah satu cara nak dapat luar biasa bagus petiklah suis badan kita setiap hari. Semakin kerap kita petik suis semakin baguslah psikologi kita, semakin baguslah kesan harmoni pada diri kita dan insyaAllah sentiasa bagus aura dan arus (Beta, Alpha, Thetha dan Delta) diri kita.

Suis badan kita terletak di tapak ibu jari kaki kanan. Kaedahnya seperti ubat gigi, bila kita picit keluar ubat gigi yang berwarna putih di muncung atas, kan?

Apa yang menyebabkan ubat gigi itu keluar.? Sebab ada tenaga yang menolaknya di bawah. Dari mana datangnya tenaga itu.? Dari picitan. Siapa yang picit.? Kitalah.

Nampak, picitan boleh menyebabkan sesuatu terjadi, pada ubat gigi. Kalau pada ibu jari kaki.? Kaedahnya serupalah, cuma kita tidak nampak apa yang berlaku seterusnya badan kita. Tapi percayalah kita dah buat sesuatu yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk berasa harmoni dan luar biasa bagus.

Setiap nerve atau urat di telapak kaki kita ada kaitannya dengna tubuh badan yang lain. Kadang-kadang bila kita picit dada, contihnya, terasa di paha; kadang-kadang bila kita picit lengan terasa pula di belakang. Setiap manusia normal pasti pernah mengalami keadaan ini.

That shows, there is always good relationship antara bahagian-bahagian tubuh badan kita.

Cuba kita lihat orang yang urut telapak kaki. Dia tidak sentuh yang lain, telapak kaki saja diurutnya. Refleksologi namanya. Sebabnya mereka percaya seluruh tubuh badan kita kontrol suisnya adalah di telapak kaki.

Bagi kita yang beragama Islan, kita cukup beruntung sebab setiap hari kita memetik suis tersebut. Masa bila.? Masa kita solat. Sehari semalam kita solat lima kali tidak campur yang sunat. Kalau tarawih, ada orang buat sampai 20 rakaat, tambah witir tiga rakaat. Banyak kali suis dipetiknya.

Waktu sujud, tekan sampai seolah-olah perut ibu jari dan jari-jari hampir dengannya seolah-olah menjejak lantai. Begitu juga waktu tahiyat akhir, tahiyat awal dan duduk antara dua sujud, betul-betul duduk dan betul-betul patahkan ibu jari kaki. Memang pada mulanya rasa sakit sikit, tapi lama-lama tidak akan rasa apa-apa.

Petikan dari :Jangan Tidak-tidak Oleh Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj

Thursday, July 8, 2010

Subhanallah...Ada Sungai Dalam Lautan

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai itu tidak ditemukan mutiara

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut.



Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebat ciptaan Allah.