Tuesday, February 1, 2011

Alfiyan Pula CB...

Alfiyan, asal menyusu ja pasti BAB (buang air besar) ba....takut pula susu nda ngam. Kemarin jumpa doktor, dia ckp bukan problem susu ni. Dia pesan kalau anak CB jgn bagi minum susu.... masalah lain mgkn kan.

Mungkin sebabnya fiyan cirit birit (CB) coz mahu pandai cakap kan...tapi, mama perlu jg berwaspada..

Makan? dia tetap makan.. Aktif? memang sentiasa aktif main, kayuh basikal lagi..panjat sana sini lagi.. setiap hari ada ja perkataan baru yang keluar dari mulutnya.

Semalam waktu mau tidur dengan papanya, dia bilang iku iku...siku ba tu nak.  Habitnya bila menyusu ja, mesti mau pegang siku.

kemarin dulu, papanya kasi bagus dia punya basikal tiba2 dia bilang : ma ma ma...agus sudah. Hehehehe! Gud la you ni nak..

tgk anak kawan seofis (shifa) teror btl speaking english, dalam otak fikiran mama, mudah2an anak2 mama pun blh fluent englishnya. Itu yang mama ambik channel cartoon (astro 613 ja..) untuk Fiyan spy blh bertutur english dengan baik macam abang Ucop (anak shifa). Shifa bgtau, dulu dia bg tengok Ucop kartun ultramen, tapi bila word yang keluar dari mulut ucop tu sebijik macam ultramen dia terus ambik kartun disney tu. Ultramen kan suka cakap JAHANAM..Ucop pun ikut jg.. Tapi sekarang tidak lagi, selepas melanggan astro Disney....

Dgr pula cerita kawan (atie) anaknya yang sulung umur 3 tahun, sudah lancar baca quran, mama pun akan berusaha supaya anak-anak mama dapat membaca al-quran dengan baik seawal usia 3 tahun.

Apa yang mama fiyan perlu buat :-

1. Merancang masa untuk mengajar Alfiyan mengaji bila tiba masanya.
2. Bagi tgk rancangan cartoon 613 untuk dia
3. Movie2 yang tak sepatutnya dipertontonkan tak payah bagi tengok.
4. Sentiasa menggunakan perkataan yang baik, bila  cakap dengan sesiapa juga.

semuanya untuk anak mama....

2 comments: