Wednesday, April 6, 2011

MERAWAT KAEDAH ANAK MENANGIS

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan : 

surah al-Fatihah,
ayat al-Kursi,
surah an-Nas
dan surah al-Falaq,
kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

Petikan soaljawab Dato' Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.
Suntingan diterbitkan semula As-Syifa' Melaka:



Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada keluarga Mama Fiyan...amin


Monday, March 28, 2011

Kenapa Harus Bertudung.


1. Menjalankan syi’ar islam
2. Berniat untuk ibadah
3.Menutup aurat terhadap yg bukan muhrim
4. Kerana saya ingin taat kepada Allah yg telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin taat kepada Rasul-Nya, pembimbing umat dengan risalah beliau
6. Untuk memperoleh redha Allah (inya Allah)
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmatnya yg tiada putus
8. Seluruh ulama sepakat bahawa hukum mengenakan jilbab itu wajib
9. Agar kaum wanita menutup auratnya
10. Bukan kerana bergaya
11. Bukan kerana mengikuti trend
12. Bukan kerana berlagak masih suci
13. Lebih baik suci dari pada zalim
14. Tidak sekedar bermaksud agar berbeza dari yg lain
15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yg hanya menjadi bahan nafsu semata
16. Jilbab sesuai untuk semua wanita yg mahu menjaga dirinya dari bahan nafsu semata
17. Saya ingin menjadi wanita solehah
18. Saya tengah berusaha mencapai darjat takwa
19. Jilbab adalah pakaian takwa
20. Jilbab adalah identiti wanita muslimah
21. Diawali dengan memakai jilbab saya ingin menapak jalan ke surga
22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian
23. Isteri-isteri Rasulullah berbusana muslimah
24. Para sahabat (sahabat Rasulullah yg wanita) juga berbusana muslim
25. Mereka merupakan tuntutan seluruh muslimah, begitu juga saya
26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yg sama seperti mereka
27. Untuk meninggikan izzah islam
28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah)
29. Jilbab lebih melindungi diri
30. Membuat saya lebih merasa aman
31. Menjaga diri dari gangguan lelaki 
32. Menjaga diri dari pandangan objek pandangan lelaki-lelaki yg hanya ingin ‘cuci mata’
33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki
34. Menjaga diri dari mata lelaki yg liar
35. Menjaga diri dari tangan-tangan yg ingin menjamah
36. Menghindar dari zina mata dan zina hati
37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri
38. Jilbab dapat menghindari saya dari sikap-sikap yg negatif
39. Jilbab dapat menghapus keinginan-keininan yg menyimpang
40. Membuat saya lebih bersahaja
41. Membuat saya lebih khusyu’
42. Menjauhkan saya dari perbuatan dosa (insya Allah)
43. Membuat saya malu bila berbuat dosa
44. Mendekatkan saya pada Allah
45. Mendekatkan saya pada Rasulullah
46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi
47. Mendekatkan saya pada sesama muslim
48. Mendekatkan saya pada ajaran islam
49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang islam
50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran islam
51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran islam
52. Ajaran islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yg kuno
53. Berjilbab bukan sesuatu yg kuno
54. Mengatakan jilbab itu kuno bererti telah menggugat autoriti Allah.
55. Allah yg maha mengetahui telah tahu yg terbaik bagi umat
Imam Muslim menuturkan sebuah riwayat, bahwasanya Rasulullah saw bersabda;
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti punuk onta. Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya. Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”[HR. Imam Muslim].
Segera tutup aurat kita baik di dunia nyata maupun di facebook (kerana dengan facebook aurat kita sudah tersebar di internet , sebelum AZAB datang kepada anda !!
cepat atau lambat . .!!!
INGAT SETELAH KITA MATI ,KITA TIDAK DAPAT KEMBALI KE DUNIA INI WALAU HANYA 1 DETIK!
Kredit kepada : http://majelisvirtual.com

Monday, March 14, 2011

Anak-anak Mama, Semoga menjadi anak yang Baik...

Ibu adalah sekolah yang pertama bagi anak-anaknya. Hadis riyawat Bukhari dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda :-
"setiap anak yang dilahirkan itu telah membawa fitrah beragama (perasaan percaya kepada Allah). Maka kedua orangtuanya lah yang menjadikan anak tersebut beragama Yahudi, Nasrani ataupun Majusi."


