Tuesday, May 3, 2011

Pemakanan Bayi Yang Sihat

Mengapa langkah pengenalan makanan pelengkap bermula pada umur 6 bulan ke atas?
Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:
  • Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
  • Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
  • Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.
Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat ?
  • Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
  • Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
  • Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi  cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur? 
Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila di pasaran kini wujud pula susu yang kononnya mengandungi semua nutrisi makanan yang lengkap, lalu hanya perlukan susu tersebut tanpa perlu makanan tambahan? Saya betul-betul anti dengan iklan susu itu. Mana mungkin ada susu yang boleh mengandungi kesemua nutrient? Saya teringat kepada cerita cartoon Wall-E. Dalam cerita tersebut, semua manusia (gemok-gemok pula) hanya perlu minum air (entah air apa) sepanjang berada di angkasa lepas dek kerana bumi telah pun punah disebabkan pencemaran. Tak sangka pula susu sebegitu wujud. 
Pemakanan yang sihat bermula dari seorang ibu. Ye, ibu la yang bertanggungjawab menyediakan kesemua nutrisi buat anak-anak. Jangan salahkan sesiapa kalau anak anda tidak suka makan sayur @ buah. Jangan salahkan nursery, sebab semuanya bermula dari rumah. Jika anda gagal sebelum ni, jangan putus asa. Anda masih berpeluang perbaiki untuk anakyang seterusnya. Kita belajar dari kesilapan.
Panduan Memberi makanan kepada bayi
  • Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk  mengelakkannya daripada tercekik.
  • Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk  mengelakkan tercekik.
  • Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). Saiz kismis sangat bersesuaian untuk dijadikan finger food.
  • Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Walaupun bayi anda masih belum mempunyai gigi, percayalah bahawa gusi bayi sangat kuat dan boleh menghancurkan makanan lembut. Tak percaya? Tanyalah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Memang sakit walaupun hanya digigit menggunakan gusi.
Kekerapan Makanan
UmurSukatan Makanan Setiap HidanganKekerapan Makan SehariKekerapan snek
0-6 bulan
Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi
Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayiPenyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayiPenyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi
6—8 bulan½ cawan bubur nasi2 – 3 kali1 – 2 kali
9 –11 bulan½ cawan bubur nasi pekat3 – 4 kali1 – 2 kali
1 – 3 tahun½ cawan nasi atau 1 keping roti4 – 5 kali1 – 2 kali

Sukatan Makanan

Kumpulan makananKumpulan umur
6-8 bulan
9-11 bulan
1-3 tahun
Bijirin, Sumber bijirin dan ubian1½ cawan bubur pekat2 cawan bubur pekat2 cawan nasi
Sayur-sayuran¼ cawan sayur masak½ cawan sayur masak1 cawan sayur masak
Buah-buahan¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g)1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g)1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g)
Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana)2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur
SusuSusu ibu mengikut kehendak bayiSusu ibu mengikut kehendak bayiSusu ibu mengikut kehendak bayi /3 gelas susu
Lemak, minyak1 sudu teh minyak1 ½ sudu teh minyak1 sudu teh minyak
Pertukaran sukatan:
Sukatan 1 cawan = 200ml
Perhatian:
  • Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. Sebabnya ginjal bayi masih belum matang untuk memproses semua tu. Anda juga tak berharap bayi anda sakit awal kan?
  • Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. Ini memudahkan bayi menelan sayur kerana sayur berdaun seperti bayam sukar dilerai sekiranya tiada gigi. Hihi.
  • Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu, untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
  • Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. Maka, susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
  • Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
  • Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. Sabar di sini ialah, sabarlah kemas kekotoran di lantai, dan sabarlah mengejar mereka makan. Hoho.
  • Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
  • Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa.  Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan. Puji mereka, ceria-ceriakan muka. Senyum dan ketawa



Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Mau Bagi Faarehah Makan...

Faarehah dah masuk 6 bulan. Mama kena siapkan fizikal dan mental untuk bangun lebih awal sediakan makanan baby Faarehah, abang fiyan dan papa.

My mama dkt kampung cakap, bayi kalau baru nak makan, mesti bagi makan labu dulu..so, yang ini akan saya buat..coz hasil dari bacaan, labu memang bagus.!

lagi info tentang makanan bayi, mama fiyan dpt dari sini juga IbuCergas.com seronok  baca blog ibu iman. Best tengok cara ibu iman menyediakan makanan untuk anak.

mcm manalah nak sediakan makanan faarehah kalau hantar pi BondaMama ya...

Monday, April 11, 2011

Kisah Semut Dan Madu


kisah ni bukan ada kaitan dgn madu yang mama fiyan jual ya.... hehehe!
hanya untuk panduan bagi kaum wanita.

situasi pertama
Keluar dekat dengan rumah je. Rasanya pakai T-shirt pun takpe.
Tengok orang lain, ramai je pakai lengan pendek ni. Lagipun tengah panas ni. Malas pula nak tukar baju lain.

Tudung pun dah lengkap, dah tutup rambut yang aurat ni. Selempangkan aje atas bahu pun ok dah.

Baju ni kalau pakai dengan jean ok juga. Ketat sikit jela. Takpe kot, yang penting dah tutup seluruh kaki ni.

situasi kedua
Eh, boleh ke pakai tudung fesyen macam ni. Rasanya dah pernah dengar tentang bonggol unta ni.

