Sunday, June 27, 2010

Solat

Allah subhanahu wata'ala berfirman :

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
 yang demikian itu sungguh berat, melainkan bagi orang-orang yang khusyuk"

(Surah Al-Baqarah :45)


Allah subhanahu wata'ala berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar..."

(Surah Al-Baqarah:153)

Allah subhanahu wata'ala berfirman :

"Suruhlah keluargamu solat dan bersabarlah melakukannya, Kami tidak akan
menanyakan rezeki kepadamu, malah Kami yang akan memberi rezeki kepadamu,
dan akibat yang baik itu hanyalah bagi orang yang bertakwa..."

Di dalam kitab As-Sunan disebutkan :

"Apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam mendapat kesusahan,
baginda segera mengerjakan solat." 

Solat itu membawa rezeki, menjaga kesihatan, melenyapkan gangguan, menolak penyakit, menguatkan hati, mencerahkan wajah, menyenangka jiwa, menghilangkan kemalasan, memotivasi organ tubuh, meningkatkan stamina, melapangkan dada, menyuntik zat pada rohani, menyinari jiwa, memelihara nikmat, menghilangkan bencana, membawa berkat, menjauhkan pelakunya dari syaitan dan mendekatkannya kepada Allah Yang Maha Pemurah.

Kesimpulannya solat memberi kesan dan pengaruh yang ajaib sekali untuk menjaga kesihatan jasmani dan rohani serta mempertahankan stamina dan melenyapkan segala bentuk unsur yang membahayakan. Apabila ada dua orang yang sama-sama ditimpa musibah atau diserang penyakit, bala dan cubaan, pasti yang mengerjakan solat di antara kedua-duanya akan merasa lebih ringan.

Solat juga memberi kesan dan pengaruh lain yang juga luar biasa bagi menolak pelbagai keburukan di dunia, terutama sekali bagi mereka yang telah mampu mengerjakan solat dengan sempurna zahir mahupun batin. Merekalah yang dapat menolak pelbagai keburukan, dan mendapat berbagai kebaikan duni adan akhirat. Tidak ada yang boleh dilakukan untuk mendapat semua itu melainkan solat.

Rahsianya adalah bahawa solat itu merupakan tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Sejauh mana kuatnya hubungan antara hamba dengan Tuhannya, sejauh itu pula akan dibukakan baginya pelbagai pintu kebaikan dan dijauhkan darinya pelbagai pintu keburukan serta dilimpahkan kepadanya taufik dari Tuhannya. Keselamatan, kesihatan, harta, kekayaan, rasa lapang, nikmat, kegembiraan dan kesenangan serta segala sesuatu akan hadir di hadapan mereka dan datang kepada mereka.

Solat itu ubat paling mujarab mengusir kesedihan...Dirikanlah solat, nikmatnya hanya dapat dirasai bagi mereka yang mendirikan solat dengan ikhlas keranaNya.

No comments:

Post a Comment