Imam Al-Ghazali mengatakan :


"Anak itu adalah amanah bagi kedua orangtuanya, hatinya yang suci itu adalah permata yang mahal. Apabila ia diajar dan dibiasakan kebaikan, maka ia akan tumbuh pada kebaikan itu dan akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tetapi apabila ia dibiasakan untuk melakukan kejahatan, maka ia akan sengsara dan binasa."
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.
"Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (QS : 30:30)

Yang dimaksud dengan fitrah Allah adalah bahawa manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama, iaitu agama tauhid.  Dari sini, peranan pembiasaan, pengajaran dan pendidikan dalam pertumbuhan dan perkembangan anak akan menemukan tauhid yang murni, keutamaan-keutamaan budipekerti, spiritual dan etika agama yang lurus.
Akan halnya faktor pendidikan Islam yang utama, Rasulullah menegaskan dalam banyak hadits:
"Seseorang yang mendidik anaknya adalah lebih baik daripada ia bersedekah dengan satu sha" (HR. Tirmidzi)
"Tidak ada pemberian yang lebih baik dari seorang ayah kepada anaknya daripada akhlak yang baik" (HR Tirmidzi)
"Ajarilah anak-anak dan keluargamu kebaikan, dan didiklah mereka
(HR Abdu'r Razaq dan Sa'id bin Manshur)
Didiklah anak-anak mu dalam tiga perkara: cinta kepada Nabimu, cinta pada keluarganya (ahlu'l-bait) dan membaca Al Quran" (HR Ath Thabrani)
Juga adanya pengaruh faktor persekitaran rumah, persekitara sosial, sekolah atau luar rumah lainnya.
"Seseorang berada dalam tuntunan sahabatnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu melihat siapa yang menjadi sahabatnya" (HR Tirmidzi)
Pemahaman hadits ini adalah bahawa sahabat mempunyai pengaruh besar terhadap seseorang.
Salah satu wasiat Ibnu Sina dalam pendidikan anak-anak:
"Hendaklah bersama seorang anak kecil dalam pergaulan sehar-hari, kerana anak-anak kecil yang berbudi pekerti baik, beradat kebiasaan terpuji, dan kerana anak kecil dengan anak kecil lebih membekas pengaruhnya, satu sama lain akan saling meniru terhadap apa yang mereka lihat dan perhatikan".
Sebuah kisah, Ar-Raghib Al-Ashdahani menyebutkan bahwa Al-Manshur mendatangi beberapa orang tawanan dari Bani Umayyah. Ia mengatakan, "Apakah derita yang paling pahit yang kalian rasakan dalam tahanan ini?" Mereka menjawab" Kehilangan kesempatan kami untuk mendidik anak-anak."
InsyaAllah, marilah kita manfaat kesempatan mendidik anak-anak kita, buah hati kita, cahaya mata kita, sumber 'angin segar' kita dikala kita kepayahan dengan dosa-dosa kita diyaumil akhir nanti (dengan doa anak yg sholeh).  Karena 'masa-masa emas' mendidik seorang anak itu tak lama.
p/s : rasa serba salah betul, semalam mama marah Alfiyan bah, time kerja pula balik2 ingat anak..

Tuesday, March 1, 2011

Fiyan, Faarehah & Pembantu Rumah


Fiyan dan Faarehah dijaga oleh Ani (pembantu rumah mama fiyan) masuk bulan ke3. Banyak juga perkara yang menyakitkan hati dan melucukan. Hahahaha.....

Ani merupakan pembantu rumah kami yang ke2. Penjaga fiyan yang ke3...Kalau ikutkan pengalaman bgs juga orang tua yang jaga anak-anak. Cuma yang senangnya ada pembantu rumah ni, kalau pi kerja ndalah kelam kabut. Bangun tidur, masak, kemas-kemas dan pi kerja, rutin anak disiang hari dia tolong uruskan.

Cumanya, bila ada pembantu yang bahasanya lain...anak pun akan terikutlah. Semalam, mama beli pisang goreng... ada dialog Fiyan dan pembantu rumah yang mama fiyan terniang2 ditelinga ni, lucu juga.. 

Fiyan : kak, minta pipang (pisang)
berulang kali fiyan cakap pisang tu pipang...time ni mama fiyan tengah masak di dapur. Mendengar ja la..

Ani (pembantu rumah) : bukan pipang! pisam!

Fiyan ulang lagi...PIPANG!... Ani pun ulang juga PISAM... adalah 3 kali dialog ni diulang fiyan dan ani...hahahaha, time masak didapur (hati mama fiyan cakap, salah juga tu diajar)

Mama fiyan pun kuar menjenguk, mama fiyan cakap...PI...SANG BUKAN PI...PANG.  
duduk depan fiyan, mama sebut PI....SANG.
fiyan pun ikut perlahan2 pi...sang!

