Wednesday, October 6, 2010
Jangan Bersedih, Kerana Anda Berbeza Dengan Orang Lain
Dr. James Gordon Gilkey mengatakan : "Permasalahan ingin menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang sudah tua setua sejarah dan sangat umum sekali seperti kehidupan manusia. Seperti halnya permaslahan ingin tidak menjadi diri sendiri, ini juga menjadi sumber yang banyak menimbulkan permasalahan psikologi."
Yang lain mengatakan : "Anda dalam penciptaan ini adalah sesuatu yang lain, yang tidak seorang pun menyerupai anda dan sebaliknya, anda juga tidak menyerupai seorang pun. Sebab Zat Pencipta telah membezakan masing-masing di antara makhluk."
Allah subhanahu wata'ala berfirman : "Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza." (Surah Al-Lail :4)
Angelo Battero telah menulis 30 buah buku dan ribuan artikel tentang mendidik anak. Katanya : "Tidak ada orang yang paling menderita melebihi orang yang tumbuh tidak menjadi dirinya sendiri, tumbuh tidak menjadi jasadnya sendiri dan tidak menjadi fikirannya sendiri."
Allah subhanahu wata'ala berfirman : "Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya... (Surah Ar-Ra'd : 17)
Setiap orang memiliki sifat, watak, serta potensinya sendiri, maka dari itu tidak boleh seseorang melabur ke dalam keperibadian orang lain.
Anda diciptakan dengan bakat tertentu untuk melakukan sebuah pekerjaan tertentu pula. Seperti dikatakan : "Perhatikan diri anda, lalu fahami apa yang akan anda berikan."
Emerson dalam makalah On Self Reliance menuliskan : "Akan sampai waktunya nanti ketika ilmu pengetahuan manusia sampai pada sebuah keyakinan bahawa kedengkian itu adalah sebuah kebodohan dan bertaqlid adalah membunuh diri. Dan seseorang harus menerima dirinya sendiri dalam keadaan apa pun, kerana itu adalah nasibnya. Walaupun alam semesta ini penuh dengan hal-hal yang baik namun seseorang baru dapat menghasilkan satu biji atom pun setelah menanam dan mengolah tanah yang telah diberikan kepadanya. Kekuatan yang ada dalam dirinya adalah sesuatu yang baru dalam alam ini. Dan tidak ada yang tahu seberapa besar kemampuannya, sehinggakan dirinya sendiri hingga ia mencuba."
Allah subhanahu wata'ala berfirman : "Dan katakanlah : "Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu." (Surah At-Taubah :105)
p/s : kuatkan semangat melalui kehidupan ini, kita mempunyai kelebihan yang harus dibanggakan....
Labels:
La Tahzan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam nice blog...how are u dear...visit my blog..i'm following u
ReplyDeletetq ani...nnt mo pi blog ani pula ya
ReplyDelete