Tuesday, February 22, 2011

Banyaknya Aktiviti...


Kerana sibuk menguruskan anak-anak n family, blog MamaFiyan pun inactive la pula dalam beberapa minggu ni.  MamaFiyan masih lagi dalam menstabilkan rutin harian, supaya lagi best dan bermakna, berusaha mencari penyelesaian setiap masalah dalam kehidupan kami sekeluarga.

1. mama fiyan selalu risau pasal penjaga Fiyan n Faarehah, kalau orang tua yang jaga, confident sikit. Tapi bila penjaga dorang yang muda2 remaja selalu la pula mamafiyan risau bah.

Langkah yang mamafiyan ambik :

  • jangan biarkan Faarehah ditangan penjaganya, kesian juga anak mamakan.
  • selalu perhatikan penjaganya, cara dia membersihkan faarehah dan sebagainyalah, bila ada yang nda kena dikepala mamafiyan, mengadu dulu dengan suami. pastu time perasaan dah tenang baru bagi tau maid tu.
  • alhamdulillah, bila kol makcik saniah (penjaga fiyan dulu) tanya, bolehka jaga Fiyan n Faarehah...dia cakap boleh...lagilah lega hati mamafiyan. Almaklum, sudah ada pengalaman dengan dia kan. Lagipun mamafiyan memang suka makcik ni bila jaga fiyan dulu. InsyaAllah dalam 7hb Mac ni,  kalau tiada halangan anak-anak mama akan dijaga oleh makcik Saniah. 

2. Lagi risau, coz Faarehah alergi susu lembu. Kadang2 mamafiyan marah juga dengan diri sendiri coz sibuk btl sehinggakan, penjaganya terpaksa bagi susu dumex time emegency padahal Faarehah baru ja 2 bulan. Macam Alfiyan dulu, 6 bulan dia BF sepenuhnya. Kesian Faarehah ba...

Bila, bagi susu dumex naik eczema dimuka dan telinganya...sudahlah putih melepak, bikin takut mamafiyan kalau tengok kelopak matanya naik merah.

Bawa jumpa doktor, dia suggest bagi susu soya, mamafiyan pun bagilah Nursoy...3 hari minum susu Nursoy tu, Faarehah demam dan berak darah pula. Lagilah menggerunkan, takutnya  mamafiyan bah. Stop bagi susu Nursoy..

Mamafiyan bagi air masak n BF ja. malangnya bila bagi BF, air susu berkurangan...stress pula jadinya. Nda sudah berak darah. Bila demam kurang n x sdh berak darah, kerumut pula keluar dari badan Faarehah.

Mamafiyan bagi pula susu isomil, Faarehah cb n berak darah lg, tapi tidaklah demam. Bawa pi hospital, doktor tu bgtau bagi BF sepenuhnya. Mamafiyan bgtau air susu tidak banyak, dia respon suruh bagi ja, coz dgn cara bg2 air susu blh jadi banyak.

Langkah yang mamafiyan ambik:

1. Berusaha banyakkan air susu,.
inilah helba@fenugreek...


  • Mamafiyan beli pil Motilium Domperidone 10mg di farmasi. Mula-mula takut juga ada side effect,  tapi alhamdulillah tiada juga apa-apa.
  • Mamafiyan beli fenugreek dkt giant. Coz baca dalam internet boleh banyakkan air susu. Mula2 makan, rasa tidak juga bertambah2 air susu. Tapi bila Faarehah kerap BF n telan itu fenugreek bercampur madu dan habbatussauda di awal pagi sebelum sarapan, mamafiyan sedar air susu menjadi banyak..
  • Kalau masak sayur, mamafiyan akan masak sayur dalam bentuk sup. Mamafiyan suka, Alfiyan lagi la suka, coz dia memang suka minum tttuuuuuppp (bahasa fiyan).
2. Mamafiyan banyakkan berdoa agar diperbanyakkan air susu dan Faarehah mau BF. coz, bila bagi susu botol...dia agak memilih. Tidak mau pula BF sebelah kiri, mau yang kanan ja....hmmmm. Bila ikhlas berdoa, insyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah subhanahu wataa'ala. Banyak ja doa2 yang boleh diperolehi dalam internet kan..klu nda pun, berdoa ja dalam bahasa melayu. Dapat nasihat dari kawan (shifa) kalau tgh BF kan baby rajin baca surah al-Kauthar,,,mamafiyan pun bacalah n niatlah kan.

madu + helba + air suam = bgs bah!
3. Mamafiyan cuba pula bagi susu anmum, coz ambik teori...time pregnant mamafiyan minum anmum, jadi mungkin faarehah akan ngam susu tu juga. So far, dah hampir seminggu dia minum susu anmum + bf  tiada eczema mcm hari tu dan tidak juga berak darah. Alhamdulillah.... 