InsyaAllah, balik nanti mau test lagi fiyan.

Pernah sekali, pembantu panggil fiyan, piang! piang! oh piang...
c fiyan ni pun, time dia kena panggil penjaganya dia pi ikut pula....PIANG! PIANG! PIANG! PIANG!
Mama fiyan dengar mau juga ketawa, tapi tapuk2 ja la..

hmmmm...

Tuesday, February 22, 2011

Banyaknya Aktiviti...


Kerana sibuk menguruskan anak-anak n family, blog MamaFiyan pun inactive la pula dalam beberapa minggu ni.  MamaFiyan masih lagi dalam menstabilkan rutin harian, supaya lagi best dan bermakna, berusaha mencari penyelesaian setiap masalah dalam kehidupan kami sekeluarga.

1. mama fiyan selalu risau pasal penjaga Fiyan n Faarehah, kalau orang tua yang jaga, confident sikit. Tapi bila penjaga dorang yang muda2 remaja selalu la pula mamafiyan risau bah.

Langkah yang mamafiyan ambik :

  • jangan biarkan Faarehah ditangan penjaganya, kesian juga anak mamakan.
  • selalu perhatikan penjaganya, cara dia membersihkan faarehah dan sebagainyalah, bila ada yang nda kena dikepala mamafiyan, mengadu dulu dengan suami. pastu time perasaan dah tenang baru bagi tau maid tu.
  • alhamdulillah, bila kol makcik saniah (penjaga fiyan dulu) tanya, bolehka jaga Fiyan n Faarehah...dia cakap boleh...lagilah lega hati mamafiyan. Almaklum, sudah ada pengalaman dengan dia kan. Lagipun mamafiyan memang suka makcik ni bila jaga fiyan dulu. InsyaAllah dalam 7hb Mac ni,  kalau tiada halangan anak-anak mama akan dijaga oleh makcik Saniah. 

2. Lagi risau, coz Faarehah alergi susu lembu. Kadang2 mamafiyan marah juga dengan diri sendiri coz sibuk btl sehinggakan, penjaganya terpaksa bagi susu dumex time emegency padahal Faarehah baru ja 2 bulan. Macam Alfiyan dulu, 6 bulan dia BF sepenuhnya. Kesian Faarehah ba...

Bila, bagi susu dumex naik eczema dimuka dan telinganya...sudahlah putih melepak, bikin takut mamafiyan kalau tengok kelopak matanya naik merah.

Bawa jumpa doktor, dia suggest bagi susu soya, mamafiyan pun bagilah Nursoy...3 hari minum susu Nursoy tu, Faarehah demam dan berak darah pula. Lagilah menggerunkan, takutnya  mamafiyan bah. Stop bagi susu Nursoy..

Mamafiyan bagi air masak n BF ja. malangnya bila bagi BF, air susu berkurangan...stress pula jadinya. Nda sudah berak darah. Bila demam kurang n x sdh berak darah, kerumut pula keluar dari badan Faarehah.

Mamafiyan bagi pula susu isomil, Faarehah cb n berak darah lg, tapi tidaklah demam. Bawa pi hospital, doktor tu bgtau bagi BF sepenuhnya. Mamafiyan bgtau air susu tidak banyak, dia respon suruh bagi ja, coz dgn cara bg2 air susu blh jadi banyak.

Langkah yang mamafiyan ambik:

1. Berusaha banyakkan air susu,.
inilah helba@fenugreek...


  • Mamafiyan beli pil Motilium Domperidone 10mg di farmasi. Mula-mula takut juga ada side effect,  tapi alhamdulillah tiada juga apa-apa.
  • Mamafiyan beli fenugreek dkt giant. Coz baca dalam internet boleh banyakkan air susu. Mula2 makan, rasa tidak juga bertambah2 air susu. Tapi bila Faarehah kerap BF n telan itu fenugreek bercampur madu dan habbatussauda di awal pagi sebelum sarapan, mamafiyan sedar air susu menjadi banyak..
  • Kalau masak sayur, mamafiyan akan masak sayur dalam bentuk sup. Mamafiyan suka, Alfiyan lagi la suka, coz dia memang suka minum tttuuuuuppp (bahasa fiyan).
2. Mamafiyan banyakkan berdoa agar diperbanyakkan air susu dan Faarehah mau BF. coz, bila bagi susu botol...dia agak memilih. Tidak mau pula BF sebelah kiri, mau yang kanan ja....hmmmm. Bila ikhlas berdoa, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah subhanahu wataa'ala. Banyak ja doa2 yang boleh diperolehi dalam internet kan..klu nda pun, berdoa ja dalam bahasa melayu. Dapat nasihat dari kawan (shifa) kalau tgh BF kan baby rajin baca surah al-Kauthar,,,mamafiyan pun bacalah n niatlah kan.

madu + helba + air suam = bgs bah!
3. Mamafiyan cuba pula bagi susu anmum, coz ambik teori...time pregnant mamafiyan minum anmum, jadi mungkin faarehah akan ngam susu tu juga. So far, dah hampir seminggu dia minum susu anmum + bf  tiada eczema mcm hari tu dan tidak juga berak darah. Alhamdulillah.... 

Banyaknya mau dicerita ba..tapi masalah mau menyusun ayat, jadi mamafiyan stop disini dulu, coz mau bawa faarehah pi klinik. dah 3 bulan kan.

Tuesday, February 1, 2011

Alfiyan Pula CB...

Alfiyan, asal menyusu ja pasti BAB (buang air besar) ba....takut pula susu nda ngam. Kemarin jumpa doktor, dia ckp bukan problem susu ni. Dia pesan kalau anak CB jgn bagi minum susu.... masalah lain mgkn kan.

Mungkin sebabnya fiyan cirit birit (CB) coz mahu pandai cakap kan...tapi, mama perlu jg berwaspada..

Makan? dia tetap makan.. Aktif? memang sentiasa aktif main, kayuh basikal lagi..panjat sana sini lagi.. setiap hari ada ja perkataan baru yang keluar dari mulutnya.

Semalam waktu mau tidur dengan papanya, dia bilang iku iku...siku ba tu nak.  Habitnya bila menyusu ja, mesti mau pegang siku.

kemarin dulu, papanya kasi bagus dia punya basikal tiba2 dia bilang : ma ma ma...agus sudah. Hehehehe! Gud la you ni nak..

tgk anak kawan seofis (shifa) teror btl speaking english, dalam otak fikiran mama, mudah2an anak2 mama pun blh fluent englishnya. Itu yang mama ambik channel cartoon (astro 613 ja..) untuk Fiyan spy blh bertutur english dengan baik macam abang Ucop (anak shifa). Shifa bgtau, dulu dia bg tengok Ucop kartun ultramen, tapi bila word yang keluar dari mulut ucop tu sebijik macam ultramen dia terus ambik kartun disney tu. Ultramen kan suka cakap JAHANAM..Ucop pun ikut jg.. Tapi sekarang tidak lagi, selepas melanggan astro Disney....

Dgr pula cerita kawan (atie) anaknya yang sulung umur 3 tahun, sudah lancar baca quran, mama pun akan berusaha supaya anak-anak mama dapat membaca al-quran dengan baik seawal usia 3 tahun.

Apa yang mama fiyan perlu buat :-

1. Merancang masa untuk mengajar Alfiyan mengaji bila tiba masanya.
2. Bagi tgk rancangan cartoon 613 untuk dia
3. Movie2 yang tak sepatutnya dipertontonkan tak payah bagi tengok.
4. Sentiasa menggunakan perkataan yang baik, bila  cakap dengan sesiapa juga.

semuanya untuk anak mama....

Faarehah Eczema...

Semalam bawa Faarehah pi jumpa doktor, coz gatal2 dkt muka dan telinga sampai keluar cecair akibat digosoknya. Kesian anak mama ba, bila gosok ja....habis muka dan kelopak mata jadi merah. Mula2 tak tau pula yang Faarehah eczema..tapi bila jumpa doktor, dia sebut eczema barulah mama terperasaan...dalam hati (iyakan, anak mama ni sdh campur susu formula pulaknya. Fiyan dulu full BF sampai 6 bulan, tapi adiknya ni baru 2 bulan dah campur susu)

Akibat kesibukan mama 2 minggu lepas, penjaga Faarehah terpaksa bagi dia susu tmbhn (dumex)....menyesal betul mama fiyan bah. Bila dia tak nak BF mama agak stress juga. Sekarang bila dah kena eczema, mama fiyan akan berusaha menambahkan air susu. Dan berusaha memerah susu macam Alfiyan dulu..

Memandangkan Faarehah eczema, mama kena minum air soya ja la ni.....