Tapi, kalau takde sanggul tinggi ni, tak cantikla, sebab tudung ni 'match' pakai dengan gaya macam ni je.

Pakai jela, nak cuba juga.

situasi ketiga
Baju ni dan panjang sampai lutut. Dah tutup aurat pun.. Cuma ada 'cutting' sikit. Ah, takpela nanti pakai tudung tutuplah bahagian dada ni.

Alamak, dah sarung ke badan baru rasa ketat baju ni. Sikit je kot, takpela. Nak mencuba fesyen ni la.

situasi keempat
Cantiknya artis tu pakai tudung macam tu, baju yang tu, seluar gitu, tu...tu...tu..
Dia dah tutup aurat ape.. rambut tak nampak, lengan panjang, seluar sampai bawah..emm, nak ikutla.

Tudung pusing-pusing macam ni.. (sampai ternampak dada)
Seluar 'legging', tapi takpe sebab dah pakai baju panjang sampai lutut.

................................................................................

Sahabatku..
Saudariku..
Ukhtiku..
Kaumku..

Apabila kita sudah menutup aurat, Alhamdulillah. Apabila kita sudah tahu mana aurat mana bukan, Alhamdulillah.

Tetapi, sayang sekali apabila ada segelintir kita yang TAHU tetapi MAHU buat juga kerana permintaan nafsu untuk cantik itu lebih diutamakan.

Untuk cantik itu memang sudah ada dalam diri wanita. Untuk berhias itu memang ada dalam diri wanita. Untuk itu, untuk ini, segalanya ada dalam diri wanita.

Kita sudah tahu akan kewajipan. Ianya perintah ALLAH SWT. Ada sebabnya. Ada hikmahnya. Kenapa perlu tutup setutupnya. Ada garis panduannya.

satu kisah
Kenapa madu ni bersemut, rasa dah tutup ketat penutupnya. Dah basuh pun botol ni biar hilang sisa madu dekat luar ni. Semut ni pun, tau-tau je ada madu dekat sini. Padahal dah nyorok belakang sekali pun. Hish!

Macam mana nak buat ye. Letak dalam bekas ni la. Eh, tak muat pula. Botol air ni tinggi mesti boleh muat . Emm,esok kalau semut tu jumpa lagi botol madu ni, habiskan aje madu ni, lepas tu buang botol dia.. hehe.

Keesokannya...
Alhamdulillah, takde semut pun. Mesti diorang penat cari madu ni :) . Bersih je botol madu ni, tak macam semalam. yela, dah diorang tak nampak, mestilah diorang takkan hurung botol madu ni.. Hehe, berjaya misi kali ni.

Ada siratan
Bagi yang mahu berfikir,ada siratan disebalik kisah semut dan botol madu di atas. Sangat dekat dengan diri kita sebagai wanita.Kalau tak dilihatkan bentuk tubuh badan,warna kulit kita, kecantikan yang ada pada diri, tak mungkin boleh memancing mata 'semut-semut' tadi.

mama fiyan copy dari sini : 
http://nauratulhidayah2.blogspot.com/2011/01/kisah-semut-dan-madu.html

Wednesday, April 6, 2011

MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG KERAS

FENOMENA kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluargaan hari ini.

Banyak faktor yang mendorong wujudnya implikasi yang kronik ini. Antaranya berpunca daripa¬da pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.

Justeru itu tidak hairanlah sekiranya kebelakangan ini kita mendengar berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.

Dalam institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan menjamin kepada kestabilan sosial.

Allah menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang terjemahannya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.

Peranan penting

Dengan merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu fokus manifestasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara rohaniah.

Hati nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk pada kekuasaan Allah.

Qalbun ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan anak anak dengan ibu bapa mereka

Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:

"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."

Ada juga hati yang terkunci yang dikenali sebagai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,

Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia dengan pelbagai nama yang lain.

Masalah anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati' iaitu sukar untuk menerima teguran dan nasihat.

Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati. 

Ini termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad yang juga merupakan anak saudara sendiri.

Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing ¬masing.

Bagaimanapun, dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar den¬gan tuntutan akhlak Islam, adalah wajar bebera¬pa petikan peristiwa dalam sejarah Islam teruta¬ma yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat Rasulullah diberikan perhatian yang serius.

Ada hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan Hamzah Abdul Mutalib.

Ketiga-tiga perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.

Kelembutan hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.

Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tindakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.

Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusahakan untuk melembutkan hati mereka yang selama ini amat degil.

Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali. 

Kali pertama Umar mendengarnya ialah sewak¬tu beliau memecahkan pintu masuk ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia itu sudah memeluk Islam.

Kali kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.

Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.

Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.

Melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan hati anak-anak yang keras.

Bacalah ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas dalam lenanya.

Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubalah pada beberapa malam yang termampu.

Dalam rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga ayat 24).

Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka

Petikan dari: www.grenbarabravejournal.com :Bila hubungan dengan ibu bapa renggang Akhlak anak sukar dibentukOleh:PROF. DR. HARON DIN. Klinik Darussyifa, Bangi