Tuesday, October 25, 2011

Membantu Anak Mengawal Kemarahan

Tidak ramai ibubapa yang kebingungan untuk bersikap tepat ketika menghadapi anak-anak mereka yang sedang marah. "Kami bingung ketika menghadap anak kami yang pemarah, selalu meletup-ledak, merajuk dan sukar sekali apabila tidak dituruti .." aku seorang ibu sentiasa memikirkannya. Kebingungan seperti di atas boleh jadi juga sering kita rasakan. Dan boleh jadi ungkapan serupa pun sering terlontar dari mulut kita.

Anak marah, atau anak mengamuk, sebenarnya adalah situasi yang biasa atau am terjadi di tengah-tengah keluarga kita. Marah adalah tenaga jiwa, sebagaimana sedih, gembira, dan pelbagai ekspresi jiwa yang lain. Anak anda marah, menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sihat-sihat saja, normal. Justeru sebaliknya, jika anak-anak tidak pernah menunjukkan emosi kemarahannya, itu petanda ada sesuatu dengan anak kita. Bahkan, menurut Rasulullah saw. Benci (yang sering mendasari kenapa orang marah) adalah penunjuk yang paling kuat dari kualiti keimanan seseorang. Beliau katakan, "Ikatan iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah, dan benci kerana-Nya." Jadi tidak ada sesuatu yang salah dengan amarah.


Yang jadi masalah adalah ketika kemarahan itu tidak jelas hujung-pangkalnya, tidak terkawal dan bukan pada saluran yang semestinya. Apalagi jika kemarahan itu diluahkan dengan cara-cara di luar etika Islam. Marah seperti ini boleh menimbulkan bencana. Marah seperti inilah yang menjauhkan seseorang dari syurga Allah. Dan marah seperti inilah yang membuat syaitan menari-nari dan ikut mengawal emosi jiwa hingga terjerumus pada perbuatan nista. Inilah makna sabda Rasulullah, "Jangan marah! jangan marah! jangan marah! maka kamu akan beroleh syurga. "

Jika emosi seperti ini sering diperturutkan hingga menjadi perangai dan akhlak sehari-hari kita atau anak kita, maka layaklah kalau jolokan Si Pemarah itu disematkan kepada diri kita atau anak kita. Wal iyadzubillah. Disinilah pentingnya kita menguruskan amarah. Disini pula kita diingatkan untuk juga membantu anak kita agar boleh mengurus dan mengendalikan amarahnya.


Anak kita adalah anak kita



Modal yang paling asas untuk membantu anak kita menguruskan amarahnya adalah sikap proaktif kita. Bimbing dia untuk keluar dari masalah yang kadang-kadang memang tidak disedarinya itu. Bantu dia untuk sampai pada kematangan emosinya. Agar menjadi anak yang jiwanya terisi dengan iman dan raganya terhias dengan Islam.

Anak kita adalah anak kita, bukan anak jiran, atau anak gurunya. Kejayaannya adalah kejayaan kita. Permasalahannya adalah permasalahan kita juga. Jangan terayu untuk berfikir, mentang-mentang kita sudah membayar mahal yuran sekolah, lantas 100% tanggungjawab pendidikan, termasuk membantu kanak-kanak mengawal emosinya kita serahkan juga kepada sekolah ataupun gurunya.


Betapa luhurnya peribadi Luqmanul Hakim. Betapa bertangungjawabnya ia. Inilah teladan para bapak (tidak terkecuali para ibu) dalam mendidik anak-anaknya.Lukman tak mahu menyerahkan urusan pendidikan anak kepada orang lain, bahkan isterinya apalagi "sekolah" anak. Ia terjun langsung menanamkan nilai-nilai asas kerelung jiwa anaknya. Allah menghadiahkan cerita itu kepada kita, 



"(13) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:" Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar ". (14) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu. "(QS. Lukman :13-14)

Salah satu bencana terbesar dalam dunia pendidikan anak adalah ketika orang tua berlepas diri dari pendidikan anaknya dan menyerahkan semua urusan itu kepada orang lain yang belum tentu boleh dipercayai. Keadaan inilah yang menyebabkan lahirnya orang tua-orang tua dayyus. Mereka membiarkan anak-anaknya terjerumus ke dalam kehidupan yang tidak diredhai Islam, yang penting boleh makan, yang penting boleh minum, yang penting boleh happy, yang penting anaknya kelak boleh mencari nafkah. Tak sedikitpun kecemburuan dirasaknnya meski anaknya tidak lagi menjalankan berbagai kewajipan agama. Rasulullah melabel orang tua seperti ini sebagai orang yang tidak layak untuk masuk syurga. Waliyadzubillah.


Faaqidusy Syaii laa Yu'tiihi



Seperti kata pepatah arab, "orang yang tidak punya sesuatu maka dia tidak akan dapat memberikannya kepada orang lain." Maka, seperti itu pula kita dalam membimbing anak mengendalikan amarahnya. Ketika seorang ibu terpancing untuk marah kerana kemarahan dan rengekan atau amukan anaknya, maka saat itu pula sang ibu sudah kehilangan kesempatan untuk mengarahkan kanak-kanak dari permasalahan emosinya. Baru-baru ini, bahkan seorang ibu tanpa sedar telah membunuh anaknya yang berumur 2.9 tahun kerana marah. Padahal mungkin tidak terselit sedikit pun dibenaknya untuk membunuh anaknya tersebut, namun kerana jiwanya telah dikuasasi amarah, ia pun harus rela kehilangan anaknya. Lebih dari itu, ia harus menyesali perbuatannya itu seumur hidupnya.