Banyaknya mau dicerita ba..tapi masalah mau menyusun ayat, jadi mamafiyan stop disini dulu, coz mau bawa faarehah pi klinik. dah 3 bulan kan.

Tuesday, February 1, 2011

Alfiyan Pula CB...

Alfiyan, asal menyusu ja pasti BAB (buang air besar) ba....takut pula susu nda ngam. Kemarin jumpa doktor, dia ckp bukan problem susu ni. Dia pesan kalau anak CB jgn bagi minum susu.... masalah lain mgkn kan.

Mungkin sebabnya fiyan cirit birit (CB) coz mahu pandai cakap kan...tapi, mama perlu jg berwaspada..

Makan? dia tetap makan.. Aktif? memang sentiasa aktif main, kayuh basikal lagi..panjat sana sini lagi.. setiap hari ada ja perkataan baru yang keluar dari mulutnya.

Semalam waktu mau tidur dengan papanya, dia bilang iku iku...siku ba tu nak.  Habitnya bila menyusu ja, mesti mau pegang siku.

kemarin dulu, papanya kasi bagus dia punya basikal tiba2 dia bilang : ma ma ma...agus sudah. Hehehehe! Gud la you ni nak..

tgk anak kawan seofis (shifa) teror btl speaking english, dalam otak fikiran mama, mudah2an anak2 mama pun blh fluent englishnya. Itu yang mama ambik channel cartoon (astro 613 ja..) untuk Fiyan spy blh bertutur english dengan baik macam abang Ucop (anak shifa). Shifa bgtau, dulu dia bg tengok Ucop kartun ultramen, tapi bila word yang keluar dari mulut ucop tu sebijik macam ultramen dia terus ambik kartun disney tu. Ultramen kan suka cakap JAHANAM..Ucop pun ikut jg.. Tapi sekarang tidak lagi, selepas melanggan astro Disney....

Dgr pula cerita kawan (atie) anaknya yang sulung umur 3 tahun, sudah lancar baca quran, mama pun akan berusaha supaya anak-anak mama dapat membaca al-quran dengan baik seawal usia 3 tahun.

Apa yang mama fiyan perlu buat :-

1. Merancang masa untuk mengajar Alfiyan mengaji bila tiba masanya.
2. Bagi tgk rancangan cartoon 613 untuk dia
3. Movie2 yang tak sepatutnya dipertontonkan tak payah bagi tengok.
4. Sentiasa menggunakan perkataan yang baik, bila  cakap dengan sesiapa juga.

semuanya untuk anak mama....

Faarehah Eczema...

Semalam bawa Faarehah pi jumpa doktor, coz gatal2 dkt muka dan telinga sampai keluar cecair akibat digosoknya. Kesian anak mama ba, bila gosok ja....habis muka dan kelopak mata jadi merah. Mula2 tak tau pula yang Faarehah eczema..tapi bila jumpa doktor, dia sebut eczema barulah mama terperasaan...dalam hati (iyakan, anak mama ni sdh campur susu formula pulaknya. Fiyan dulu full BF sampai 6 bulan, tapi adiknya ni baru 2 bulan dah campur susu)

Akibat kesibukan mama 2 minggu lepas, penjaga Faarehah terpaksa bagi dia susu tmbhn (dumex)....menyesal betul mama fiyan bah. Bila dia tak nak BF mama agak stress juga. Sekarang bila dah kena eczema, mama fiyan akan berusaha menambahkan air susu. Dan berusaha memerah susu macam Alfiyan dulu..

Memandangkan Faarehah eczema, mama kena minum air soya ja la ni.....