Jika makanan pelengkap diberikan terlalu awal kepada bayi, ia boleh menyebabkan:
- Bayi anda kurang menyusu kerana ia sudah berasa kenyang.
- Bayi anda terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan cirit-birit kerana sistem penghadaman dan ginjal bayi masih belum matang dan enzim penghadaman yang terlibat belum bersedia.
- Selepas umur 6 bulan juga ibu boleh mula memberikan air masak, tetapi dalam kuantiti yang berpatutan (~ 1-2 oz satu sesi, 1 @ 2 kali sehari) dengan syarat bayi sudah pun kenyang dengan susu @ solid food. Ini kerana dikhuatiri air masak yang banyak akan membuatkan bayi kenyang, dan seterusnya menolak susu dan bubur yang berkhasiat. Ingat ye, air masak hanya lah air, tidak punya nutrisi untuk tumbesaran bayi. Air hanya untuk mengekalkan kandungan bendalir dalam badan, dan susu ibu mengandungi 81% air. Terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (water intoxication) dan meningkatkan risiko sawan.
Apakah kesan pula jika pengenalan makanan pelengkap bermula terlalu lewat ?
- Tumbesaran bayi terbantut dan kekurangan nutrien.
- Penyusuan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang.
- Semakin lambat memperkenalkan makanan pelengkap, bayi tersebut berkemungkinan mengalami masalah tabiat makanan apabila membesar. Contohnya, anak akan menjadi cerewet makan, tidak makan sayur, hanya makan satu-satu makanan sahaja dan sebagainya (barulah tahu kan kenapa anak anda tak suka makan sayur?
Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila di pasaran kini wujud pula susu yang kononnya mengandungi semua nutrisi makanan yang lengkap, lalu hanya perlukan susu tersebut tanpa perlu makanan tambahan? Saya betul-betul anti dengan iklan susu itu. Mana mungkin ada susu yang boleh mengandungi kesemua nutrient? Saya teringat kepada cerita cartoon Wall-E. Dalam cerita tersebut, semua manusia (gemok-gemok pula) hanya perlu minum air (entah air apa) sepanjang berada di angkasa lepas dek kerana bumi telah pun punah disebabkan pencemaran. Tak sangka pula susu sebegitu wujud.
Pemakanan yang sihat bermula dari seorang ibu. Ye, ibu la yang bertanggungjawab menyediakan kesemua nutrisi buat anak-anak. Jangan salahkan sesiapa kalau anak anda tidak suka makan sayur @ buah. Jangan salahkan nursery, sebab semuanya bermula dari rumah. Jika anda gagal sebelum ni, jangan putus asa. Anda masih berpeluang perbaiki untuk anakyang seterusnya. Kita belajar dari kesilapan.
Panduan Memberi makanan kepada bayi
- Beri bayi makanan dengan tesktur yang sesuai untuk mengelakkannya daripada tercekik.
- Pantau kanak-kanak semasa waktu makan untuk mengelakkan tercekik.
- Bayi tidak diberi makanan berkiub atau makanan berketul bersaiz lebih daripada suku inci (≈ 0.6 cm). Saiz kismis sangat bersesuaian untuk dijadikan finger food.
- Lengkapkan diri dengan pengetahuan tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.
Walaupun bayi anda masih belum mempunyai gigi, percayalah bahawa gusi bayi sangat kuat dan boleh menghancurkan makanan lembut. Tak percaya? Tanyalah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Memang sakit walaupun hanya digigit menggunakan gusi.
Kekerapan Makanan
Umur | Sukatan Makanan Setiap Hidangan | Kekerapan Makan Sehari | Kekerapan snek |
0-6 bulan Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi | Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi | Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi | Penyusuan susu ibu secara eksklusif mengikut kehendak bayi |
6—8 bulan | ½ cawan bubur nasi | 2 – 3 kali | 1 – 2 kali |
9 –11 bulan | ½ cawan bubur nasi pekat | 3 – 4 kali | 1 – 2 kali |
1 – 3 tahun | ½ cawan nasi atau 1 keping roti | 4 – 5 kali | 1 – 2 kali |
Sukatan Makanan
Kumpulan makanan | Kumpulan umur | ||
6-8 bulan | 9-11 bulan | 1-3 tahun | |
Bijirin, Sumber bijirin dan ubian | 1½ cawan bubur pekat | 2 cawan bubur pekat | 2 cawan nasi |
Sayur-sayuran | ¼ cawan sayur masak | ½ cawan sayur masak | 1 cawan sayur masak |
Buah-buahan | ¼ betik atau ½ pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) | 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang masak: 33 g) | 1 betik atau 2 pisang bersaiz kecil (1 pisang mas: 33 g) |
Daging, haiwan ternakan, ikan dan kekacang | 2 sudu teh sebarang jenis daging atau isi Ikan ( ¼ ikan saiz sederhana) | 2 sudu teh sebarang jenis daging atau 2 sudu teh isi ikan atau ½ biji Telur | ½ ekor ikan kembung saiz sedang atau 1 biji telur |
Susu | Susu ibu mengikut kehendak bayi | Susu ibu mengikut kehendak bayi | Susu ibu mengikut kehendak bayi /3 gelas susu |
Lemak, minyak | 1 sudu teh minyak | 1 ½ sudu teh minyak | 1 sudu teh minyak |
Pertukaran sukatan:
Sukatan 1 cawan = 200ml
Perhatian:
- Makanan yang telah dimasak tidak perlu menambah sebarang gula, garam atau perisa. Sebabnya ginjal bayi masih belum matang untuk memproses semua tu. Anda juga tak berharap bayi anda sakit awal kan?
- Sayur berdaun perlu dicelur dan dikisar terlebih dahulu sebelum ditambah dalam bubur. Ini memudahkan bayi menelan sayur kerana sayur berdaun seperti bayam sukar dilerai sekiranya tiada gigi. Hihi.
- Kanak-kanak di bawah 5 tahun, digalakkan mengambil susu, untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
- Lapisan lemak dalam susu tepung penuh krim adalah diperlukan oleh kanak-kanak dalam proses pertumbuhan. Maka, susu dan produk tenusu jenis rendah lemak atau skim adalah tidak digalakkan (kecuali kanak-kanak yang obes).
- Amalkan pemberian makanan secara responsif dengan menggunakan prinsip penjagaan psikososial. Suap makanan terus kepada bayi dan bantu kanak-kanak kecil apabila mereka makan sendiri.
- Penjaga perlu mengambil masa dan sabar apabila memberi bayi dan kanak-kanak makan. Beri galakan dan elakkan dari memaksa. Sabar di sini ialah, sabarlah kemas kekotoran di lantai, dan sabarlah mengejar mereka makan. Hoho.
- Penjaga perlu peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.
- Penjaga perlu wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif dan selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa memberi makan. Puji mereka, ceria-ceriakan muka. Senyum dan ketawa
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment