Kerana artikel ini penuh dengan pengajaran, saya copy dari laman web iluvislam, tulisan Umar Al-Fateh...semoga rakan-rakan yang membacanya dapat sama2 mengambil iktibar dan pengajarannya. 
Jom baca.....
Semalam merupakan hari pertama saya membuat praktikal di hospital. Di  Rusia, untuk tahun kedua perubatan, disebabkan masih tidak banyak yang  dipelajari, maka sukatan untuk praktikal adalah membuat kerja-kerja yang  berkaitan dengan kejururawatan. Semua rakan-rakan telah pulang ke  Malaysia menikmati cuti indah bersama keluarga, hanya saya yang gatal  kaki untuk cuba mencari pengalaman di sini.
Sepanjang satu hari semalam, hanya satu yang mahu dikongsi. Ceritanya begini.
Jururawat memanggil kami (saya dan seorang lagi pelajar), untuk  membantunya membersihkan badan-badan pesakit. Ketika sudah selesai dua  tiga orang pesakit, kami mendekati seorang tua, yang berselimut. Ketika  kami sampai, di bilik tersebut ada 4 orang pesakit yang lain turut  menempati bersama di bilik tersebut.
Jururawat itu, menarik kain selimut yang menyelimuti badan pakcik tua  ini, dan dengan itu jugalah, keluar bauan yang sungguh memedihkan  hidung. Kami dapati, katil pakcik ini penuh dengan najis (tahi). Hanya  Allah yang tahu bau dia macam mana. Ketika ini, dua orang pesakit keluar  dari bilik ini untuk duduk di luar, tidak tahan bau yang dihasilkan.  Jururawat meminta pakcik ini untuk turun dari katil, dan digagahi oleh  seorang pelajar lagi. Saya tidak berani mendekati, hanya memerhati apa  yang dilakukan.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan, ketika sedang berdiri ini, pakcik  tua ini, yang kakinya tidak gagah untuk berdiri, yang ditongkat oleh  pelajar, telah membuang air besar di situ juga. Kami yang ada di situ  hanya pasrah. Saya hanya membantu menarik kain-kain tilam dari katil.  Jururawat menunggu sehingga pakcik ini selesai membuang hajatnya.
Jururawat memberitahu, bahawa pakcik ini selama dia sakit, tiada  siapa yang menziarahinya. Dalam hati kecil, kesedihan membungkam jiwa  saya. Jururawat ini, mula mengelap bahagian badan pakcik ini, pakcik ini  megadu letih berdiri. Kemudian, kami menarik cadar dari tilam dan  menggantikannya dengan yang baru. Badan pakcik tua itu dibersihkan  sebelum dia dibenarkan baring kembali.
Selesai itu, lantai dibersihkan dari najis yang dibuang oleh pakcik  ini. Setelah segalanya selesai, pakcik tua diberikan baju untuk dipakai  semula.
Setelah selesai semua sekali, kami beredar dari bilik tersebut. Saya  mengambil tempat di bilik rehat. Hati betul-betul terasa. Merasakan  bahwa begitu berharganya seorang anak apabila ibubapa sudah sampai di  usia seperti pakcik itu.
Ketika menulis ini, tidak tahu bagaimana mahu mengungkap perasaan ketika itu. Dalam hati hanya berdoa:
"Ya Allah, kau matikanlah daku sebelum sempat aku menderhaka kepada  kedua ibu bapaku, dan jika kau anugerahiku isteri dan zuriat, kau  matikanlah daku sebelum sempat mereka derhaka kepadaku."
Balik petang itu dengan seribu satu perasaan gelisah. Gelisah jika  diri berada di situasi anak-anak pakcik itu, tidak bersabar malah  meninggalkan ibubapa di rumah pesakit. Gelisah jika anugerah isteri dan  anak-anak, jadi seperti pakcik itu. Mudah-mudahan diri ini dijauhkan  dari segala yang pakcik itu hadapi.
*****
Arzalil 'umur (surah al-hajj:5) - waktu di mana  seseorang sudah hilang kewarasan akal, seperti mana seorang bayi kecil.  Di waktu ini, semua ciri-ciri budak kecil ada pada lelaki berumur.  Kebersihan dirinya, semuanya bergantung kepada orang lain untuk  menguruskannya.
Moga-moga diriku dijauhkan dari tahap waktu umur ini.
Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.
117437,Moscow.
mmg takut klu jadi macam tue.. kiter sebagai ibu dan bapa nie kena beri pendidikan yang sebaik mungkin supaya kelak xkan ada perkara2 sebegitu.. kiter xtau nasib kiter yang akan datang..
ReplyDeletesbb itu kita jgn sia2kan anak, coz sy pernah terbaca...anak2 kelak bila dah besar, dia akan layan kt sepertimana kt layan dia time dia kecil dulu. selebihnya kita serah kepada Allah...
ReplyDeletehuhuhuhu sedih nye baca...
ReplyDeletetp dr kecik kite kene jd ibu bapa , dh beso skit kene jd kawan kt anak2 kite.. kan ?
ya ya...ikut kaedah rasulullah dlm mndidik anak..dah remaja jdkan anak seperti kawan.
ReplyDelete