Tuesday, January 17, 2012

Tips Mendidik Anak Bagi Ibu Bekerja

Mencari sesuatu untuk anak-anak, akhirnya mama fiyan jumpa Tips Mendidik anak bagi Ibu Bekerja dari Blog semuasebabsayang... 


Disampaikan oleh Ustazah Nor Hafizah Musa dalam rancangan tanyalah ustazah Tv 9. Kata ustazah,ibu yang berkerjaya ni sangat mencabar. sedangkan surirumah sepenuh masa sudah merasakan penat menguruskan rumah tangga, apatah lagi ibu yang berkerjaya. Balik dari kerja setelah seharian bekerja, menuntut ibu ini menguruskan anak-anak,suami dan rumahnya pula.

Persoalannya, bagaimana ibu berkerjaya berperanan dalam mendidik anak-anak..
ibu yang berkerjaya pasti penat..kadang-kadang tertekan dengan kerja..kemudian balik kerumah untuk melayan kerenah anak-anak yang macam-macam..lalu ustazah memberikan tips untuk ibu berkerjaya amalkan..
ada 4 Tip menarik untuk dikongsi..iaitu 4K

1. KOMITMEN

-ibu perlu berazam untuk mendidik anak dengan baik. ibu perlu ingat, kesilapan mendidik anak pada hari ini, buruk padahnya di masa depan.walaupun letih, kuatkan hati dan semangat untuk melayan anak-anak dengan baik. banyakkan berzikir untuk menghilangkan rasa penat.

kadang-kadang,bila penat tu la kita rasa nak marah je kan..dan anak-anak ni la yang jadi mangsa..lepas ni kalau rasa penat dan anak-anak menguji kesabran, kena banyak-banyak berzikir..

2. KONSISTEN / ISTIQAMAH


-apa yang ibu buat untuk mendidik anak perlulah berterusan. Jangan kerana hari ni dengar ceramah, maka semangat untuk mengajar anak selepas magrib.esok-esok tak buat dah..buatlah secara konsisten.hari ni solat berjemaah,esok lusa tak buat dah.ambillah masa walau sekejap untuk mengulangkaji dengan anak-anak. sekejap tatapi konsisten adalah lebih baik dari lama tapi sekali-sekala kan..

3. KREATIF


ibu berkerjaya perlu kreatif dalam mengurus rumah. Kata ustazah, memang penat dan kadang-kadang rumah tak terurus kerana menguruskan anak-anak.kalau sibuk mengurus rumah takut anak pula terabai. 
Jadi, ibu perlu kreatif. Contoh, kain yang bertimbun, himpun je dalam bakul kalau tak sempat lipat, takde la nampak bersepah (contoh ni ustazah bagi dan maybe dia pon biasa buat..hehehe). Sapa-sapa ibu berkerjaya ade idea kreatif dalam mengurus rumah sila la kongsi dengan saye ye.

4. KETAQWAAN


yang ini paling menarik. kata ustazah, bila kita berkerja, dan anak-anak kita tinggalkan dengan pengasuh..
pastikan kita melakukan kerja dengan penuh taqwa. apa yang kita lakukan,ada impaknya pada anak-anak.kalau kita bekerja, tapi mengambil rasuah, ingatlah hasil haram yang kita beri pada anak. sama juga jika kita bekerja, tapi "tidak bekerja"..ingatlah pada keberkatan rezeki yang kita bawa balik untuk anak-anak..ibu-ibu..bekerja lah dengan kerja yang sebenarnya agar kita membawa balik rezeki yang halal dan berkat untuk anak-anak.agar mereka membesar dengan akhlak yang baik hasil dari didikan yang baik, dan juga makan dari hasil yang baik-baik juga..eh..jangan ibu-ibu risau jika membaca entry ini ketika sedang bekerja ya..tidak salah jika sedang berkelapangan.



Ustazah juga berkata, anak pada ketika umurnya 0-7 tahun adalah TUAN. Kenapa? lihat dia boleh kata "mak, nak susu" walhal emaknya seorang profesor..sapa berani mintak profesor macam tu kan (tersengih saya bila ustazah bagi contoh ni..memang tepat). Sebagai tuan, kita kena ikut apa yang dia mahu. TETAPI perlu kita ajar anak kita cara yang betul untuk minta kita buat sesuatu.

 pada umur 8-14 tahun anak adalah suruhan. suruhlah dan jarlah dia menunaikan solat dan amalan-amalan wajib yang lain. Pada umur14-21, anak adalah pembantu,mintalah bantuannya untuk melakukan sesuatu yang tidak membebankannya,dan mulakan dengan meminta bantuan sesuatu yang mudah.

Sebelum menutup bicara, ustazah kongsikan doa untuk melembutkan hati anak-anak.elok dilakukan ketika solat tahajud. doa dari surah at-taubah ayat 129. Saya tidak sempat salin tafsirnya. dan juga belum sempat bukak tafsir. InsyaAllah jika berkesempatan nanti sy update ya.

..berlapang dadalah wahai ibu berkerjaya..walaupun berkerjaya, insyaAllah cabaran untuk mendidik anak masih boleh dipikul..disamping dapat membantu meringankan beban ekonomi suami..ingatlah..KUALITI masa bersama dengan anak-anak itu adalah yang terbaik..ingat pesan ustazah hafizah..KONSISTEN..insyaAllah, anak-anak terdidik dengan baik..