Ketika anak marah, seboleh mungkin orang tua mengendalikan amarahnya sendiri.Dalam suasana hati yang tenang, orang tua akan mudah mengenalpasti apa yang menyebabkan anaknya itu marah. Trik-trik apa yang boleh dilakukan untuk meredakan amarah anaknya sekaligus membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dan pada masa yang sama mengajarnya untuk bijak dalam mengekspresikan kekesalannya dengan baik. Tidak dinafikan, pada keadaan seperti ini banyak orang tua mengaku kesulitan mengendalikan amarahnya.Sebahagian orang tua bahkan alergi dengan rengekan anak. Akan dengan mudah amarahnya bangkit jika telinganya mendengar anaknya rewel apalagi ngamuk.Namun prinsipnya, faaqidusysyaii laa yu'thiihi. Jika anaknya marah, bererti anda tidak punya modal lagi untuk membimbing anak anda mengendalikan amarahnya.Anda kehilangan peluang itu. Satu hal lagi, semua yang belum terbiasa itu sukar.Ketika kecil pun kita sukar makan dan minum, namun seiring latihan, makan dan minum sekarang menjadi kegiatan yang tidak boleh ditinggalkan.


Jauhi sikap "yang penting anak tidak marah



"Sikap pragmatik seperti ini sepertinya menjadi ubat mujarab, namun sesungguhnya menjeruskan anak pada watak dan sikap-sikap yang tidak terpuji. Jika untuk meredakan kemarahan anak, kita selalu perturutkan keinginannya, maka anak akan tumbuh menjadi anak manja yang selalu meuntut orang tuanya. Dan ketika orang tuanya tidak mengabulkan permintaannya, maka marah akan menjadi pelampiasan dan jurus terakhirnya merayu orang tua. Relakah jika anak-anak kita ada pendirian yang seperti ini?

Sebagain orang tua ada yang bertindak sebaliknya. Melihat anaknya diselimuti kemarahan, mereka langsung mendepani dengan kasar, kadang dengan motif kekerasan; mengancam, kanak-kanak, mencubitnya atau memukulnya.Penyelesaian seperti ini tidak dilakukan kecuali oleh orang tua yang tidak tahu cara mendidik anak kecuali dengan bahasa kekerasan. Dan jika ini yang terjadi, maka siap-siaplah mendapatkan hati anak hancur berkeping-keping. Siap-siaplah akan lahirnya permasalahan yang lebih besar dalam diri anak dikemudian hari. Lebih besar berbanding rengekan dan marahnya ketika kecil.


Jangan jadi pembohong!



Membohongi anak agar tidak marah-marah adalah juga cara-cara "yang penting ..." itu tadi. Cara segera yang justeru akan 'meracuni' peribadi kanak-kanak. Bila orang tua ingin agar anaknya menjadi orang yang jujur, jangan lah pernah berbohong kepadanya, meski dengan tujuan agar ia diam dan tidak marah-marah.
Sebahagian orang tua, ketika mendapati anaknya marah, seringkali dia menakut-nakutkan anaknya, "eee ... jangan marah, nanti kalau marah hantunya datang !" Atau dengan ungkapan-ungkapan sejenis yang justeru, selain mengandungi pembohongan, juga akan menanamkan keyakinan yang salah. Secara psikologi akhirnya anak pun akan menjadi penakut dan tidak mudah percaya lagi kepada orang tuanya.


Rasulullah bahkan berpesan, "Berhati-hatilah kamu dari berbohong, kerana perbuatan itu tidak dibenarkan, baik berbohong ketika bercakap serius, mahupun ketika bersenda gurau. Dan janganlah seseorang berjanji kepada anaknya yang masih kecil sekalipun, lalu ia tidak menepatinya. Sesungguhnya kebohongan itu membawa seseorang kepada sikap membangkang, sedang pembangkangan membawa ke neraka .. "(HR Ibnu Majah)


Alihkan Perhatiannya



Anak memang sudah mempunyai kemampuan berfikir dan mengingat, namun pada level yang masih sangat terhad. Jika ia menginginkan sesuatu kadang boleh dengan cepat lupa jika diarahkan pada hal yang lebih menarik perhatiannya.Kerananya, Salah satu trik cerdik meredah kemarahan anak adalah dengan mengalihkan perhatiannya. Seperti mengatakan kepada anak yang sedang marah, "eh ... tuh cicak! ... Kenapa ya cicaknya tidak boleh jatuh? Lucu ya cicaknya! "

Inilah sebahagian kaedah dan trik membantu anak mengatasi emosi marahnya.Barangkali anda punya pengalaman menarik lain untuk membantu anak mengurus dan mengendalikan kemarahannya. Jika tidak keberatan, kami senag jika anda berkongsi



p/s :artikel yang best...


sumber : http://ufukislam.blogspot.com/2010/11/membantu-anak-mengelola-amarah.html

No comments:

Post a Comment