Monday, March 2, 2015

I Love Solat (kad hafalan tahiyyat akhir)

Sem ni sy plan mau ajar pelajar sy tahiyyat akhir menggunakan pendekatan "sikit2 lama2 hafal semua"... 

1 minggu 1 kad 1 ayat.. InshaAllah pelajar kkts boleh hafal tahiyyat akhir dgn lancar dengan sebutan yang betul

Bahan yang telah sy sediakan sebagai bahan bantu hafalan..
















~ ya Allah permudahkan pelajarku menghafal tahiyyat akhir ini~









Cuti2 ke Semporna


Cuti Tahun Baru Cina.. Papa bawa jalan2 ke Semporna.. Anak2 1 kali ja tidur dalam kereta sepanjang perjalanan pas tu alhamdulillah sampai sudah.





Mind Map Kursus Pendidikan Islam 2 SKW 2021

Topik-Topik Kursus Pendidikan Islam 2, Kolej Komuniti 

"keluarga kita adalah satu amanah. Takut dan berwaspadalah pada amaran Allah. Selamatkanlah diri dan keluarga daripada menjadi bahan api neraka. Itu bukan tempat asal kita. Itu bukan tujuan dan hala tuju kita."


~ untuk pelajar KKTS, selamat mendalami ilmu perkahwinan dalam islam~

Tuesday, January 27, 2015

Amanah

Untuk anak-anak, semampu yang boleh mama dan papa akan menanamkan ajaran al-quran dan as-sunnah kepada kalian. Harta yang dicari ada milik anak-anak untuk mendapatkan pendidikan duniawi dan ukhrawi..

Mama dan papa bukan yang terbaik untuk memberikan didikan agama yang secukupnya, namun kami akan berazam dan berusaha ke arah itu..

Berkata Musa : "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku" ~Thaha : 20-28~


Imam Al-Ghazali mengatakan : "Anak adalah amanah kepada kedua orang tuanya. Hatinya yang suci adalah mutiara yang masih mentah, belum dipahat mahupun dibentuk. Mutiara ini dapat dipahat dalam bentuk apa pun, mudah condong kepada segala sesuatu. Apabila dibiasakan dan diajari dengan kebaikan, maka dia akan membesar dengan kebaikan itu. Kesannya, kedua ibu bapa akan hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Semua orang dapat menjadi guru dan pendidiknya. Namun apabila dibiasakan dengan keburukan pasti anak itu akan binasa. Dosanya akan melilit leher orang yang bertanggungjawab ke atasnya dan menjadi wali atasnya."

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda ; " Setiap anak dilahirkan atas fitrahnya. Kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani." 

Usaha dan kerja keras secara berterusan dalam mendidik anak, menuntut kesabaran yang tinggi. Memperbaiki kesalahan  dan membiasakan mereka mengerjakan kebaikan .


Alfiyan dengan baju sekolah SRI al-fateh
Alfiyan umur 5 tahun sekolah di Tadika Khalifah Sri Indah 

time ihtifal Tadika Khalifah Sri Indah
Time ni umur 4 Tahun sekolah Tadika Khalifah Riang, Bandar Tawau
Time ihtifal Tadika Khalifah Riang, Bandar Tawau
  untuk Alfiyan dan adik-adik, moga jadi anak soleh dan solehah

Friday, November 28, 2014

Komik pDp ke ms Power Point..

komik pdp saya dah pindahkan ke dalam Power Point. Senang sikit mau edit n bagi student tgk..





Bahan PdP SKW 1011 Pendidikan Islam 1

Alhamdulillah, bahan tambahan mengajar untuk pelajar Kolej Komuniti Tawau, penat sudah lecture terus dalam kelas.. kali ni..cuba buat pendekatan lain pula. Mana tau budak2 senang faham dan ingat kan.. hihihihi.. 



hasilnya saya pindahkan ke ms powerpoint... 




Tuesday, August 19, 2014