Thursday, July 22, 2010

Ikan Masak Stim

Resepi ni sebenarnya, saya tengok my mother in law buat..so saya pun cuba, ternyata menjadi dan sedap sehingga makan pun nda nampak telinga!

Bahan-bahan:
  1. Ikan putih@merah@apa2 ja..basong? bolehka ya? cuba ja la...
  2. Halia
  3. Serai 1 batang (optional)
  4. Bawang putih
  5. Bawang merah
  6. Sedikit kunyit
  7. Sedikit asam jawa
  8. Garam dan ajinamoto@gula
  9. Sos tiram (optional)
  10. Sedikit minyak masak
Cara-caranya :
  1. Bersihkan ikan kemudian letak sedikit asam jawa, kunyit garam dan ajinmoto.
  2. Ketepikan ikan tadi.
  3. Hiris halia, bawang putih dan bawang merah untuk ditumis.
  4. Panaskan minyak, kemudian tumis semua bahan-bahan yang telah dihiris itu tadi.
  5. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, kalau tidak suka atau tiada itu sos nda payahla letak kan..
  6. Tuang bahan-bahan yang telah ditumis itu ke dalam ikan yang sudah dibersihkan tadi. Dan letakkan dalam bekas untuk stim. Loyang pun boleh...
  7. Serai yang dititik tadi masukkan dalam perut itu ikan..
  8. Panaskan periuk untuk stim ikan, kemudian naikkan la ikan tadi...nda payah letak air ya.
  9. Bila distim air akan sendiri terkumpul dalam loyang ikan tadi.
  10. Kalau suka makan cili, taburlah cili bulat atas ikan tadi.
cubalah! simple kan.....

p.s : Kalau makan baca bismillah..nnt tertelan tulang ikan

2 comments:

  1. nnt nk try la..tima kasih ustazah

    ReplyDelete
  2. sapa suka masak, mestilah berani mencubakan jaja...

    ReplyDelete