Saturday, July 3, 2010

Keutamaan Mencari Rezeki Yang Halal

Dalam Al-Qur'an Allah telah berfirman :
"Makanlah olehmu makanan yang baik-baik (halal), dan kerjakanlah amal soleh."
(Al-Mu'minun:51)

Dalam ayat di atas kita diperintah oleh Allah untuk memakan makanan yang baik-baik (halal), itu bererti kita disurah untuk berusaha dan bekerja mencari makanan-makanan yang halal. Hal ini sama dengan kita diperintah untuk solat, bererti kita diperintah untuk melaksanakan wudhu'. Dalam qaedah Usul Fiqh telah disebutkan: "Al-amru Bisy-sya'i, amrun bi wasaa ilihi" bermaksud "Memerintah terhadap sesuatu, bererti memerintah kepada hubungannya."

Mencari rezeki yang halal dalam rangka untuk mencukupi keperluan peribadinya dan keluarganya, adalah suatu hal yang sangat terpuji bahkan dapat terampuni dosa-dosanya.

Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :
"Barangsiapa yang merasa payah (penat) kerana bekerja sehari suntuk untuk mencari rezeki yang halal, nescaya akan diampuni segala dosanya."

Sabda Rasulullah lagi :
"Sebaik-baik rezeki yang dimakan oleh seseorang ialah dari apa yang diusahakan
 oleh tangannya sendiri."

Oleh kerana itu, marikalah kita semua giat dalam mencari rezeki yang halal dengan disertai niat untuk memelihara agamanya supaya tidak meminta-minta kepada orang lain, kemudian bila ada kelebihan dari harta itu, kita sedekahkan kepada orang yan memerlukan. Dengan adanya niat yang seperti itu, sapa seperti ia beramal untuk akhiratnya juga.

Sabda nabi lagi :
"Mencari yang halal adalah kewajipan atas setiap muslim."

dan sabdanya lagi :
"Mencari rezeki yang halal adalah fardhu sesuadah fardhu menunaikan solat."

Sumber :Halal Dan Haram Dalam Islam Oleh Imam Al-Ghazali

No comments:

Post a Comment